My Blog List

Monday, 27 May 2013

Give me big..big one!

Assalamualaikum..
Ilmu perlu dikongsi,bukan disimpan kan?
***
Ustad Dahlan,mantan mudir MATRI.
'Segala yang Allah takdirkan Allah adalah yang terbaik untuk kita"
"Allah gives what you need not what you want"
Mungkin,kita nak cari sahabat yang sama-sama gila-gila macam kita,yang sama-sama buat pala,yang sama-sama ada peraturan sendiri.tapi kita kena sedar,semua benda dalam dunia ni ada jodohnya.Bertemu jodohnya berpisah.Tapi tak pe..kita berpisah posisi,hati kita tetap sama kan?!


bak kata ustaz Pahrol 
=D

sekarang,apa yang kita perlu adalah,
siapkan hati,
tetapkan matlamat,
pilih kawan yang baik,
jangan ikut arus,
tapi ikut peraturan.
berkawan boleh dengan semua,
bersahabat biarlah dengan yang benar-benar sayangkanNya,
InsyaAllah..kita tak akan rugi.
bila kita dah masuk IPT,
kawan boleh jadi macam2.
yang datang hajatkan bantuan,
yang datang sekadar mengeji.

Alam dah berubah..
hurm..
bila ada masalah.kembali pada Allah.
cari kawan2 yang dapat bg kita support,bukan buat bg kita lgi down.
berkawan di IPT boleh jadi hanya takat zero,atau kadang2 negative terus.
tapi bersahabat keranaNYA insyaAllah akan sentiasa bersama kita..


Hurm..
Redha..maka hati akan tenang.. 

    Ingat sungguh-sungguh cerita ini wahai adik yang comel J (sila jgn blushing… haha :P) Anas bin Malik pernah cerita yang Rasulullah tetap bahagia walau apapun yang terjadi kat baginda. Rasulullah tak pernah kata ‘Awat buat macam tu?’ ‘Awat tak buat macam ni?’ ‘Awat ada benda ni?’ ‘Awat tak da benda ni?’ ‘Kan baik kalau ada yang ni’… tapi Rasulullah cuma kata ‘Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah pasti terjadi’. So, apapun yang terjadi ingat ingat ingat; semuanya Allah yang izinkan. Ingat juga pesan ustaz Pahrol ‘jangan diminta dikecilkan ujian, mintalah dibesarkan iman menghadapinya’
copied ..

and that is a best quote..
noted for me~



Friday, 24 May 2013

Krik..krik..krik..

Assalamualaikum..
Beratnya lah hati oooiii..
update status dh mcm mat jiwang..
tapi apa boleh buat..
itu kata hati..
kalau boleh di baca lagi hati ini
sungguh byk yang masih terpendaam..
Dalam..
dalam sangat..
lubuk..
cerukk..
dasar hati..
hurm..
masih berjiwang-jiwangan ya amir..
susah betul bila mood melayang macam burung tak de sayap..
stabil pun tidak..
menjunam je selalu..
yeahh..
sebenarnya susah untuk hati menerima..
apa yang berlaku hari ini
tapi hati telah terpujuk..
kerana kata-kata seorang insan yang sgt disayangi kerana Allah
sungguhh!
aku amat mencintai dia kerana Allah..

semuanya sebab apa yang berlaku ni terlalu drastik
tak pernah ada dlam perancangan.
terkejut..
tak pernah terpikir nak jadi..
apa lagi nak bersedia dengan semua ni..
tapi Allah itu baik..
sangaaatt baik..
Allah uji dengan apa yang aku kasihi..
benarlah..
tiada yang benar2 melainkan apabila kamu telah diuji..
kita diuji dengan kasih sayang..
kita diuji dengan ukhuwah
Ingat teman
ujian Allah berbagai bentuk..
bukan sekadar pertelingkahan kita suatu ujian Allah..
kasih sayang dalam ukhuwah kita juga Allah uji..
takat mana kita mampu bertahan..
seteguh mana kita mampu menyokong..

oleh itu..
aku gembira jika pergiku mnguatkan kalian..
pergiku dengan senyuman
walaupun hati masih meronta kesakitan..
menangis kesedihan..
sedarkan aku teman..
Allah sedang menguji sayang kita..
Allah sedang menguji sabar kita..
moga kita bertemu di laman perjuangan agama Islam..
'
Teguhkan islam dalam dirimu..
Nescaya islam akan terteguh di sekeliling mu..

Yakinlah Allah mendengarmu..
merayulah kepada Allah agar mnguatkan cinta dalam hatimu..
Allah maha pemurah..
Allah itu sgt cantik!
luahkan cinta yang membuak-buak dlam hatimu pada sang Rabb..
moga doa itu sampai ke dlam lubuk hati sygmu itu..
moga terus kekal disitu..
moga kita bersama-sama kembali dalam rohani yang suci..
hati yang mekar mengasihi dan mencintai..
bagi mereka yang tahu erti sahabat sejati..
sayang uollss kerana Allah

noted for me..
tabahlah wahai hati

Wednesday, 22 May 2013

Indahnya cintaMu sayang

Hati yang tercari-cari bukti cinta..

Sekian lama mencari,akhirnya aku jumpa satu nota/status..


Berbunga cinta..
Kembang setaman hati..


Kata cinta..
Cinta perlu dicari..
Aku malah perlukan cinta..
CintaMu teman kala tidurku,jagaku..

Ya Rabbi..dekatkan aku kepada cintaMu..

Aku mulai mengerti..
Mengapa solat itu bererti..

Kerana disitu hadir cinta tak bertepi..
Kasih meredup di sanubari..

YA Allah..kekalkan cinta dihati..dekatkan aku dengan cintaMU..

Mengapa..?

Bila kita sayang seseorang,kita naaakk sangat jumpa dia..kalau dapat tengok kasut pun dah puas hati..
Dan lagi gembira tak terkira!!bila dia tetapkan date untuk kita..
5 kali sehari..hati mana yang tak sudi..kalau dah sayang namanya..
kadang-kadang kalau ada kesempatan,kita pulak yang cari dia..
kan..

Allah aturkan pertemuan 5 kali sehari..
nampak sangat Allah sayang kat kita lebih tinggi dari kita sayang makhluk-Nya,
atau makhluk-Nya sayang kita *hurm..betoi2!

Allah panggil kita..sayangnya Allah kat kita..5 kali sehari pulak tu..Memang Allah rindukan hambanya..biarpun sebentar..sanggupn Allah dengaq semua yang kita luahkan,yang kita sedihkan,yang kita risaukan,kadang-kadang ada yang kita ulang berpuluh-puluh kali..
Allah x cemuih (jemu) pun dengaq..
cuba kalau kita cakap masalah kita kat kawan kita banyak2 kali..
confirm muka akan jadi seposen je..
malas nak layan...nyampah aq dengaq..ish masuk ni dah 3 kali hang habaq kat aq!

No..no..Allah sangat hebat!!!
Allah dengaq kita doa..malah lagi suka bila kita ulang berdoa kat Dia..
Baikkan Allah..

Macamana dengan kita,kadang-kadang..yang 5 tu pun belum tentu pas..ada yang skip..ada yang Terlupa..Terx ingat..dan macam2 Ter lagi..
Jangankan nak buat kelas tambahan,date tambahan dengan Allah..

Macamana kalau Allah dah x sayang kita?
x nak bagi oksigen kat kita..
kena bayaq untuk setiap masa yang berjalan,setiap oksigen yang dihirup.
setiap kali jantung berdetak..

kan ke........x terkira dan terkata..
ada jaminan nak hidup lama ke?

Pernah x nak dapat hadiah banyak-banyak?
hurm.. hebatnya Allah.. datangkan kita pelbagai hadiah..Ujian pun hadiah..
untuk tegur kita *eh, dah lama x date dengan Allah*
Hebatkan Allah..

Allah datangkan kita dengan pelbagai manusia silih berganti..
Semuanya berbeza-beza..
Tapi Allah x pernah tinggalkan kita..
Walaupun kita selalu lupakan Allah.. *hurmm..

Walaupun makhluk kadang-kadang membenci kita. mencemuh kita..
Allah tetap ada dengan kita..
Kalau Allah benci kita.. Allah dah tak tegur kita lagi...
tapi kalau kita x suka kawan kita..sanggup menyorok belakang laci sebab tak nak jumpa.kan?

Tapi Allah baik..

Orang kata..
Jadilah kekasih yang setia..
Orang kata...
What u give, u get back..

Kalau kekasih yang setia.. Lautan api pun sanggup direnangi..
Kita...
Xciden sikit dah rasa macam nak mati... *belum lagi berenang dalam api*
Salahkan sana sini..
Sedangkan Allah cuma nak uji..

Sebab Allah x sama..
Amantu Billah wa Rasulihi..
Allah sayang kita kan..
wahhhh!!
berbunganya hati bila tahu ada yang sayang kita..
Pencipta pulak tu..

Allah mendengarku..
Allah tahu aku..
terima kasih Ya Allah..



Kata kat diri sendiri..........

Tuesday, 21 May 2013

Life such long journey~

Sebulan lepas,

*Bekerja sebagai seorang guru tadika*

oK..Assalamualaikum!amik kerusi susun kat sini.*sambil tunjuk tengah kelas
5 minit pertama.. terkawal..

masuk minit keenam..

Haihhh!!turun!!sapa suruh panjat tingkap tu!! *muka bengis,ank singa pun boleh nangis.HAHA

Masuk bulan yang baru yakni bulan 5.

Maaf,sye kena daftar masuk tgkatn enam.

Maka masuklah tingkatan 6.

Gembiranya masyaAllah!!kembali ke laman cinta penuh barakah!

sungguh aku rindu!!
Rindu pada mak gad,pak gad.

Alkisah pasai pak gad..

Pak cik!!ayah saya mai dak lgi? sambil buat muka sedih..
'satgi mai la kot'
Kalau ayah saya mai jangan panggil saya tau.saya dok tang tu.* tnjuk kerusi kat anjung =3
 ##
Pak cik!!nah abah bagi ayaq.
'haaa..baru nak pesan ckit tadi'
Tak pa pak cik,pak cik kan penat!hehe

Hurm..rindu dengan pokok bunga putih tu..apa namanya ya?kuang3
Harum manis?Harum sundal malam?sundal pagi?sendal pintu?x tau la.

Menemaniku dikala nak ke kelas prep..

Rindu dengan kelas-kelas yang ada di sekolah.
Lagi2 blok tingkatan 2,3 dan 5

Seronoknya main!!hahax!
Tidur waktu prep,makan waktu prep.Prep waktu prep.Bising waktu prep.
Memang 'betul2' prepare untuk esok lah!
Sungguh!ku rindu!
Ingat lagi waktu form 1 dulu,orang panggil 'budax prek'.
Agknya wktu tu aq sebut prep lahjah arab kot.entah la
Ingat lagi waktu makan koewtiaw guna pembaris.
makan laksa guna straw.
rendam kaki dalam baldi waktu prep sebab panas sangat.hahax!

Rindu pada asrama.dobi.dewan makan.lebih-lebih lagi surau.

Asrama tmpat berorganisasi.bersama badan kepimpinan asrama yang sporting habesan.
yang semua kepala sama ja.yang semua akai gila2.semuanya kerana satu amanah yang terpikul di bahu.skema!

Dobi,
saat kita bernyanyi bersambung sanad.
saat kita bergelak ketawa.
saat kita main baling2 ayaq.
saat kita bising pasai paper.
saat kita hingaq sampai cikgu tegoq.
saat kita saling memberus.
saat tengok aimuni cuci muka.
hehehe

Dewan makan.
Ingat x?
kita selalu jadi yang terawal dan terakhir.
kita selalu makan kalut2
kalau hari jumaat kita makan bertambah.
sebab budx2 balik makan kat rumah.
Ingat x?
kita berlari nak tekan loceng.
kita makan sampai nak xciden.*=,='*
kita bungkus ikan makan dalam bilik bacaan
mengalahkan kucing.haha
aq ingat.aq rindu~

Surau tempat kita lepak.
ngaji sama2
jemaah sama2
zikir sama2
berusrah sama2.
al-mathurat sama2.

**lepas habis baca mathurat**
Assalamualaikum wbt.perhatian kepada.....bla..bla..bla..



Ingat x asrama yang menjadi gelanggang bergaduh,pujuk memujuk.surat layang.surat cinta.surat khabar.bla3
Rindu sgt!

Waktu rokol..
10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..
Berdiri kat depan nah yang lambat nih..
Jangan lari lagi mai tuleh nama dlu!
Warden bertugas hari ini adalah....
Sapa sakit habaq kat biro bertugas awai..sapa habaq lambat tak akan dilayan.
Hehe.Usya ustaz zack dengan kereta myvi orennya waktu ni la!

kalau dulu prep boleh pakai 'baju raya'
sekarang prep dah ada 'baju pisang'

kalau dulu boleh outing hari jumaat
sekarang outing hari sabtu.

kalau dulu akak2 bercakap untuk kuliah..
sekarang ustaz zack yang bagi kuliah.

kalau dulu warden cuma Ustaz Nasir,Ustazah Aizat,encik Fakhruddin,Tecer Isma,Tecer ct.
Sekarang dah ada ustaz zack!

*lagi2 ustaz zack*hehe

teringat program bersama adik2.
Kembara Aspuri.
Tulis kat cawan sendiri.
Gelas smily.
Hehe
Makan biskut cicah kopi masin.
Ya Allah..

Pernah jumpa nih??hanya di SMKAP namanya begitu..hahax!


Dulu kita tak pernah menyangka kita akan terpisah.
Anis Lyana.Aimuni.Hamidah.Huda.Hajar.Aina.Aini.Aisyah.Azwa.Che tin.Mira.
Tapi sekarang kita akan berpisah
Kalau dulu kita selalu bersama adik-adik..
cemburu..rindu..sayang..semuanya lah!

Selalu sangat!

Sekarang kita akan pergi.
Langkah ini baru diatur.
Pendidikan sebenar baru bermula.
Cabaran dan kepahitan baru di jejak.

Aku pinta satu..
Ingatkan aku,tentang imanku.solatku,tahajjudku, dhuha ku.

Aku pinta kamu.
Jangan lupakan ukhuwah kita.
Jangan hilangkan sayang sesama kita.

Sungguh,Aku cinta,sayang dan rindu kepada mu kerana Allah Ta'ala!

Berjanjilah kita saling mengingati dan saling setia


UHIBBUKUNNA FILLAH ABADAN ABADA JIDDAN

*moistly write at beginning of night.
Hehe
Love u.serius x tipu!
Susahnya berpisah ya Allah.. :'(