Saya ada cerita..bila orang selalu cakap.
"Dik,kita kena positifkan pemikiran.." @ "Cubalah husnudzon (bersangka baik) sikit"
Saya akan diam..beribu soalan berputar belit alam dalam folder 'Bank Soalan Nak Tanya Tapi Malu'
Ye la..mana datangnya pemikiran positif?macamana nak Husnudzon? Tiba-tiba disuruhnya begitu..
Akai yang sihat wal-afiat ni pun terkejut sikit..
Okeyh..hari ni saya kongsi jawapan tu..hurm..
Positif adalah bersifat alpha..Alpha cas positifkan?beta negatifkan?
#Agaknya sebab tu semua kerabat diraja duduk saja..sebab terlalu banyak yang dirisaukannnya..
Positif datang apabila anda memulakan hari anda dengan perkara2 positif..
contohnya..
Sebelum keluar baca bismillah dengan yakin bahawa hari anda pada hari ini sangat baik,dipenuhi kebahagiaan,dicucuri rahmat,penuh kasih-sayang..alamatnya positiflah semuanya..
Kerana anda adalah apa yang anda bayangkan pada masa alpha..
*Masa kita bersifat alpha adalah selepas bangun tidur dan sebelum tidur..
Sebelum tidur..anda akan berfikir sekejap bukan?
Jika didalam fikiran anda , hari esok akan berjalan dengan penuh kemeriahan dan warna -warni..
InsyaAllah..hari esok anda akan berhasil dengan gembira..
Impikan jalan cerita yang menarik dalam kehidupan anda sebelum tidur..
Impikan sesuatu yang boleh membuatkan anda tenang dan tersenyum sendiri..
Pernah dengarkan:: KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN!
dont be like this maaa..
Dengan cara mengimpikan sesuatu yang indah..kita kan berusaha mendapatkan yang indah itu..
Minda sedar kita akan terarah dengan sendirinya terhadap apa yang minda luar sedar kita fikirkan..
Apabila kita berfikir,
Saya akan buat banyak kebaikan pada hari ini..
Bayangkan kebaikan2 yang boleh anda kutip sepanjang hari ini
Niat anda akan terpengaruh dengan serta merta..minda sedar anda akan bertindak merealitikan bayangan minda luar sedar..
Cuba kita lihat,jika pagi ini kita bermasam muka dan memikirkan yang enggak2 tentang orang lain
Minda sedar kita akan menunjukkan reaksi yang sama..
Bila kita bermasam muka,orang akan melihat kita dengan bermasam muka kembali..takkan nak senyum tengok kita masam kan??
Hebatkan ciptaan Allah..
Kita dijadikan indah kerana menghiasi sesuatu yang indah
Kita dijadikan akal supaya berfikir..
Kita diberi perasaan supaya dapat memahami orang lain
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,
Tetapi ternyata Tuhan hanya memberi kita sekeping hati,kerana yang keduanya akan datang mencari kita bila sampai waktunya..Sekeping hati lagi melengkapkan kita dengan Cinta"
Kita tidak tahu bila..tetapi yakinlah..Jodoh Allah telah tetapkan..Pasti akan sampai waktunya..
Cinta itu Fitrah..tetapi kawallah dengan kesedaran minda kepada Allah..
Pemilik rusuk ini akan datang melengkapkan dirinya..InsyaAllah,Allah akan sabarkan diriku..