Harini mighah cuti . Mc . Hmm . Mc ni maknanya doktor bagi surat sakit. Tak payah g sekulah. Beep.. beep..
Alkisahnya.. jumaat lepas , lepas rehat badan dah rasa semacam . Kepala macam nyut nyut macam tu kan. Dah lah lecturer sebelah meja ai je. Huehue. Maaf dr. Saya tidak berniat. Balik bilik sah. Demam. Alhamdulillah larat balik bilik. Huhu.
Jadinya petang tu rumet carikan ubat. Mighah ni spesis kedegilan tahap giga. Rumet cakap "x payah turun padanglah mirah... "oleh kerana sejenis degil, lepas g amik ubat kat bilik junior. Tercongak jugak daku kat garaj bas, tempat latihan kawad. Kohkoh. Tapi ai mkn ubat taw.
Esoknya, sabtu. Pagi tu badan dah rasa macam okelah ni.. boleh keluar dah ni.. (fact : kafe tak bukak, so nak makan kena keluar.) Jadinya decide pukul 11 nak keluar. Kul 10.30 baru mandi. Ingatkan mandi lewat x sejuk ketaq la satu badan. Rupanya sama jugak sejuk ketaq dia. Mulalah keluaq tu menggigil kaki tangan, kebas otak. Huhu!
Masuk giant pun rumet ngan kawan baik dia follow kat belakang. Ai nak jalan sorg, tak nak menyusahkan orang. Hump! Kesian korang!
Ada food truck, food fest macam tu lah. Air mangga dia nampak sedap gilaa. Obviously rumet ai x bagi ai beli. Dah la tengah demam satu badan. Well. Degil kan. Beli jugakk. Tapi yang takde ais. Tu pun petang baru bole minum. Taatnya saya. :P
Hari ahad. Pagi tu makan roti wheatmeal *mcm tu kot eja dia. Yg expired hari sabtu tu. Telahku balun tiga keping makan ngan sosej. Tengahari pulak makan nasi putih dengan tom yam. Tu pun makan separuh jek. Semua sebab nak berjimatlah kononnya. Semenjak elaun kena potong ni. Sampai tinggal RM 350 sebulan. Berhagak jugak la nak makan kan.
Petang tu cerry... act tak pikir apa pun sebab kadang2 mnum milo memang perut rasa nak tuuu je.. hmmph! And hari ahad pun demam jugak! Tapi tak makan ubat. Cover dengan tido :P heheh! Mandi awal sebab takut mandi lambat sangat sejuk lagi badan. Huwahaha.
Nak katanya, kalau Allah kata jadi, jadi jugak kawan kawan. Lepas solat asar, habis baca doa rasa macam saraf satu badan membeku. Pernah tengok cerita Sara yg omputih tu tak? Haa. Dia tangkap saraf macam dalam cerita tu la. Meletup letup rasa kepala. Menggigil yang tidak pernah ku rasa perasaan yang begini. Sejuk sampai kancing gigilah. Daripada lantai naik meniarap atas katil. Masa ni rasa sakit perut kebas kaki, sejuk satu badan. Rumet ai perasan, dia selimutkan dengan selimut dia lagi. Ngan sweater ai lagi. Nah.. tetap jugak kegigilan itu tidak menghilang.
Rumet dah cuak, lalu dia panggil jiran bilik depan. Waktu ni ai dah tak sedar diri pun. Yang ai tahu orang ruqyah kan ai. Sambil urut leher belakang ai. Rasa macam panas tapi sejuk gila. Apakah itu. Depa ruqyah macam2 bacaan. Weh seram jugak waktu tu. Alhamdulillah Allah panjangkan nyawa. Betul2 ingat dah sampai ajal. Huuu.. dosa banyak lagi ya Allah. Ampun kan mirahh..
Kelam kabut semua yg ada dlam bilik nak tenangkan mirah yg ketaq x pasai2. Festime ooo kena macam ni. Mirah jarang sakit. Biasanya sakit kaki, sakit yg fizikal jek. Tak de pengalaman kena macam ni. Sakit kepala pun sbb migrain kat sekolah. Tidur je lah. Ni sampai nak jalan pun tak rasa kaki. Kesian dua izzah yg angkat mirah. Dah lah ai berat.
Kena kuruskan badan macam ni. Senang kalau sakit lagi orang tak susah sangat.
Macam2 drama dah ai buat. Dah nangis kuat2 sebab x mo jumpa dokto. Huhu. Penakot betui.
Sampai klinik memang tak rasa kepala. Pening dia sampai tengok muka doktor tu pun macam apa benda dia cakap ni?
Dia tanya mirah gelak gelak. Haa mati dah aku. Tak pasai kena cucuk sat lagi. Dia tanya makan apa apa semua kan. Pastu dia tanya sarapan tadi makan apa? Oh. Baru ingat. Roti expired kemarin je ngan sosej.
Acute food poisoning. Ngeheheheh.
Dia tanya. Nak drip ayaq ka macam mana ni? Haa.. sudah.. kalau kena cucuk ni sia sia ooooohhh..
Lastly amik keputusan drip je lah ayaq. Mirah bukan jenis minum ayaq byk2. Satgi rasa nk terkucil tu tak terkira.
Penatlah dokto tu pujuk nak cucuk jarum. Besalah. Derma darah pun tak pernah. Seumur hidupku festime kena drip ayaq. Hok alloh..
Pengalaman drip ayaq pada umur 22 tahun sangat. Haha.
Dokto tu cakap ai macam budak budak. Humph. Betul lah tu. Haha.
Waktu tengah drip ayaq ni pening tahap tak ingat. Henset sendiri pun tak kenal. Betul ke ni henset aku. Kenapa besar. Kenapa tulisan ni terbalik? Kenapa tulis macam ni? Macamna nak taip? Allah. Rasa clueless tahap mabuk tuan tuan...
Call angah. Tapi tak sembang lama pun. Nak inform ja. Kepala bedecit sakit. Adoi.
Semua sekali kena RM 232. Memang bocor lah dompet ai waktu tu. Alhamdulillah Allah hantar pertolongan. Doktor tu belanja RM 50, rumet pon tolong bayar jugak. Terkopaklah. Semua duit modal jadi dealer ai guna bayar duit ubat. Sekian pasal duit. Syukur Alhamdulillah hidup lagi. Hehe.
Dowang belanja bubur. Rumet belanja 100plus. Kelas belanja duit. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih rumet tabah layan ai. Siapkan makanan semua. Moga dapat suami soleh semua yg mendoakan dan banyak membantu. Terima kasih yg sudi melawat. Terima kasih sgtt sgtt yg tolong masa kritikal itu. Maaf susahkan korang. Huhu. Semoga dilimpahi keberkatan dalam hidup kalian.. amin..
Hari ini dalam sejarah. Terima kasih ya Allah :)
No comments:
Post a Comment