My Blog List

Friday, 4 May 2018

KFRY URBAN KOREAN IOI

Assalamualaikum teman²!😘 harini nak share pasal g makan KFRY dekat IOI city mall putrajaya. Act, mirah baru tau kfry ni wujud lepas dia tersebar dekat maktab kan. Semua org dok cakap sedap la apa lah. Daripada situlah dok craving kfry ni tak habis2. Act kfry ni ayam goreng versi korea, yg mirah rasa benda2 korea ni femes akibat video mukbang kat insta. Hampa pun tengok kan?😏

So lepas 3 kali cubaan nak p makan dekat restoran dy ni kan, baru berjaya. Sebab apa? Kalau tak, asal nak pegi ja ayam tarikk (cheesy bumbuk) dia sold out. And dia punyaa beratoqqq kalah YES (year end sale)! Lagi satuu. Setiap kali p sepanjang masa beratoq dy panjang. Hampa bayangkan mirah p pukul 3.30 weekend, beratoq panjangg and sold out. Pasai weekend kot ni sold out.. pastu pegi lagi week days, pukul 11.00 pagi, dia punya beratoq tu sama ja macam weekend. And last skali pukul 12.30 thgari pun sama ja beratoq dy..sabau jelah.

So, tips nak g kfry, korang kena buat reservation paling lewat dua jam sebelum, lagi2 kalau nak makan ayam gulung cheese tarik yang tinggi melangit tu. Mmg kena reserve. Jrg2 walk in dapat, sebab cepat habis. Lol. Reservation boleh buat dekat fb diorang https://www.facebook.com/KFryIOI/ ataupun korang call nombor dowang (0389578126).

Mirah buat reservation dekat fb sehari sebelum pergi. Kalau korang bernasib baik, tak yah beratur lama2 kat luar tu. Macam mirah, kena jugak beratur walaupun dah reserve sebab ramai orang. Setengah jam ke 45 minit jugak laaaπŸ˜‚. Banyakkan bersabar ye.

Location kfry dalam ioi city mall kalau korang nak cari, dari floor yang banyak2 restoran (kfc, mcdonald, japan boat takoyaki, seoul garden, cheesecake, sakae sushi) kat bawah tu, korang jalan terusss menuju ke tesco (yg ada sushi empire dengan baked cheese tart tu) korang akan jumpa escalator naik ke atas, korang jalan terus sampai jumpa Mini So kat atas tu, korang akan jumpa lorong ke kanan. Haaa.. korang jalan lurussss je sampai hujung, korang akan jumpa kfry ni. Biasanya korang dari jauh dah nampak orang beratur panjang panjang
Ni kak dibah, dya layankan je budak craving tahapeape ni.haha

So apa yg kitorang order?

Ni rasa dia macam sup sayur ada suun, ada cendawan 3 jenis, ada daging sikit atas tu, ada sayur sayur lain. Pada mirah sedap tapi kalau nak yang lagi kick boleh cuba yang lain, ni rasa dia plain sikit. 

Harga RM 45.90

Okey, gambar ni nak tunjuk kat korang, dia punya waiter memang function habis, semua dia tolong buatkan. Tapi makan korang makan sendiri ye. Dia x suapkan. Jangan risau, korang order makanan mmg sekali dengan dowg ni. Sebab masuk dalam cas perkhidmatan 10% daripada total yang korang makan.haha

Ini pulak plain rice. RM 3 semangkuk. Mangkuk besi ni bagus. Lama nasik tu panas. And nasik dia mengenyangkan. Yeah!πŸ’ͺ



Inilah yang menjadi kegilaan ramai, harga tahun lepas 48.00++ tahun ni waktu aku pergi RM 54.90. Hurm. Nasib baik portion dy besar. Aku tak makan pedas. Tapi bole makan yang ni sebab cheese dy tu menghilangkan pedas. Baru thrill gtew. Kalau amik yg x pedas. Kwn aq pesan nanti muak.

Ini garlic soy wings harga dy RM 19.90
Rasa dy sedappp manis2 masin gitew. Lagi sedap makan panas2 pakai tangan. (Plastik tgn mcm dlm video insta org korea makan tu bole mintak kat waiter k)

Inilah pemandangan meja tersebut.

 Kami order bingsoo jgak..ice shave korea tu.. flavor mangga. Tapi takde gambar sebab sampai2 gelojoh terus masuk perut. Harga dia RM 28.90. Rasa dia. Ofkos sedap! Sehingga menjilat mangkuk. Cukup besar kan mangkuk dia.hehehe. bole share reramai

Antara kroni kfry pada musim ini 😘


Sis payung gambar resit ye. Hehe. Okey tu je. Nanti try yg lain lg.kohkoh



No comments:

Post a Comment