Assalamualaikum..
Aku menapak masuk ke dewan yang sudah penuh. Majlis baru bermula. Tadi ketika sedang berlari,matanya menyapu seraut wajah kacak yang kadang-kadang mengusik hati. Itulah yang orang kata dari mata turun ke hati. Sehari sebelumnya, hatiku terusik dek kenakalan seorang rakan sekerja. Bernyanyi-nyanyi hati ini melagukan pelbagai nama. Entah di mana silapnya. Sedangkan datang untuk menjaga hati. Semasa dalam perjalanan ke sini, terserempak dengan viva yang di pandu oleh kakak kembar yang comel. Benar-benar comel. Malah iras sekali wajah mereka. Comel. Setahuku pagi ini adalah majlis ilmu berupa forum yang bakal dikelolakan oleh moderator hebat namanya Ainal Mardhiyah. Ahli panel yang hadir tak kurang hebatnya. Encik Erwin, Cikgu Mahmud dan Ustazah Fatimah Syarha. Dalam hati mula mengomel.
"Janganlah sampai bertemu mata dengan Ustazah Fatimah Syarha" Bukan tidak sudi,aku tak mahu bertemu mata. Tak mampu menahan akal yang selalu bertanya itu ini barangkali.
Namun,izin Allah lebih mendahului.Beliau dahulu yang menyapa dengan salam. Aku terkedu. Hati bermonolog panjang.
Itulah tadi yang kau tak memasal duduk sini kenapa. Eh tak. aku lalu je nak ke dewan.
Dalam forum beliau menitahkan satu tips untuk insan-insan yang bergelar remaja. Aku turut terpaku. Turut tertembak dengan apa yang disampaikan.
Adik-adik yang dikasihi kerana Allah.. lembut suaranya menyapa telingaku. Dalam kita nak menjaga hati ini adik-adik,kita terpaksa melalui 3 P.. Otakku lambat mencerna. Menjaga hati? owh..kapel agaknya..
P yang pertama adalah pause. Setiap kali kita rasa nak tegur,kita rasa nak mesej, nak bermanja. Kita tahan perasaan kita. Dan setiap kali kita berjaya tahan,itulah sebenarnya kejayaan kita. Sebabnya adik-adik kehidupan di alam perkahwinan ini bukan suatu jalan yang mudah. Kalau kita dapat tahan adik-adik. Nanti lepas bernikah,adik-adik akan merasa keterujaan dan keghairahan menjadi pendamping. Sebab adik-adik dah lepas suatu cabaran yang hebat. Aku terkesima. Yang tiada jangan diadakan, bisik hatiku menampar dinding rasa.
P yang kedua adik-adik adalah prioriti. First thing first! adik-adik,sekarang bukan masa adik-adik untuk mengejar cinta tetapi habiskan pengajian adik-adik. sibukkan diri dengan pembelajaran.Sampai adik-adik rasa tak mahu berfikir soal cinta. Soal hati dan perasaan.
P yang terakhir adik-adik adalah pergi. apa yang pergi? Sampai waktu yang Allah tentukan adik-adik. Lamarlah pasangan adik-adik dengan cara-cara yang Allah dah pernah tunjuk. Perempuan pun boleh melamar lelaki.. Seperti kisah khadijah dan Nabi kita Rasulullah SAW. Lelaki sememangnya boleh melamar si gadis. Dengan pelbagai cara yang telah diajarkan Rasulullah,bertemu wali,orang tengah dan sebagainya.
Hebatkan islam adik-adik.. Aku mencapai botol air di bawah kerusi. Meneguk seteguk dua sebelum mata kembali memberi fokus. Pandai beliau mengambil hati-hati remaja.
Sampai di satu soalan yang dilontarkan. Elok ke kahwin muda?
Beliau menjawab,realiti rumahtangga bukan seperti dalam tv. Realiti rumahtangga. Awak perlu saling membantu. Realitinya, sekarang awak berdua. Masih boleh sara diri seperti biasa. Nanti dah ada anak. Makan pakainya, Takkan hendak dibiarkan tidak bersekolah. Aku mencatuk dagu. Ada betulnya. Mentality masyarakat hanya nampak perkahwinan. isiannya dibiarkan sepi. Itulah tujuan kita sampai ke sini kan.
Menjadikan rumahtangga itu suatu yang diberkati..bukan permainan hati =D
Moga bermanfaat!