My Blog List

Sunday, 12 January 2014

yeay! kawen!

Assalamualaikum..and of kosh..Hai..*erks..aku rasa teruk sangat buat semua tu*

lama x buat high five sambil lompat tampaq tangan orang laju-laju..*PAP* overstos..

aku ter me nulis belog yang hijau hari ni.. sebab..

Uhuks.. I nak kawen la cam nie.....

hahaha. bukan aku k.bukan aku..

nak test market pun belum tentu lepas..silap aribulan aku kena sepak keluar dari market tersebut *kau paham x?* haha

Mesti terkezut putus nafas tengok tajuk kemain aku tuh.. pfft...* its really you!!!????*

Dulu.. aku benci gila orang suruh aku kawen..*tu bukan bermaksud I'm too brengsek obvious mlampau nak jejak pelamin SEKARANG dan selamanya..aku cuma dah  boleh terima la klau hampa yang nak kawen.okeh what!? ^blink3^

Tahniah kepada sedara sedari yang bakal melanjutkan perkahwinan, ops.. silap..
bakal melangsungkan perkahwinan.. hahaha

Bila dengaw kawan aku ser -batch ngan aku dah nak kawen pun ekaw..

Baru tersedaw diri.. oh..ghupenyer dah masuk zaman melawat-beli hadiah-attend kenduri kawen kawan-and wish for a big family *sesuka hati je kan*

padahal ada ja batch bawah aku yang dah kawen..tak dak pulak jadi muka depan berita.. ni sampai masuk blog lak..*bajetss*

aku tanya kawan aku..lebih kurang bernada begini dan berskrip begitu..

"eh, kawan aku nak terkawen lak" cakap kat diri sendiri actually.
"kawan kami kawen dah lepas spm.. anak dua dah pun"

Amek kaw..lagi marvelous gitu..

Kawan beliau .. bukan beliau...
baru nak berguru..ahaks...

Tak daknya.. cuma... ehemm..

aku balik cuti aritu pun dengar berita org nak kawen..

aku balik maktab pun dengar cerita org kawen lagi..

se-batch..

lagi dan lagi..

aku pulak yang rasa nak tunggang tebalik..aapaaa nie...mai dok habaq kat cek pulop..cek ka yg nak kena kawen??

takut aku tak hilang lagi...mungkin...tak kan hilang..mungkin...

whateva~

wish hampa happy dengan keluarga terchenta...

and tadi..

kemaren...

terima mesej kematian..

Innalillah..

nampak x...

Allah nak inform dua-dua..

Buat la apa pun..

Lastly...

Kematian jugak yang pasti..

Jarak hidup dengan kematian tu.. tak jauh mana...

so.. erm.....

entah...may Allah bless all of us.. amin...

syafakillah kpd mereka yg sakit..
nak g ziarah pun jauh..
hantar isyarat syg rindu dari hati je la..
kbai

Friday, 10 January 2014

This is LIFe

Assalamualaikum..

Yah!

Tetiba teringat..

Zaman sekolah dulu..
bila terbaca status.. lebeyh kurang macam nie..

"tahun lepas pmr,tahun depan spm lak"

dalam hati dah tergelak macam tak cukup hempedu nak berfungsi

Dulu, waktu kat sekolah... waktu form 4..

Dalam otak aku ada satu benda ja..

Rilek.. 2 tahun je pun kau dah nak selamat dari segala buku dan study...

SPM is the last one..

Last! last! last!

HAHAHAHA.

sedar..sedar balik...

Hello... awak cuma bercuti untuk beberapa ketika...

Yep..

Betul pun..sebab aku dapat enjoy habis study waktu form 4 and form 5.. sebab rasa benda tu tak membebankan langsung.. even ada banyak keja kena setel.. even selalu main..

Setiap petang aku main..orang study aku main... bukan nak cakap aku pandai...aku x la berapa nak bodoh je...pandai pon tak sangat... kalau nak order nasik kat kafe sendiri tu aku pandai lagi..

Sebab apa tau aku main..sebab aku nie reverse...aku sakit kepala tengok ramai sangat orang study..*ada gak manusia cam nie*
Tapi seyeh..aku x suka bila orang suruh benda yang aku mmg nak buat..aku rasa...lagi tak nak buat..lantak engkau la labu...
So,aku lebeyh suka study bila org semua buat keja lain..blasah la kau nak buat apa pun...tu pun kalau aku rasa rajin nak study aku study la..hehehe..

Teringat prep pagi sabtu,
Bubuh buku banyak2 dalam beg..macam nak study je kan..aleh2 aku amik beg tu buat lapik kepala tidur dalam kelas..gabung kerusi panjang2..hehehe..LOL
Tak pun aku g kacau budak2 lain yg tengah study..perangai...ish3..
fokus aku cuma tahan 15 minit je..pastu mula la buat benda lain..

and aku rasa..aku masih study sekarang bukan sebab aku ni tough 'gila bak hang' study..nie semua sebab Allah bagi..

aku lagi suka bergelak ngan kawan-kawan dalam kelas..dalam bilik prep..tocer budak form 1..*ahaks..lawak je k.*

Adik yang buat status tu..
kalau awak nak tahu...
"tahun depan spm" tu bukan apa-apa.

Sebab nanti...kau dapat ke..kau tak dapat ke result spm tu..mak bapak kau bakal suruh kau study jugak..
result kau gempak sebab lip-lap lip-lap ke..result kau gempak sebab kena sambar petir ke..
Dunia sekarang memang memerlukan orang yang sentiasa bergerak..
so, kau jangan bermimpi nak berehat lama-lama..
hahaha

Adik sayang....
Kalau awak nak tahu.. spm tu...secebis je..
zaman sekolah tu...sekejap sangat je..

Make it sunshine la syg..

Seyes cakap..bila keluar dari sekolah yang kita perlu berdepan betul-betul dengan masyarakat ni.
kita kena paham masyarakat..
bukan tentang semua perempuan...
bukan tentang semua mereka paham kau..
bukan tentang semua mereka background life sama dengan kau...

Chill beb... baru zaman sekolah..

Ada banyak fasa g kau kena belasah...

Sekolah menengah..
Masuk Universiti / kolej / politek dan lain2 tu suatu benda yang berbeza...
Lepas tu kau akan terjah alam kerjaya yang macam-macam ragam manusia..

Dan sesungguhnya inilah universiti kehidupan yang sebenarnya pentas untuk engkau menuai kebaikan..

Biar berjuta manusia tidak mengetahuinya..

Peganglah dadamu..

Katakanlah..

Pentas kebaikan yang tercipta ini untuk aku di kenali di seantero makhluk langit...

Pentas kebaikan ini akan aku persembahkan kepada yang Maha Esa..

Inilah pentasnya...

Moga kita tabah yea sayang...

Tak de benda mudah...

Macam biasa...

Nothing will work unless you do..
jangan buat azam awak menjadi teori semata-mata..

^_^ moga Allah redha kamu dan saya.. 

Uhibbuki..jiddan..Lillah!

Saturday, 4 January 2014

Obvious Lacking.

Assalamualaikum..

Dalam hidup ni..

Tak semua sempurna..

Tak semua bahagia itu paling sempurna..

Tak semua kaya itu paling sempurna..

Yang lebih sempurna adalah apabila kita merasa cukup sempurna dengan apa yang kita miliki..

Dalam hidup ni..

Ada orang nak berubah..

Tetapi setiap hari masa silamnya dijadikan zikir dibibir..

Membuatkan dia tidak mampu untuk berbuat apa pun..

Tapi..

Seorang doktor mengatakan...

Senyumlah pada langit tinggi yang membuat kamu bahagia..

Pandanglah kepada rumput yang menyambutmu kala kamu jatuh..

Sesungguhnya perjalanan yang penuh kekeliruan dalam mencari pengakhiran ini selalu mudah.. apabila kamu merasa mudahnya kehidupan dengan TUHAN.

Kenanglah semua kegembiraan dan kejayaan, lupakan semua kesulitan dan bencana..

Agar kamu tegar untuk melangkah tenang..

kata Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni
Kita tidak akan mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa depan dengan gambaran yang sesuai dengan kehendak kita, untuk itu, tidak ada gunanya untuk kita membinasakan diri dalam kekecewaan kerana sesuatu yang tidak mampu kita ubah.

Let gone be by gone..
Keep Moving and don't ever stop..
Allah knew the best..
He give us all the best..
Jangan kerana kamu tidak mendapat sesuatu..
Kamu lupa bersyukur kembali dalam keadaan celik..
Pagi mu kekenyangan sedangkan ribuan manusia lain kelaparan..
Malammu tenang sedangkan berjuta yang lain bersimbah kegelisahan..
Hitunglah nikmat Tuhan dengan kalkulator..
Syukurilah nikmatnya dengan mata hati..

Kita selalu menyoal.. kenapa aku kurang itu, kenapa aku kurang ini..
Allah tak buat kita untuk menjadi yang sempurna sentiasa..
Tetapi Allah suruh kita berusaha ke arah kesempurnaan..

Apapun yang kita buat..
Segalanya terhitung..
Jangan mengharapkan balasan dengan sedekah yang kamu beri..
Sebab Allah sentiasa tahu saat kamu paling memerlukan balasan itu..

Alhamdulillah..moga kita dipermudahkan..
Moga kita menjadi hamba
yang selalu bersyukur..
*kerinduan mengcengkam jiwa..*deep..