Ku buka tirai hati,
seluas-luasnya untuk cinta.
ku singkap jendela rasa,
membenarkan rasa yang namanya cinta.
Akhirnya,
hatiku benar terpana.
ini bukan perihal cinta.
ini tentang makanan jiwa.
kehausan dek cinta yang Maha Esa,
Pergilah cinta dunia.
aku mahu kembali kepada Pencipta.