My Blog List

Friday, 14 November 2014

kita yang ghairah

Assalamualaikum..
lama tak hapdet..
ni pon pakai phone je hapdet.. lappy..err..

GHAIRAH?
mesti terkejut naw dengan tajuk tu..
luaskan kotak fikir..

Kita yang ghairah..
ghairah dengan kesenangan..
ghairah dengan kemewahan..
mungkin ada yang kata tak..
aku tak perlu semua tu..
aku ada..cukup..
Alhamdulillah..di sana Allah menjentik hati kita dengan syukur..

Tapi kita kadangkala tersasar.
Bukan atas permintaan.
benar.
semalam hati rasa begitu kosong.
semahu_mahunya.
Mata pejam.suatu pun tiada di kepala.cuma hati yang berbisik.kenapa kosong ni?

Sehari sebelum tu..
ada masalah di HEP.
senyum. Sebab Allah kata ujian itu untuk mendekatkan hamba kepada Allah.tapi x pasti kenapa.rasa kosong itu terus di situ.

*hep*
semua proses prosiding baik.Sampai masa nak amik kad matrik balik.
"Kenapa tutup muka ni?"merujuk kepada kad matrik yang tertutup muka pemiliknya dengan gambar passport.
"Err.."tercengang si pemilik beberapa ketika.
"Inilah orang yang tidak bersyukur.ada muka sempurna.ditutup.orang yang mulutnya senget tu.lebih bersyukur dari kita yang sempurna"
zupp...sentap dalam...

Oleh itu.merasakan syukur adalah kerana menyedari..hakikat perhambaan..kita yang menumpang..kita ghairah dengan dunia. Dikala Allah mengulang-ulang tentang akhirat. Kita ghairah dengan hidup. Sedang nabi menyebut tentang kematian.
Kata ustaZ semalam :
"Kita selalu tanya kiamat bila?2015?2018?kiamat bila?apa lagi bukti yg kata kiamat dekat?kiamat bila dan bila?""tapi kita lupa nak bersedia.kita tanyaaa....dan tanya..sampai hari kiamat kita tanya.masa tu kita dah x sempat buat apa2.yg kita tanya dah sampai.yang kita patut bersedia dulu tu kita x sempat.sebab kita tanya.x bersedia."
Dalam satu kisah, sahabat2 lebih suka org badwi datang dalam majlis ilmu.sebab nabi akan layan semua soalan orang arab badwi,sbb depa ni x tau...tapi kalau sahabat tanya soalan..kena tapis dulu..ada yang Rasulullah jawab..ada yang Rasulullah senyap..bila ditanya 'haji buat setiap tahun ke?'. Kalau dijawab,kita x mampu buat..

jadi dalam perihal akhirat,perihal mati,hal kiamat.
cukup.
kita menjadi orang yang bersedia.
menjadi orang yang ghairah dengan motivasi syurga.

Kita akan terus diuji..

apabila hati kamu membisikkan kejahatan.ketahuilah ada syaitan yang mengasakmu.
apabila hati kamu membisikkan kebaikan .ketahuilah ada malaikat yang sedang membantumu.itulah hidayah Allah.

Tinggal kita yang memilih.
Sebuah destinasi syurga.

Allah..
kami hamba..