Sesegar..hijau daunan..begitulah..kita diibaratkan..
Tiada lautan yang mampu memisahkan kita..ukhuwah..antara kita..
Salam ukhuwah kepada sesiapa yang membaca blog ini walaupun pada hakikatnya tiada siapa *kecuali beberapa orang yang mengetahui kewujudan blog ini.
Ingin berkongsi tentang bicara hati yang tidak tertahan mahu melontarkan bicaranya tentang seorang sahabat yang hebat budinya,pekertinya,tuturnya dan memandang wajahnya mampu menenangkan sekeping hati.
Kissasian kata midah..
Bertemu kasih di SMKAP dengan saya dan ramai lagi sahabat yang lain..
Kasih bertitik tanpa noktah apabila sahabatku itu menjejakkan kaki ke KISAS.Sekolah kluster yang tak kurang hebat tarbiyahnya.
Erm..tak kisahlah dimanapun beliau yang penting di hati tak pernah melupakan sahabat SMKAP.Saya yang susah nak ingat kawan nih pun boleh ingat dia sekuat ingatan yang ada.Bukan maksud saya kalau berkawan tu wajib lupa kawan.Tapi kalau lama tak jumpa nih bila jumpa balik saya susah nak ingat. Alhamdulillah saya sentiasa ingat dia.
Sedih sebenarnya nak berpisah walaupun sekejap dengan dia..tapi yakinlah Allah menghadiahkan rindu yang tak pernah luput untuk kita yang bersahabat keranaNYA.Berpisah bukan selamanya kan?
Senyum sorang2 bila dia bagitau nak sambung pengajian dekat Jordan..boleh la amik flight sekali..kembali bertemu kasih di Jordan InsyaAllah..doakan eh?..
Mungkin sekarang laluan kita tidak sama..tetapi target kita tidak pernah berbeza..MARDHOTILLAH..itu yang dicari..
Allah akan menjaga hak kita apabila kita berusaha menjaga hakNYA kan?
Ya Allah kekalkan ukhuwah ini atas jalan da'wahMu.
Akhir kalam..terima kasih sudi meluangkan masa dan membulatkan mata membaca blog yang tidak seberapa ini..
Assalamualaikum..moga berjumpa nanti (^_^)
hurm..~ ukhuwah fillah !
ReplyDeletehuhu :'( Ajmal Tahani <3
my prayers are with u ! may u succeed with flying colours..
BERTEBARAN DI ATAS MUKA BUMI UNTUK MENCARI ILMU ~
InsyaAllah..
DeleteUntuk sahabat yang lain jugak..
Amin..(^_^)