Salam sayang kepada diri seniri..Selawat dan salam kepada baginda kekasih Allah..
Sesungguhnya belajar erti syukur bukan mudah,melainkan dengan hati yang sentiasa beradar cinta kepada Allah.
Syukur apabila diuji..
Aku selalu menulis dalam buku bila ada masalah..aku koyak,gumpal dan lempar jauh2..Ya Allah kenapa aku diuji..seringkali terlupa yang Allah uji kita kerana::
1.Allah masih sayang pada kita
2.Allah nak kita dekat kepadaNya
3.Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang melangit tinggi
4.Allah nak menguji keimanan kita
'Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu,ketahuilah apabila diuji..pasti akan ada hikmahnya..hikmah yang kita tidak mungkin tahu melainkan Allah jualah yang membuka hikmah itu dihadapan kita'
Tapi hati,bila bergabung dengan emosi dan perasaan.Hati bukan dibawah kawalan kita lagi..Seringkali tergelincir apabila diuji..sampai merasa putus asa dengan Allah..seorang guru berkata:;
Sujud dan mohonlah kepada Allah..banyakkan zikir dan selawat..Kita insan terpilih dan kita pasti boleh melakukannya..
Aku benar2 bersyukur Ya Allah kerana diuji dengan ujian dariMu namun,kuatkan lah hati ini menempuh dugaan yang besimpang siur..kuatkanlah iman ini..kuatkanlah pergantungan ku kepadaMu..
Wallahua'alam..sekadar berkongsi rasa yang sukar diucapkan
No comments:
Post a Comment