My Blog List

Sunday, 18 March 2012

Kembalikan cahaya !

Assalamualaikum..

nak cakap ngan blog je ari ni..sebab tak de orang nak dengar saya bercakap an??
heheh..dah tau lama dah~

blogku,hari ini aku bangun daripada mimpi ngeri yang panjang (*ada gaya abah cikit,wahaha)
demam yang kata doktor paranormal..memang aku tak normal agaknya..ada fius putus..

aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak memberitahu sesiapa tentang demam ini.wink2**
tapi hanya bertahan  2 minggu..Allah uji je semua ni..tengok tahan ke tidak..

agaknya sebab terlalu berkejar kat sekolah..tu yang otak pun berselirat tu..heheh

By the way..aku dah nyahkan semua ni dari otak sihat,bijak dan pandai ni..
 (*sapa ajar aku cakap yg baik2 je~maseh erk!jasamu ku kenang selalu)

Malam tadi aku sangat gembira ! sebab berjaya selesaikan 2 set math dalam masa 2 jam ! non-stop !
tapi cikgu,maaflah..saya buat macam tengah jawab exam,sempoi giler kertas tu..and jalan kira semua congak!
tinggallah pendek je jalan kiranya..

Walhal,kalau nak diikutkan skema yg selalu aku jawab..tak cukup panjang/setengah mukasurat,tak payah la berhenti mengira..tapi kalau aku tulis satu-satu ikut flow,soalan bukannye satu,ber'page-page'...mau x tidor malam aku..apakan daya~heh

okeyh..nak jadi prihatin sikit kepada bangsa-bangsa blog *tak dak kot~
dah makan?sihat?gembira tak hari ini?heheh..(soalan mengikut SKEMA SOALAN)kuang3.

Pagi ni aku sedar satu perkara~

LIFE MUST BE GO ON ! WHATEVER YOU ARE !

Aku cakap kat diri aku, lek arr form 5 tak lama pun..
aci pejam,lena.   aci celik,study.  aci hidup,bekerja.

And aku tak kisah sangat pasal result SPM..Abah pun sempoi je kalau aku tunjuk result,tak tunjuk pun tak pa..kuang3..dia bukannya kisah sangat..And aku punya target~~Dapat 11 A+~~cukup-cukup okey la an?
bukannya tak boleh tambah..angah sendiri cakap "Tak payah tambah apa-apa,mai (bukan nama aku yang sebenar harap maklum) tu banyak kerja lagi nak dibuat"

Yeah !!secara automatik,aku tak tambah apa-apa subjek lain.boleh je.yakin je boleh buat  walau banyak kerja pun.
tapi tak boleh ingkar kata 'mak' kita an..hahaha

Selesaikan Form 5 ni dengan kegembiraan..macam form 4..main sepanjang masa..orang study aku main,orang main aku study..heh..adik beradik alien~well~

Pernah waktu exam form 4..erm..semua orang ada buku latihan/buku rujukan yang dibeli sendiri..aku pemalu sikit..nak mintak kat Abah? kena garu kepala banyak kali,abah pun tak dak duit..nak buku latihan,beli la sendiri jawabnya..so,aku hanya menyelak buku latihan yang cikgu bagi ja..Insyaallah~ berkat..

Sebab kalau nak aku beli buku latihan sendiri..kena tunggu arahan daripada YAB Cikgu-cikgu aku..Insyaallah akan diusahakan,tapi kalau takat beli sebab orang ada buku,terima kasih je la..Jujur ! aku takkan buat latihan dalam buku tu !

Insyaallah tahun ini akan dihadapi dengan gembira ! sebab :

1.habis exam boleh cari kerja,tolong abah
2.Nak ambil lesen kereta and kidnap kereta angah selalu *hehehe..baik punya idea !
3.Ada rombongan melancong dalam negara..itu pasti !
4.Insyaallah boleh bantu adik-adik form 4 (kelas akaun je) kat sekolah
5.Tolong kearah Perlis..*tolong tengok pun tolong jugak..an2..
6.Jdk~nak p ke x eh?tahun depan aku pikiaq lain..wahahaha
7.Cari jodoh kat kakak-kakak aku..*yuhuuuuuuuuuu...!

Bersusah-susah hari ini dan beberapa bulan,untuk kebahagiaan sesudahnya !

Sedarlah ujian itu mendidik dan kita akan terdidik dengannya,
Ketahuilah Allah tidak membiarkan hati kita keseorangan apabila diuji,

Saat kejayaan itu ditagih,
kepayahan dan kegigihan menjadi taruhan.

Saat kejayaan itu diharapkan,
konsentrasi merupakan kayu ukurnya.

Saat kejayaan itu didambakan,
padaNya kuserahkan segalanya.

 

bye~

Wednesday, 14 March 2012

uit..kes berat

Saye setia dgn awk xpi kenape awak
curang..
Saye sayang awK sNgt2.. xpi knape
awk bLas cinta sya caM nie !! kenape
awak..
saye sayang awk tapi kenape awak tak
sayang saye..
Awak sayang saya x?
awak rindu saya x?
awak cintakan saya x?
kenape awk ni...
dulu awak kata sya yang awk cinta tp!!
kenaper awak buat sya kecewa..
Kenape awak curang? padahal saya
sayang kat awk ketat2
Sye syg awk kenape awk x nampak
saye sentiasa dibelakang awk..
awk kenape wt sye cm nieh ?
Kenape awk tinggalkan sye.. ='(


okeyh..sgt lawak boleyh x?
hehehe
terserlah kepuitisan kau..
x boleyh blah..

Awak kenapa buat hati saya sakit
mcm ni, saya benci awk.
sya BENCI awk sbb buat sya
RINDU~SAYANG~CINTA kan awk
"sya kata sya Benci AWK!,tapi di Hati
tak sama gan d Mulut"
rasa benci sangat gan awk . . tapi x leh
tinggalkan awk
BeNci2!! awak!! tapi sya sayang awk
juak
 


ohohoho..
kes parah nih..mau ada yang gila setengah jiwa raga..
Adohai..dah teguq..erm..

Nauzubillah..Ya Allah..bercinta dengan suami Insyaallah kekal..
Kalau benci pun,Insyaallah bebaik balik.

Yang terumbang-ambing ni?cukup sekadar minat,jangan lebih-lebih.hehehe

Sangat lawak ayat dia..boleyh bayang muka dya yang comey tu tgh menjerit..
Terasa jahat pulak..Astaghfirullah..

Tuesday, 13 March 2012

Berkongsi bahagia

Ini adalah satu cara untuk mengurangkan stress.
Ini adalah apa yang saya suka walaupun anda tak suka.

Alhamdulillah..

1.Allah izinkan iman dan islam bagiku

2.Allah takdirkan aku bersahabat

3.Allah membenarkan aku menulis blog

4.Masih dibenarkan bergaduh

5.Result UP 1 (2012) tak jatuh merudum

6.Dapat p RIMBA walaupun sekejap

7. Jihah kol

8.Result kengkawan  dah up skit.

dah tu sikit2.ok bye..sye suke..(^_^)
awak?lantak...

Hadirnya sahabat sepertimu

Assalamualaikum..

sekadar ingin berkongsi mengenai sahabat yang jauh di mata tapi dekat di hati.
bila berjumpa,kelu,bisu,terkedu lidah ini untuk melontarkan bicara.

Aku sedang melelapkan mata di meja beralas tikar getah unggu di anjung.
Cuba untuk menghilangkan sakit kepala yang bukan sedikit.
Cuba untuk mengurangkan seram-sejuk yang mengganggu.
Bahuku terasa ditepuk perlahan,mata yang berat menyebabkan aku lambat memberi respon.
tepukannya yang kedua berjaya menyedarkan aku dari terlena.

Sahabatku yang jauh kini di hadapan ku.

Maafkan aku kerana tidak memberi layanan yang selayaknya.Kerana kesakitan yang menyerang melambatkan transaksi maklumat yang dihantar ke otak.Jadi aku bagai terkaku tak tahu nak buat apa.
Saat mata menerobos anak matanya yang dilapisi cermin matanya.
terasa diri ini sudah lama menanti hadirnya dia.namun saat itu aku hanya mampu menyelam ke dasar anak matanya tanpa berbicara sedikit pun.

Dan apabila dia bersuara bertanyakan kesihatanku,aku malah menjawab seperti biasa.
sedang kelopak matanya bertakung air jernih yang hampir menitis.
aku hanya memerhati,menolong tidak,bertanya juga tidak.
Tersedar bahawa sahabatku sedang menangis,aku hanya mampu bertanya.

"kenapa menangis?" waktu itu aku terasa agak kejam dengan pertanyaan tersebut.
dan dia betul-betul menangis.rasa bersalah itu menular ke dasar hati.jangan menangis kerana aku.Insyaallah,aku akan sembuh.ketahuilah,ini hanya ujian Allah.

Lebih berat lagi,pada masa yang sama.Kakakku sampai.Rasa macam kali pertama aku meninggalkan dia.
kalau nak diikutkan hati,nak je suruh kakakku itu menunggu ku.tetapi pada masa itu,aku tahu dia punya kerja yang perlu di segerakan.

Maafkan aku sahabat..

Friday, 9 March 2012

Al-kisah- 2 minggu

Assalamualaikum..

Pembaca blog yang dihormati..(ade ke tak tah?rasa mcm tak dak..heh)
x pe..aku je  baca smua nih..

Dalam 2 minggu ni..macam-macam jadi..MasyaAllah..
Rasa x kuat sangat..hati ni macam dah tak nak berdetak gagah lagi..

Kekuatan macam bukan milikku lagi..
2 minggu ni exam..dan target sekolah yang agak tinggi kepada aku..fuhh!!berpeluh dibuatnya..

2 minggu ni emosi tak stabil..asyik stress sorang-sorang..pasal family,pasal study,pasal kawan..
Menjaga Hubungan dengan Allah memang mudah,tapi dengan manusia..Allah..sesak jiwa ni.Allah saja yang tau..aku simpan sorang,pendam n stress..macam tak betul kan?
And aku suka makan kalau stress..so,kg naik mendadak..sabar je la..nak hidup an..

Ada call mak cik ni..Alhamdulillah..ada semangat sikit..walaupun nak call tu punya la seksa an..
Allah pinjamkan kekuatan call jugak..

Bantuan dari abah sangat2 dihargai..terasa diriku begitu berharga walaupun x dak kawan..

Exam..
x leyh fokus langsung study..Allah..x tau la result macamna..
Sedeyh pun ada..bila dapat paper..semuanya menyebabkan aku blur..x tertulis langsung jawapan kat paper tu..
Walaupun kawan-kawan cakap "Mirah cakap je tak boleh jawab,tengok2 result...."
Aku jawab dalam hati, "Ya Allah,janganlah jatuhkan semangat aku kalau result x elok sekalipun..

Dah tak dapat agak mana letak duduk aku ni dekat depa..huh..sabarlah hati..

Taklif sebagai khalifah memang banyak,x payah cakap la..
Dan aku berusaha menggerakkan biro aku yang macam ketua dengan penolong je bersuara selalu..
Wallahu'alam kenapa..tapi aku tak mampu

Ditekan lagi dengan ..........,Allah..rasa macam nak putus nyawa..

Abah mai dengan cadangan yang boleh dipertimbangkan..heheh
Berulang nak?abah amik and hantaq..

Aku oke jerk..cumanya..tugas menyekat kebenaran itu..Abah bg amik lesen sbb abah kata aku dah macam stress sangat..hurm..kena  pikir jugak tu..kalau keluar dah tak boleh tolong kawan2 study..Aku pun merangkak lagi..Allah..

Last sekali menyebabkan aku agak pressure...
Demam + Batuk + Selsema..buat kacau orang exam je kan?

Allah izin mirah..doakan ksejahteraan dan kesihatan ku ya?Sekarang masih x sihat..
Demam + Batuk + Selsema + Sakit tekak-dibuatnya pulak tadi merempit tengah hujan ngan abah..fuhh..bila nak sihat,x tau la

Islam agamaku,Allah kekuatanku..
bye..