My Blog List

Tuesday, 13 March 2012

Hadirnya sahabat sepertimu

Assalamualaikum..

sekadar ingin berkongsi mengenai sahabat yang jauh di mata tapi dekat di hati.
bila berjumpa,kelu,bisu,terkedu lidah ini untuk melontarkan bicara.

Aku sedang melelapkan mata di meja beralas tikar getah unggu di anjung.
Cuba untuk menghilangkan sakit kepala yang bukan sedikit.
Cuba untuk mengurangkan seram-sejuk yang mengganggu.
Bahuku terasa ditepuk perlahan,mata yang berat menyebabkan aku lambat memberi respon.
tepukannya yang kedua berjaya menyedarkan aku dari terlena.

Sahabatku yang jauh kini di hadapan ku.

Maafkan aku kerana tidak memberi layanan yang selayaknya.Kerana kesakitan yang menyerang melambatkan transaksi maklumat yang dihantar ke otak.Jadi aku bagai terkaku tak tahu nak buat apa.
Saat mata menerobos anak matanya yang dilapisi cermin matanya.
terasa diri ini sudah lama menanti hadirnya dia.namun saat itu aku hanya mampu menyelam ke dasar anak matanya tanpa berbicara sedikit pun.

Dan apabila dia bersuara bertanyakan kesihatanku,aku malah menjawab seperti biasa.
sedang kelopak matanya bertakung air jernih yang hampir menitis.
aku hanya memerhati,menolong tidak,bertanya juga tidak.
Tersedar bahawa sahabatku sedang menangis,aku hanya mampu bertanya.

"kenapa menangis?" waktu itu aku terasa agak kejam dengan pertanyaan tersebut.
dan dia betul-betul menangis.rasa bersalah itu menular ke dasar hati.jangan menangis kerana aku.Insyaallah,aku akan sembuh.ketahuilah,ini hanya ujian Allah.

Lebih berat lagi,pada masa yang sama.Kakakku sampai.Rasa macam kali pertama aku meninggalkan dia.
kalau nak diikutkan hati,nak je suruh kakakku itu menunggu ku.tetapi pada masa itu,aku tahu dia punya kerja yang perlu di segerakan.

Maafkan aku sahabat..

No comments:

Post a Comment