Latar tempat : Bilik gelap.
Latar cahaya : disuluh kepada zahid.
Oh dah post.lupa lak nak cakap. scene nie lepas zahid *entah dari mana aku amik nama dia ni* eksiden.koma sebulan.haa..tengah2 koma tu..
Oh dah post.lupa lak nak cakap. scene nie lepas zahid *entah dari mana aku amik nama dia ni* eksiden.koma sebulan.haa..tengah2 koma tu..
Zahid berasa amat dahaga dan keseorangan. Tiba-tiba
ayahnya datang membawa air. Zahid menjerit jerit meminta air.. “ayah, zahid
dahaga ayah..ayah..zahid dahaga..zahid nak air ayah..”
Ayah berkata : Zahid, dulu.. permintaan ayah engkau
tolak, malah engkau tolak ayah.. zahid..mintalah pertolongan dari kakakmu.
Kakak masuk membawa air.
“kakak,zahid dahaga kak. Zahid dahaga. Zahid nak air
kak.. tolong zahid kak..temankan zahid kak..”
Kakak kata : Zahid, kakak tak dapat tolong engkau..kakak
dah pergi..engkau penyebabnya..engkau menyebabkan akak pergi”
Seorang pemuda gemuk masuk dengan pakaian hitam dan wajah
hitam..zahid meminta air..*sama macam yang atas*
Pemuda itu berhenti dan memberikannya air yang
menggelegak panas.
Zahid tanya : “siapa engkau yang membawa air ini?
Pemuda itu menjawab : “ aku adalah dosa-dosa yang telah
engkau lakukan”
Zahid bertanya : “mengapa engkau terlalu gemuk?”
Pemuda hitam : “ engkau telah memberiku makanan amalan
kejahatan yang banyak. Engkau selalu marah-marah,engkau selalu melakukan
maksiat,engkau derhaka dengan ibumu,engkau derhaka dengan Tuhan. Minumlah. air
itu dari mu.”
Zahid menggeleng “aku mahu air yang menenangkan tekak ku”
pemuda pergi
Seorang pemuda yang kurus kering masuk dengan muka putih
dan baju putih.*sama minta air*
Pemuda itu pergi kepada zahid, katanya “ aku sepatutnya
membawa air sejuk untukmu.malangnya aku juga terlalu kurus..maafkan aku.
Tanya zahid : siapakah engkau?
Pemuda putih : “akulah amalan kebaikanmu.tetapi aku tidak
pernah diberi makan.malah aku semakin hari semakin kurus.”
Zahid : mengapa?
Pemuda putih : apabila engkau mempunyai peluang untuk
membuat kebaikan,engkau mensia-siakannya. Engkau tidak pernah solat, apatah
lagi berdoa kepada Allah,engkau tidak pernah taat, apatah lagi berbakti kepada
kedua orang tuamu. Engkau zalim dengan orang lain. Engkau tidak hormat kepada
guru-gurumu. Engkau menyakiti manusia sekelilingmu. Engkau mencuri. Engkau
melakukan pelbagai kejahatan. Engkau lupa membuat kebaikan. Inilah hasilmu.
Zahid menangis . zahid memanggil-manggil ibunya. Tetapi
ibunya tidak menyahut. (gelapkan.masuk babak seterusnya.)
Bahagia kalau anda tinggalkan komen..hehuhueh =D
Bahagia kalau anda tinggalkan komen..hehuhueh =D
Dah boleh compile buat novel~ :)
ReplyDeletenguehehehe. :) alhamdulillah..tp x sehebat dirimu yg lbih madah sgala madahnya..hehehe
Deleteehem? ceghite macam sama ngan gpi jaa..bagus ..keep it up bebeyh!
ReplyDeleteko baca cerita I ke danny?mmg gpi punya..mueheheehe..part yg aku rasa berguna nak ingat ke mati.. ^_^
ReplyDelete