Assalamualaikum..
Haip! kaef hal? moga-moga kita semua dalam Rahmat Allah.
Hah? Dunia? dari Jendela Akhirat?
Akhirat ada tingkap ke?
Jom kita tengok macam mana tingkap akhirat! (^_^)
Apa yang dimaksud kan dengan melihat dunia dari jendela akhirat ini adalah meletakkan akhirat di hadapan dalam segala perbuatan di dunia.
Argh!!complicatednya!
Dalam kata lain.. Akhirat dikejar dengan tanaman di dunia.. *sastera x sudah* oke.
Proceed.
Dalam kehidupan ni kita ada banyak soal.
Soal Makan, Minum, Hati , Jiwa, Keluarga, Kawan-kawan, Kerja, Study dan paling penting cinta!
#Eh?kenapa cinta?
Untuk pengetahuan semua.. dalam kehidupan ni. ada satu benda yang sangat istimewa yang di sebut sebagai cinta.. Sedar atau tidak, cinta membolehkan makan, minum, hati, jiwa dan pelbagai lagi menjurus kearah syurga dan neraka.
Misalan mudahnya. Ada yang mengatakan "Aku cinta Allah". Justeru, dia akan melihat dunia ini dari jendela akhirat agar dia dapat bertemu dengan Rabb yang Maha Esa. Dia akan menurut segala apa yang diperintahkan kepadanya. Siapa yang gembira melihat sang Kekasih murka? Siapa yang gembira apabila tidak disayang oleh sang kekasih. Begitu juga dengan jendela akhirat yang ingin dikuak luas agar kita melihat betapa kecilnya dunia yang menjadi rebutan.
Sekalipun, Ada yang mengatakan "Aku Cinta Fulan". Justeru, dia akan melihat Fulan itu segalanya.
Lautan luas, sanggup ku renangi.. *x sempat sampai ke tengah laut sudah terkapai-kapai..Nahh*
Hutan rimba sanggup ku terokai.. *ini bikin konfius. agaknye kekasih dia dalam hutan tak*
Dan pelbagai lagi kata-kata cinta.
Oh.
Sang Pencipta pernah berpesan.
"Jangan engkau ikuti si fulan(syaitan) itu"
Hurm.. tetapi kita selalu lupa..
Jendela yang terbuka selalu di datangi pelbagai dugaan. Kadang-kadang sedang hati tersentuh dengan Esanya Allah. tiba-tiba gambaran dunia yang penuh perhiasan menarik pergi kewarasan akal fikiran.
Ah. pada ketika itu, hanya iman yang kuat menentukan dengan apa engkau melihat batang tubuh dunia.
#kenapa mesti kaitkan dengan cinta??! I dah muak!!
Hakikat penciptaan manusia itu berbeza-beza. Jika manusia ini ibarat pepohon, maka ada pepohon yang lebat buahnya namun sedikit dedaunnya. Ada pula pohon yang hidup rendah tetapi punya manfaat yang banyak kepada manusia.
Maka, lihatlah dari mata hati mu. Engkau akan terjumpa perihal diri. Tentang diri yang benar-benar perlukan cinta. Tentang hati yang benar-benar buntu kasih. Jadi cinta dan kasih perlu dipilih. Sedangkan seluruh kehidupan ini adalah pilihan. Biarpun takdir telah ditetapkan. Boleh sahaja diubah dengan doa.
Pilihlah kecintaan yang padanya kekal ke syurga. Kerana matamu pada jendela akhirat.. Penuh kenikmatan di sana. Biarpun engkau melihat segalanya sukar di dunia. Engkau berpaling ke arah akhirat. Alangkah nikmatnya. Engkau menebar ruang matamu kepada dunia. Engkau melihat nikmat yang sementara.
Pernah aku terbaca. Kepahitan yang sekejap untuk engkau menjenguk akhirat yang selamanya itu tidak akan pernah kekal. Malah pahitnya sebentar cuma.
Kenikmatan dan Keseronokan engkau di tengah-tengah noda dunia ibarat fatamorgana. Dilihat ada. Tetapi di sentuh hilang. Juga sekejap cuma.
Namun kepahitanmu mengejar akhirat dibayar dengan syurga yang penuh kenikmatan di dalamnya selamanya.
Syukur. Kita lahir islam. Tidak perlu mencari. Namun. Perkara yang rukhsah (diringankan) jangan dianggap mudah.
Sekian
No comments:
Post a Comment