My Blog List

Tuesday, 15 July 2014

Teknologi Iman

Assalamualaikum.

Fathi Yakan. kenal? kalau kenal, kenalkan kat aku.

Entry ni berdasarkan apa yang aku baca dari buku beliau. walaupun dulu beli memanglah tak nak baca kan. ya Rob egonya makhluk naif sorang ni.huhuks. tapi kata cikgu aku dulu-dulu.
Buku ni beli banyak-banyak pun x pa. walaupun x mau baca. walaupun sebab tajuk dia nampak macam menarik je jd sebab kau beli. nanti tua-tua pencen dah x larat nak ke hulu ke hilir macam sekarang ni, duduk la menghadap buku tu semua.ha.. gituh..

tapi buku yang satu nih, tak tau la kenapa aku baca kan?
Jom ubah cara fikir.hehe. (menyahut seruan pensyarah baik hati aku, aku nak baca bukulah kan)

so.. dalam nie..

Memang tazkirah. Tazkiyatun Nafs. Balik kepada Allah.

sungguh. rare.

Selama ni panduan Al-Qur'an ada depan mata. tapi biasalah kan. nampak macam banyak plak.

Dalam buku ni, dia keluarkan dalil-dalil bagai. memang sentap kena shoot habis la datin.ngeh3

aku kongsi 1 part dalam buku ni.

Pintu syaitan masuk dalam diri manusia :

1 . Tamak dan buruk sangka
#hadapinya dengan percaya dan baik sangka, berpada dengan apa yang ada.

2. Cintakan kehidupan dan panjang angan-angan
#hadapinya dengan perasaan takut dengan maut yang akan menjemput saban waktu

3. Cinta kerehatan dan kemewahan
#yakinlah kenikmatan itu akan hilang. akhirat nanti yang kekal.

4. Kagum dengan diri ('ujub)
#rasailah segalanya milik Allah, Allah pinjamkan. terhutang budilah dengan Allah

5. Memandang rendah kepada orang lain
#kenalilah hak-hak mereka dan hormatilah dengan sewajarnya. kerana setiap manusia ada potensi yang berbeza-beza.

6. Hasad dengki
#berpada (qana;ah) dan reda lah terhadap kurniaan Allah.
*kata Allah, bersyukurlah nescaya Aku akan tambah*

7. Riya' dan suka dipuji
#Binalah tembok ikhlas. kehidupan sesingkat ini untuk akhirat selamanya. bercucuk tanamlah kerana Allah semata-mata

8. Bakhil (kedekut)
#apa sahaja yang ada pada makhluk akan binasa, hanya Allah yang akan kekal.

9. Takabbur (membesarkan diri)
#berhiaslah dengan sikap Tawaddhu' (merendah diri)
*haza min fadli robbi*

10. Tamak
#percayalah ganjaran di sisi Allah, tidak tamak apa yang ada di sisi manusia.

m/s 85
oleh Mujahid Fathi Yakan.
sekadar berkongsi.
 peace ^_^//

No comments:

Post a Comment