My Blog List

Friday, 29 November 2013

Kem cuti sekolah

Assalamualaikum..
rasa macam nak bukak konter..'bebudak hot setap'
haha.apa yang tetiba nie?aceh! sebenaqnya..

Nafsu kata..
Gila hang perabeh cuti untuk kem saja..
Perabeh cuti untuk kerja2 amal..
Bukannya dapat gaji..
Tidoq pun kena kurang..

phew... *hakikat nafsu,semua nak heaven ataih dunia..*
ceh..

Pejam celik..pejam celik..
Alhamdulillah.setel 2 kem..lagi 2 kem menanti..

Hati kata..x kesah..asalkan ada keja nak dibuat..daripada dok saja macam orang sasau..boleh sakit tueh.

akhirnya,
dengar seorang akak nie cakap..

Adik.. buat kerja untuk islam memang payah.
Tapi kita mencintai nak p bantu orang2 palestin..kita bercita-citakan jihad.
tapi bila sampai seruan jihad,kita mengelak..bila ada jalan..kita tutup mata kerana nafsu kita..
adik..
kalaupun kita rasa susah..

Allah kata syurga Aku sangat mahal jika nak dibandingkan dengan apa yang kamu beri..
Allah kata Allah cinta orang2 yang menjual dirinya untuk agama sama ada hartanya,atau dirinya sendiri..

Tapi kadang-kadang rasa jugak..
Benda yang aku buat untuk senangkan orang..rasa macam tak berbalas..

Akak tu pesan..

Adik..
Jadilah pencinta...
*kenapa pencinta akak?*
Sebab pencinta tak minta dicintai..kerana pencinta lebih cinta untuk mencintai dan membahagiakan orang lain.
Pencinta bahagia kerana dia tak mengharapkan semua orang mencintai dia,tapi dia bahagia melihat orang lain bahagia kerana cintanya.

Akak..tapi saya kasar la akak..

Adik..tak pernah Allah kata kamu tidak boleh berubah,tapi Allah kata..Allah takkan ubah kamu kalau kamu tak ubah nasib kamu sendiri..
Adik..kalau nak kebaikan Allah selalu tolong..

Akak..kenapa tak rasa macam Allah tolong pun..

Adik,kalau adik nak suruh pertolongan Allah tu ada label, adik kena labelkan semua anggota adik dulu..*ye lah..semuanya Allah pinjamkan,supaya aku boleh hidup macam ni*
Sebab Allah maha Hebat adik! =D

Sepanjang-panjangnya soalan2 aku dihiasi dengan senyum mesra akak tu.. =)
lembut dya tu x yah cakap la..Ya Allah..cair hati..huk3.. :'

At least..kem-kem ni bukan untuk aku memberi saja..aku dapat jugak..tarbiyah hati..banyak-banyak sabar..
Semua orang tak sama.. sungguh.. semua orang tak sama..
Apa yang aku boleh buat..sebab Allah tolong aku..dan orang-orang tu semua bagi kepercayaan pada aku..

kata cikgu Ghazali..*buat apa yang termampu,itu yang terbaik*

Sampaikan kereta akak tu yang auto yang tak pernah aku bawak auto pun dia bagi aku bawak..

soalan aku satu je waktu tu,
akak percaya saya eh?
dan dia jawab..
akak percaya mirah boleh bawak,org hebat nie

dalam hati yang tak yakin..terus kata aku mampu...sebab orang percaya aku  mampu..

Sungguh..

Kecintaanku..
terubat dengan rindu...
benarkan aku beri sesuatu..
kerana aku sangat bahagia di situ..
aku tahu..
mereka percaya..
justeru,aku jadi lebih percaya..
aku mampu..
melakukan sesuatu..






BAKAL TIBA..



Alhamdulillah..Allah izin sampai lagi kem2 yang seterusnya lepas nie..yang amat buntu tenaga islam..

moga tarbiyah untuk semua..bukan sekolah-sekolah kluster,ma'had,sekolah-sekolah agama sahaja..
Semua orang buntu tarbiyah..
Tahniah kepada yang menghadirkan diri,..
Moga-moga tarbiyah hati dan islam selalu ada untuk kalian..
Hidayah milik Allah..segalanya milik Allah..mintalah..Allah rindu mendengar permintaan hambanya..
Allah x sama dengan manusia yang mencebik apabila acapkali diminta sesuatu..
malah,Allah suka kita selalu meminta kepadaNya,kerana Allah..maha HEBAT! =)

Moga Allah redha..
rindu Najihah Mohd Fadzil.. =)
Uhibbukunna jiddan Lillah,abadan abada insyaAllah

Tuesday, 12 November 2013

Nota kaki untuk hati

Assalamualaikum..

In act. Betullah apa orang cakap. Betullah apa yang Allah kata.

Allah tak uji kamu dengan ujian yang bukan atas kemampuan kamu.

Orang kata :

Jangan benci teruk sangat. Kang jatuh cinta.

No doubt!

Oke.

Ujian. Exam. Musibah. Whatever is it.

Apa yang bagi mudah.

ALLAH of course.

Semua Milik Allah.

Allah nak bagi. Allah akan bagi.

Bergantung kita nak ke tak nak.

Walaupun hati meronta-ronta.

Tak nak!!



Tapi tak kan kita nak  duduk saja dan tengok semuanya berputar sendiri tanpa buat apa-apa.

Tak kan kita nak  jadi manusia yang gagal.

Mungkin ini jalan yang lebih baik.

Allah pilih kan jalan ni?

Allah yang hidupkan kita kan?

Allah lebih lebih lebih lebih dari tahu apa yang kita perlu.

Selalu.

Katakan pada diri : Aku Ingin menjadi baru.

Walaupun jalan ini sukar.

Setiap jalan pun sukar.

Jangan sabar. Tapi Redha. Tak sama.

Redha itu kembali kepada sang Pencipta.

"Adalah keaiban bagi kamu sebagai orang islam,duduk diam di rumah kamu tanpa buat apa-apa "

Sir kata : Make an action! Make an improvement! Either you win or not. That's  not the matter. The matter is act!

Jangan bezakan kita dengan orang lain.

Kita baru nak menapak.

so, tengok result kita yang lepas.

Yeah. Nothing possible.

Keep moving.

*menangis tu perlu. u're girls la.

#noted for me#




Friday, 8 November 2013

Black vs Ex-t-o Story

Peluh jantan memercik di dahi. Jantung berdegup lagak pecutan lima pusingan padang seminit. Mata masih melekat pada dinding bangunan yang hebat disimbah darah manusia. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki pembunuh kejam yang tiada tara hebatnya. Sesiapa yang bersemuka ibarat sedang bersemuka dengan malapetaka yang paling besar, maut selalu menjadi pengakhiran. Entah bagaimana aku boleh tercampak ke sini. Di tengah-tengah perlawanan berdarah dan perang tanpa pengakhiran.
Aku mencari nafas.

Tiada seorang pun yang aku kenali di sini. Tangan melurut turun kaca mata ungu yang sentiasa melekat di mata. Sekali dua kain ditarik dilalukan atas kaca lutsinar itu. Sekadar memberi keyakinan, ini bukan permainan. Mataku tidak salah melihat. Beberapa kumpulan kanak-kanak bermain riang dimatikan dengan satu ayunan parang panjang. Sesiapa yang melawan hanya mampu bermain niat. Segalanya musnah. Aku bergerak ke belakang bangunan. Masih terhalang daripada pandangan sesiapa. Bangunan yang menghala ke tengah laut itu telah lama ditinggalkan. Tetapi bagaimana boleh berlaku perang di tempat sebegini. Darah yang terpercik ke tangan dipindahkan ke dinding putih. Seorang lelaki berdiri di sebelahku. Kami bertentangan. Masing-masing mengunci bibir tatkala mendengar derap kaki menghala ke arah kami. Tangannya mengarah aku turun melalui tiang belakang bangunan yang melekat mengukuhkan bangunan tersebut. Mendengar derap kaki yang semakin laju itu aku lantas turun dengan tangan kosong. Sepantas yang termampuku. Dia turut sama turun. Kini kami benar-benar berdiri di sisi kaki pantai. Tersorok di sebalik rimbunan pokok hijau yang membantu kehidupan makhluk alam di situ. Segalanya berlaku dengan pantas.

  Adegan bunuh membunuh bermain di hadapan kami. Betul-betul dihadapan kami. Aku terdiam. Degup jantung cuba diatur dengan kawalan akal. Lelaki tadi memasang telinga. Suara sayup-sayup dari dalam lautan itu menarik perhatiannya. Bagai cahaya. Dia masuk ke tengah lautan luas. Suara yang sayup tadi semakin kuat di telinga. Rumput-rampai berlambaian di dasar laut. Gelapnya dasar sehingga tiada cahaya mampu menembusi rampaian laut itu.Geraknya terhenti melihat seorang budak yang tersangkut pada pokok kelapa yang tumbang ke tengah lautan dalam keadaan dia masih hidup. Sebelah kakinya telah tiada. Kelihatan warna merah menghiasi sekitar kawasan budak tersebut. Tangannya menarik laju budak itu. Lautan merupakan kawasan mereka juga. Setiap kawasan terdapat udara. Namun bagi orang yang luar biasa itu sahaja. Kanak-kanak tersebut di bawa ke surau berdekatan.

Di surau. Kumpulan lelaki berpakaian hitam tersebut berada di barisan hadapan jemaah. Terdapat guru tadika dan pelajar-pelajarnya di barisan belakang. Silau cahaya putih dari atas bumbung surau bagai isyarat untuk sekumpulan lelaki itu berpaling. Seorang demi seorang bertemu kematian. Pelajar-pelajar tersebut masih sempat membuat barisan sebelum berlari ketakutan keluar dari surau. Lelaki yang aku gelar ex-t-o meletakkan budak yang telah dia selamatkan itu di bumbung surau. Dia masuk berlawan dengan kumpulan lelaki hitam tersebut. Dia bergerak selaju cahaya. Seorang demi seorang tumbang tetapi setiap kali tumbang seorang lelaki, lelaki lain muncul dalam satu kerlipan mata. Aku memberi isyarat supaya lari dari kawasan itu. Tiada guna jika terus berlawan. Kami sampai di kawasan sekolah. Kami bersembunyi di dalam sebuah kelas. Kehadiran kami tidak dirasakan sesiapa.

Kelas tersebut berlangsung seperti biasa. Bagai tidak mengetahui langsung kekacauan yang telah berlaku di kawasan-kawasan berhampiran mereka. Aku melihat dengan mata dikecilkan. Gurunya bukan guru biasa. Aku pasti sekali. Setiap kali dia berpusing untuk menulis di papan putih. Suatu cahaya silau terpancar dari wajahnya. Pada kali yang ketiga. Wajahnya telah berubah sama sekali. Pakaiannya telah berubah sama sekali. Serupa dengan sekumpulan berbaju hitam. Marker ditangannya berubah serta merta menjadi sebilah parang. Tangannya melibas pelajar-pelajar pra sekolah di kelas itu. Ex-t-o bergerak melawan. Semakin ramai yang datang. Segalanya berlaku sekelip mata. Bagai tayangan wayang yang dilajukan. Aku benar-benar takut. Ex-t-o di libas di belakang tubuh. Dia terduduk. Memberi peluang kepada kumpulan hitam untuk menyerang balas. Kehancuran berlaku di mana-mana. Aku tidak betah duduk. Akhirnya aku bangun menentang.

Namun aku telah terjaga dari tidur. Tidur dengan mimpi ngeri. Alhamdulillah aku masih selamat.

Letihkan baca?hehe. maaf..maaf..blood story..puff

Ex-t-o is Extraordinary man.ekeke

Tuesday, 5 November 2013

Exam

Exam!

Letak tangan kat dahi*

Boleh goreng telur ni.

Allah...

Nak balik...

Nak balik...

Nak balik...

Tanak exam...