Peluh jantan memercik di dahi. Jantung berdegup lagak pecutan lima pusingan padang seminit. Mata masih melekat pada dinding bangunan yang hebat disimbah darah manusia. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki pembunuh kejam yang tiada tara hebatnya. Sesiapa yang bersemuka ibarat sedang bersemuka dengan malapetaka yang paling besar, maut selalu menjadi pengakhiran. Entah bagaimana aku boleh tercampak ke sini. Di tengah-tengah perlawanan berdarah dan perang tanpa pengakhiran.
Aku mencari nafas.
Tiada seorang pun yang aku kenali di sini. Tangan melurut turun kaca mata ungu yang sentiasa melekat di mata. Sekali dua kain ditarik dilalukan atas kaca lutsinar itu. Sekadar memberi keyakinan, ini bukan permainan. Mataku tidak salah melihat. Beberapa kumpulan kanak-kanak bermain riang dimatikan dengan satu ayunan parang panjang. Sesiapa yang melawan hanya mampu bermain niat. Segalanya musnah. Aku bergerak ke belakang bangunan. Masih terhalang daripada pandangan sesiapa. Bangunan yang menghala ke tengah laut itu telah lama ditinggalkan. Tetapi bagaimana boleh berlaku perang di tempat sebegini. Darah yang terpercik ke tangan dipindahkan ke dinding putih. Seorang lelaki berdiri di sebelahku. Kami bertentangan. Masing-masing mengunci bibir tatkala mendengar derap kaki menghala ke arah kami. Tangannya mengarah aku turun melalui tiang belakang bangunan yang melekat mengukuhkan bangunan tersebut. Mendengar derap kaki yang semakin laju itu aku lantas turun dengan tangan kosong. Sepantas yang termampuku. Dia turut sama turun. Kini kami benar-benar berdiri di sisi kaki pantai. Tersorok di sebalik rimbunan pokok hijau yang membantu kehidupan makhluk alam di situ. Segalanya berlaku dengan pantas.
Adegan bunuh membunuh bermain di hadapan kami. Betul-betul dihadapan kami. Aku terdiam. Degup jantung cuba diatur dengan kawalan akal. Lelaki tadi memasang telinga. Suara sayup-sayup dari dalam lautan itu menarik perhatiannya. Bagai cahaya. Dia masuk ke tengah lautan luas. Suara yang sayup tadi semakin kuat di telinga. Rumput-rampai berlambaian di dasar laut. Gelapnya dasar sehingga tiada cahaya mampu menembusi rampaian laut itu.Geraknya terhenti melihat seorang budak yang tersangkut pada pokok
kelapa yang tumbang ke tengah lautan dalam keadaan dia masih hidup. Sebelah kakinya telah tiada. Kelihatan warna merah menghiasi sekitar kawasan budak tersebut. Tangannya menarik laju budak itu. Lautan merupakan kawasan mereka juga. Setiap kawasan terdapat udara. Namun bagi orang yang luar biasa itu sahaja. Kanak-kanak tersebut di bawa ke surau berdekatan.
Di surau. Kumpulan lelaki berpakaian hitam tersebut berada di barisan hadapan jemaah. Terdapat guru tadika dan pelajar-pelajarnya di barisan belakang. Silau cahaya putih dari atas bumbung surau bagai isyarat untuk sekumpulan lelaki itu berpaling. Seorang demi seorang bertemu kematian. Pelajar-pelajar tersebut masih sempat membuat barisan sebelum berlari ketakutan keluar dari surau. Lelaki yang aku gelar ex-t-o meletakkan budak yang telah dia selamatkan itu di bumbung surau. Dia masuk berlawan dengan kumpulan lelaki hitam tersebut. Dia bergerak selaju cahaya. Seorang demi seorang tumbang tetapi setiap kali tumbang seorang lelaki, lelaki lain muncul dalam satu kerlipan mata. Aku memberi isyarat supaya lari dari kawasan itu. Tiada guna jika terus berlawan. Kami sampai di kawasan sekolah. Kami bersembunyi di dalam sebuah kelas. Kehadiran kami tidak dirasakan sesiapa.
Kelas tersebut berlangsung seperti biasa. Bagai tidak mengetahui langsung kekacauan yang telah berlaku di kawasan-kawasan berhampiran mereka. Aku melihat dengan mata dikecilkan. Gurunya bukan guru biasa. Aku pasti sekali. Setiap kali dia berpusing untuk menulis di papan putih. Suatu cahaya silau terpancar dari wajahnya. Pada kali yang ketiga. Wajahnya telah berubah sama sekali. Pakaiannya telah berubah sama sekali. Serupa dengan sekumpulan berbaju hitam. Marker ditangannya berubah serta merta menjadi sebilah parang. Tangannya melibas pelajar-pelajar pra sekolah di kelas itu. Ex-t-o bergerak melawan. Semakin ramai yang datang. Segalanya berlaku sekelip mata. Bagai tayangan wayang yang dilajukan. Aku benar-benar takut. Ex-t-o di libas di belakang tubuh. Dia terduduk. Memberi peluang kepada kumpulan hitam untuk menyerang balas. Kehancuran berlaku di mana-mana. Aku tidak betah duduk. Akhirnya aku bangun menentang.
Namun aku telah terjaga dari tidur. Tidur dengan mimpi ngeri. Alhamdulillah aku masih selamat.
Letihkan baca?hehe. maaf..maaf..blood story..puff
Ex-t-o is Extraordinary man.ekeke
No comments:
Post a Comment