My Blog List

Tuesday, 21 August 2012

Putik-putik Kasih Kian Bersemi

Hai awak..semalam saya bangga sangat boleh keluar dengan awak..
Awak caring..selalu amik berat pasal saye..
Awak tahu..saye suke bila awak ambil tahu semua tentang saye..
Awak faham saye..
Saye suke sangat awak..
Tapi..saye tak suke tengok awak susah sebab saye..
Saye tak nak awak lelah sebab jaga saye..
Awak..kita saling menjaga ye..
Saye sayang awak sampai bila-bila..

heheh..(^_^)*sengih nampak gigi!
itu saja ja..
Assalamualaikum..
Pembaca blog mithali

Sebenarnya saya nak menjawab kepada soalan kakak saya..

''Adik,kenapa nak sangat abah tidur rumah kita?biar je lah dia tidur dengan bini dia''

Upppsss..Ada kisah di sebalik soalan kakak saya tu..but..I'll keep it on my heart..shhh..

Sebenarnya kak,aku sangat takut untuk kehilangan abah lagi..
Kekadangnya seperti abah datang mencurahkan kasih kepada kita..
Namun,sampai suatu masa..aku terrrrrramaaaaaaaaaaat bimbang..dia menjauh
Ya Allah..Jagalah ayahku..
Meskipun cuma semalam aku tidak melihatnya..
Kerisauan itu menujah tangkal hati daripada terus tenang..
Ingin sekali aku berterus-terang..berharap agar dia mampu kembali bersama kita..
Bukan pada suatu detik masa yang telah ditentukan olehnya..
Tetapi dia bersama kita selamanya..
Aku ingin bahagia..
Aku rindu bersama dengannya..
Setiap detik yang di tetapkan bagi kita bertemu dengannya..
Aku akan hiasi bibirnya dengan senyum dan tawa ceria.
Tapi..bukan hanya minit-minit yang sedikit cuma..
Keterlaluankah jika aku membeli segala masanya yang ada??
Kejamkah jika aku merayu agar dia kembali kepada kita??
Bukankah kita punya hati yang serupa..
Seandainya dia benar-benar tahu,hatiku meronta agar kembali kepada kasihnya abah..
Namun,keputusannya harus dihormati..
Bagaimana dengan hati ini???
Allah......
Allah sentiasa ada untukku..
Allah sentiasa dekat denganku..
Allah sentiasa mendengar rintihanku..
Allah sentiasa menjanjikan kebaikan untukku..
Ketahuilah hatiku sayang..
Janji Allah itu Pasti!

Untaian kasih untuk abah!Kami sayang abah Kerana Allah!







FOR EVER AND EVER
LOVE YOU ONLY ABAH!!



DOA KAT UMI SEKALI!!

LOVE UMI ABAH SAMPAI KE SYURGA!!


Sunday, 24 June 2012

Anda adalah anda!

Assalamualaikum..lama takk menconteng blog..jari-jemari dah rasa sengal-bengal nak menekan pad kekunci..hehe..

Saya ada cerita..bila orang selalu cakap.
"Dik,kita kena positifkan pemikiran.." @ "Cubalah husnudzon (bersangka baik) sikit"

Saya akan diam..beribu soalan berputar belit alam dalam folder 'Bank Soalan Nak Tanya Tapi Malu'

Ye la..mana datangnya pemikiran positif?macamana nak Husnudzon? Tiba-tiba disuruhnya begitu..
Akai yang sihat wal-afiat ni pun terkejut sikit..

Okeyh..hari ni saya kongsi jawapan tu..hurm..
Positif adalah bersifat alpha..Alpha cas positifkan?beta negatifkan?
#Agaknya sebab tu semua kerabat diraja duduk saja..sebab terlalu banyak yang dirisaukannnya..

Positif datang apabila anda memulakan hari anda dengan perkara2 positif..
contohnya..

Sebelum keluar baca bismillah dengan yakin bahawa hari anda pada hari ini sangat baik,dipenuhi kebahagiaan,dicucuri rahmat,penuh kasih-sayang..alamatnya positiflah semuanya..

Kerana anda adalah apa yang anda bayangkan pada masa alpha..

*Masa kita bersifat alpha adalah selepas bangun tidur dan sebelum tidur..

Sebelum tidur..anda akan berfikir sekejap bukan?
Jika didalam fikiran anda , hari esok akan  berjalan dengan penuh kemeriahan dan warna -warni..
InsyaAllah..hari esok anda akan berhasil dengan gembira..
Impikan jalan cerita yang menarik dalam kehidupan anda sebelum tidur..
Impikan sesuatu yang boleh membuatkan anda tenang dan tersenyum sendiri..

Pernah dengarkan:: KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN!
dont be like this maaa..

Dengan cara mengimpikan sesuatu yang indah..kita kan berusaha mendapatkan yang indah itu..
Minda sedar kita akan terarah dengan sendirinya terhadap apa yang minda luar sedar kita fikirkan..

Apabila kita berfikir,
Saya akan buat banyak kebaikan pada hari ini..
Bayangkan kebaikan2 yang boleh anda kutip sepanjang hari ini


Niat anda akan terpengaruh dengan serta merta..minda sedar anda akan bertindak merealitikan bayangan minda luar sedar..

Cuba kita lihat,jika pagi ini kita bermasam muka dan memikirkan yang enggak2 tentang orang lain
Minda sedar kita akan menunjukkan reaksi yang sama..
Bila kita bermasam muka,orang akan melihat kita dengan bermasam muka kembali..takkan nak senyum tengok kita masam kan??

Hebatkan ciptaan Allah..
Kita dijadikan indah kerana menghiasi sesuatu yang indah
Kita dijadikan akal supaya berfikir..
Kita diberi perasaan supaya dapat memahami orang lain

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar,
Tetapi ternyata Tuhan hanya memberi kita sekeping hati,kerana yang keduanya akan datang mencari kita bila sampai waktunya..Sekeping hati lagi melengkapkan kita dengan Cinta"

Kita tidak tahu bila..tetapi yakinlah..Jodoh Allah telah tetapkan..Pasti akan sampai waktunya..
Cinta itu Fitrah..tetapi kawallah dengan kesedaran minda kepada Allah..

Pemilik rusuk ini akan datang melengkapkan dirinya..InsyaAllah,Allah akan sabarkan diriku..

Saturday, 9 June 2012

Hati Bertatih kata

Saya jumpa awak~saya rindu awak~saya cinta awak~
Mungkin cerita hati sukar untuk kita tebak..
Bukan cerita cinta yang dicari dalam hidup..
Hidup perlu ada warna..terkadang warna yang dicanting bukan seperti yang kita impikan..
Ingat suatu perkara..Apabila kita diuji..jangan pernah mempersalahkan sesiapa..
Ujian adalah nikmat Allah ..hadapi dengan cara Islam..
Kita akan merasa kemanisan yang ukar diungkapkan..

<3 Cinta <3 

juga ujian yang sakit...
percayalah pada Tuhan..

Allah tidak akan menguji manusia lebih daripada kemampuannya..
Yakinlah 100% Allah ada apabila diuji..
Yakinlah 100% Allah ada penyelesaiannya..
Minta kepada Allah jika berasa tidak mampu..

Siapa sedar kesilapan yang dibuat..Allah cuit sikit..
Supaya kita tahu kesalahan kita..
Jodoh jangan dicari..hanya perlu berdoa dan menunggu..

_________________________________________________________________________________
Ya Allah,
Sekiranya jodohku didunia..Permudahkanlah bagiku suami yang terbaik..
Yang mampu menyayangiku seikhlas hatinya..yang ikhlas mencintaiku keranaMu..
Yang mampu mendidik khalifah agamaMu  kearah jalanMu..
Yang mampu mentarbiyah diriku menjadi isteri yang solehah..
Yang mampu melatih dan memperingatkan tentang Iman dan Islam kepadaku..


Ya Allah,
Sekiranya tiada jodohku didunia..Permudahkanlah bagiku suami di syurga..
Majlis perkahwinan yang terindah disyurga..
Anak yang soleh-solehah di syurga..
Rumahtangga yang bahagia disyurga..

Yakinkanlah aku ya Allah bahawa syurga itu paling indah..
_________________________________________________________________________________


Jangan mencuba walaupun sekejap..
Sakitnya menanggung benda yang tertahan dalam hati..
HATI akan merasa benar-benar sakit apabila ada sesuatu yang tak mampu diluahkan...

PEDIHNYA hanya TUHAN yang tahu...
Manusia juga tidak mampu melihatnya...
Mungkin kita melihat manusia menitiskan air mata..
Tetapi
Manusia yang tidak menitiskan air mata..hatinya lebih sakit...
hatinya lebih terseksa..
sehingga mungkinkan menyebabkan hilang keupayaan untuk berfikir dengan baik..

Itulah yang menyebabkan kita bertindak dengan emosi..bukan lagi dengan keupayaan mengingati tuhan..
Disinilah kita perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan rawan yang menendang..
Mungkin kita lupakan Tuhan..tapi tuhan tidak pernah lupakan kita..


Bukan maksudnya apabila kita meluahkan perasaan kepada sahabat kita,
Kita lupakan tuhan..bukankah Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu..
Mungkin itu cara Allah menyampaikan peringatan kepada manusia yang mudah lupa ini..

Kita luahkan perasaan kepada Allah..
Allah akan mendengar dan akan sampai kepada kita sesuatu dalam cara yang tak disangka-sangka..

Kita semua mengimpikan INDAH..
Andai Allah meletakkan segalanya INDAH..
Manusia akan lebih jauh dari Allah..

INDAH TAK DATANG BERGOLEK..
SAKIT TAK PERGI TANPA KESAN..

INSYAALLAH APABILA SAKIT.....
INDAH AKAN MENYUSUL KEMUDIAN..
SEBAB INDAH ITU MANIS..
DAN SAKIT ITU PAHIT..
Bukankah kita akan mencari Manis sebagai penawar yang Pahit..

Setiap perkara ada hikmahnya..yang tinggal cuma keupayaan manusia yang tak mampu memikirkannya..
Allah tahu apa yang terbaik..

Biar cinta sampai ke syurga..

Allah pilih..saya terima..
Percaya kepada PENCIPTA..
Dia mengaturkan segalanya untuk kita..
Sudah tertulis di Luh Mahfudz..


Hati saya sakit sekarang..but..oklah..hehehe..hati saya nak bagitau dia sesuatu...tapi takpa..biar hati saya sakit daripada saya melakukan kesalahan yang besar ini..Allah ada yang terbaik untuk kita..

macamana hati boleh tersangkut tanpa pemegang nih?ish..confuse aku..Betullah dia kata..senang ja nak tackle perempuan ni..jiwa perempuan tu yang terseksa..adesssdia tiada kelebihan kat mana2 pun..tapi..dia menyentuh hati perempuan..hatikan pusat kawalan wanita!susah2...

Thursday, 7 June 2012

ProCAST

Assalamualaikum..

kali ni nak goreng pasal proCAST (Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji)

Hari Isnin tu...
TOT ProCAST :: smpai waktu tengahari ,aku bajet dah setengah module bentang..tengok2..mula pun belum.
aku sampai2 trus buat meriah kat situ *besalah kita..jumpa kak fatin lg meriah..

Hari selasa...
Apa kudrat tah,tiba2 pakai sopan..girl gila..
lawak kem kali ni..
sampai kat tempat kem..hidung berdarah dah..menakutkan betol..

kem kom: 'kakak-kakak fasi (smbil tengok sahibah kat blakang,aku je ada kat situ).maaf,kak fasi ja'
 aku: 'cover gelak mengekek dalam hati..apa lah...'"ya2.."

kem kom: 'kak fasi tak boleh ajar'
aku: 'ye?aku dah habis ajar pun tadi..hahaha'

countdown~
kem kom: '14, 13, 12,'
aku: (menyampuk) '10'
dia pun 10 jugak..
aku: (dengan semangatnya) '11 tak sebut!!'
kem kom: (tengok aku,muka blur)
wahahahaha!!

MasyaAllah..kurengnya!!dok mengacau kem kom an..

Saja..bosan..

Malam tu..ada salah paham sikit..Alhamdulillah kem kom yg bergu dengan aku nih sporting orangnya..kalau tidak mesti aku dah tersenyap terus!

Adik-adik sampai tak nak balik berprogram..TAHNIAH!

Hari Rabu...

Hari ini lebih baik dari semalam!

Pengalaman hari ni..kena g sekolah..
Setiausaha Kem hantar pergi rumah (ganti baju)..pastu hantar ke sekolah

kemudian..
balik ke kem pakai baju sekolah..hebat an!wahahaa

Kem Kom 1 kerjanya melilau..

Waktu kat surau tu sakit dada..pastu pergi belakang surau...termenung..sekali kem kom 1 tu lalu...
Aiseh..kantoi...

Habis program....aku tukar name tag jadi 'cleaner'
dah la perangai macam budak2..

ok lah..nanti aku ceritakan kebaikannya..banyak..

Tapi bukan sekarang..sebab aku tak larat nak tulis..hadoi!bye..

Sunday, 29 April 2012

Menang itu pasti

Assalamualaikum..

Selamat pagi kepada burung2 yang baik hati..
Ahlan Wasahlan kepada Reda dan Rahmat Allah..
Selamat datang kepada keikhlasan..
Selamat bertugas wahai hati..

"Apapun yang terjadi..Allah kan selalu ada untukmu~"
"Janganlah kau bersedih..coz everything gonna be Okay~"

Semuanya telah ditetapkan oleh Allah..And Allah always right!

Saat hati selalu menangis memerlukan..Dia yang selalu ada..biarpun terkadang kita perlu kepada manusia..
tetapi manusia tidak mampu memberi ketenangan yang ingin kita miliki .Ketenangan itu milik Allah..

Hanya PadaNya aku berserah dan Memohon Pertolongan..

Terlalu banyak yang difikir boleh buat aku maigrain..
Terlalu banyak menangis akan buat aku sebal dengan kehidupan..
Terlalu banyak menurut arahan mampu buat aku keliru..
Terlalu banyak menerima apa yang dibuat padaku buat aku makin hilang percaya..
Kegusaran kadang-kadang mendidik..
Kepedihan kadang-kadang memohon kita lebih berhati-hati..
Aku sudah semakin terperangkap..
Aku selalu lari dari kenyataan hidup..
"Face it really"
Tapi aku tak boleh..
Aku sedih..
Kadang-kadang apa yang kita buat disalah tafsirkan..
Aku cuma memohon sedikit waktu untuk membuat pertimbangan..

Namun,

Medan perang ini mendidik aku menjadi orang yang lebih sabar..
Ruang lingkup ini membina aku supaya melihat dengan mata hati..
Kotak revolusi ini meminta seribu usaha untuk aku lakukan lonjakan paradigma..
Sebuah bilik biarpun berkunci ini mencetus keupayaan melakukan pilihan sebaiknya..
Sesunggahnya bilik ini,ruang ini,kotak ini,medan ini..akan mengubah aku..
Dan aku sentiasa berubah biarpun aku tidak tahu..
Ia seperti Ikan di lautan yang nampak selalu dibawah..
Tetapi sampai suatu waktu Ia timbul di permukaan dengan berani..
Ia seperti burung gagak yang terbang tinggi..
Biarpun hitam tidak secantik merak yang selalu Gah!
Sambarannya cukup berani..

Walau apapun yang terjadi..
kita akan tetap berdiri..
walau jatuh beribu kali..
Jangan pernah putuskan untuk terjatuh lagi..

Kerana kita punya Allah..yang selalu ada untuk kita..
bukan seperti manusia yang sentiasa berkira-kira..

Kembalilah kepada Dia yang 'Tidak Mati'

DAN MENANG ITU PASTI MILIK KITA..
GENGGAM TALI ALLAH, AKHIRAT DI HATI KITA,DUNIA DALAM TANGAN!

BITTAUFIQWANNAJAH!!!!!!!!

Sunday, 1 April 2012

Last minute pun tak prepare~

Alhamdulillah berpeluang menulis diblog..

Assalamualaikum sahabat blog~

Syukur sangat~Keputusan peperiksaan yang keluar masih boleh buat aku tersenyum..
Cakap pasal study..rasanya minggu exam tu aku langsung tak study..
sebab akai gatai dok penink..demam sama..

Ajaq orang ja rajin,belajaq sendiri satgi lena..heh
teringat waktu adik form 4 tu mintak tolong ajaq akaun..
orang kalau ajaq,dok satu kelas atau dekat-dekat..
kami smart sikit..'sistem pembelajaran antara dua koridor blok pejabat'

*sambil usya kereta cikgu yang baru sampai sekolah..hahaha..

Adik tu tanya dari koridor form 4..Aku dok kat koridor blok form 5 tolong jawab..
terang punya terang..sekali cikgu kat bilik guru tingkat bawah melangut  tengok kami buat akai..
hahaha..peace cikgu!

Masuk kelas semua orang tengah study..comey je aku pi kat meja aku dan, lena..
study pun tak..ngekkan?!

sekali tengah lelap tu..budak form 4 tu panggil.*terganggu konsentrasi nak lena..
pastu habis soal-jawab ngan depa..(habis malas nak jawab:: Sila rujuk buku teks::last2 aku kena tolong cari)

Masuk kelas terus jawab exam..haru-biru..kuang3..

Skill aku kalau masuk kelas tapi tak study::
p/s::Jangan buat selalu nanti jiwa tak tenang

1.Dapat paper,tulis nama
2.Baca arahan
3.Tengok berapa keping yang ada (set masa nak lena)hehehe
4.Baca soalan muka surat terakhir baru baca soalan depan
5.Kalau boleh jawab,jawab siap-siap..Jangan tunggu lama-lama,nanti blank susah
6.Kalau tak boleh jawab,(buntu!!!bingung!!!tapi tak bengong~)hehehe
   Lena ja dulu..abaikan kertas soalan tu..*nak cari ilham nak tembak
7.Puas lena baru jawab balik

Sebenarnya jadi macam tu sebab letih sangat..Otak pun terkejut nak jawab exam..
Bagi rehat dulu..bayangkan apa akan berlaku kalau menulis dalam keadaan separa sedar waktu exam..
Kertas tu jadi game Ular ja..

Boleh je jawab,x konfiden je la..dah tak baca buku..p.a.d.a.n laaaaaaa..

Jangan tiru aksi  ini..walaupun aku tau ramai je yang buat..

ok bye!

Sunday, 18 March 2012

Kembalikan cahaya !

Assalamualaikum..

nak cakap ngan blog je ari ni..sebab tak de orang nak dengar saya bercakap an??
heheh..dah tau lama dah~

blogku,hari ini aku bangun daripada mimpi ngeri yang panjang (*ada gaya abah cikit,wahaha)
demam yang kata doktor paranormal..memang aku tak normal agaknya..ada fius putus..

aku dah cuba sedaya-upaya untuk tidak memberitahu sesiapa tentang demam ini.wink2**
tapi hanya bertahan  2 minggu..Allah uji je semua ni..tengok tahan ke tidak..

agaknya sebab terlalu berkejar kat sekolah..tu yang otak pun berselirat tu..heheh

By the way..aku dah nyahkan semua ni dari otak sihat,bijak dan pandai ni..
 (*sapa ajar aku cakap yg baik2 je~maseh erk!jasamu ku kenang selalu)

Malam tadi aku sangat gembira ! sebab berjaya selesaikan 2 set math dalam masa 2 jam ! non-stop !
tapi cikgu,maaflah..saya buat macam tengah jawab exam,sempoi giler kertas tu..and jalan kira semua congak!
tinggallah pendek je jalan kiranya..

Walhal,kalau nak diikutkan skema yg selalu aku jawab..tak cukup panjang/setengah mukasurat,tak payah la berhenti mengira..tapi kalau aku tulis satu-satu ikut flow,soalan bukannye satu,ber'page-page'...mau x tidor malam aku..apakan daya~heh

okeyh..nak jadi prihatin sikit kepada bangsa-bangsa blog *tak dak kot~
dah makan?sihat?gembira tak hari ini?heheh..(soalan mengikut SKEMA SOALAN)kuang3.

Pagi ni aku sedar satu perkara~

LIFE MUST BE GO ON ! WHATEVER YOU ARE !

Aku cakap kat diri aku, lek arr form 5 tak lama pun..
aci pejam,lena.   aci celik,study.  aci hidup,bekerja.

And aku tak kisah sangat pasal result SPM..Abah pun sempoi je kalau aku tunjuk result,tak tunjuk pun tak pa..kuang3..dia bukannya kisah sangat..And aku punya target~~Dapat 11 A+~~cukup-cukup okey la an?
bukannya tak boleh tambah..angah sendiri cakap "Tak payah tambah apa-apa,mai (bukan nama aku yang sebenar harap maklum) tu banyak kerja lagi nak dibuat"

Yeah !!secara automatik,aku tak tambah apa-apa subjek lain.boleh je.yakin je boleh buat  walau banyak kerja pun.
tapi tak boleh ingkar kata 'mak' kita an..hahaha

Selesaikan Form 5 ni dengan kegembiraan..macam form 4..main sepanjang masa..orang study aku main,orang main aku study..heh..adik beradik alien~well~

Pernah waktu exam form 4..erm..semua orang ada buku latihan/buku rujukan yang dibeli sendiri..aku pemalu sikit..nak mintak kat Abah? kena garu kepala banyak kali,abah pun tak dak duit..nak buku latihan,beli la sendiri jawabnya..so,aku hanya menyelak buku latihan yang cikgu bagi ja..Insyaallah~ berkat..

Sebab kalau nak aku beli buku latihan sendiri..kena tunggu arahan daripada YAB Cikgu-cikgu aku..Insyaallah akan diusahakan,tapi kalau takat beli sebab orang ada buku,terima kasih je la..Jujur ! aku takkan buat latihan dalam buku tu !

Insyaallah tahun ini akan dihadapi dengan gembira ! sebab :

1.habis exam boleh cari kerja,tolong abah
2.Nak ambil lesen kereta and kidnap kereta angah selalu *hehehe..baik punya idea !
3.Ada rombongan melancong dalam negara..itu pasti !
4.Insyaallah boleh bantu adik-adik form 4 (kelas akaun je) kat sekolah
5.Tolong kearah Perlis..*tolong tengok pun tolong jugak..an2..
6.Jdk~nak p ke x eh?tahun depan aku pikiaq lain..wahahaha
7.Cari jodoh kat kakak-kakak aku..*yuhuuuuuuuuuu...!

Bersusah-susah hari ini dan beberapa bulan,untuk kebahagiaan sesudahnya !

Sedarlah ujian itu mendidik dan kita akan terdidik dengannya,
Ketahuilah Allah tidak membiarkan hati kita keseorangan apabila diuji,

Saat kejayaan itu ditagih,
kepayahan dan kegigihan menjadi taruhan.

Saat kejayaan itu diharapkan,
konsentrasi merupakan kayu ukurnya.

Saat kejayaan itu didambakan,
padaNya kuserahkan segalanya.

 

bye~

Wednesday, 14 March 2012

uit..kes berat

Saye setia dgn awk xpi kenape awak
curang..
Saye sayang awK sNgt2.. xpi knape
awk bLas cinta sya caM nie !! kenape
awak..
saye sayang awk tapi kenape awak tak
sayang saye..
Awak sayang saya x?
awak rindu saya x?
awak cintakan saya x?
kenape awk ni...
dulu awak kata sya yang awk cinta tp!!
kenaper awak buat sya kecewa..
Kenape awak curang? padahal saya
sayang kat awk ketat2
Sye syg awk kenape awk x nampak
saye sentiasa dibelakang awk..
awk kenape wt sye cm nieh ?
Kenape awk tinggalkan sye.. ='(


okeyh..sgt lawak boleyh x?
hehehe
terserlah kepuitisan kau..
x boleyh blah..

Awak kenapa buat hati saya sakit
mcm ni, saya benci awk.
sya BENCI awk sbb buat sya
RINDU~SAYANG~CINTA kan awk
"sya kata sya Benci AWK!,tapi di Hati
tak sama gan d Mulut"
rasa benci sangat gan awk . . tapi x leh
tinggalkan awk
BeNci2!! awak!! tapi sya sayang awk
juak
 


ohohoho..
kes parah nih..mau ada yang gila setengah jiwa raga..
Adohai..dah teguq..erm..

Nauzubillah..Ya Allah..bercinta dengan suami Insyaallah kekal..
Kalau benci pun,Insyaallah bebaik balik.

Yang terumbang-ambing ni?cukup sekadar minat,jangan lebih-lebih.hehehe

Sangat lawak ayat dia..boleyh bayang muka dya yang comey tu tgh menjerit..
Terasa jahat pulak..Astaghfirullah..

Tuesday, 13 March 2012

Berkongsi bahagia

Ini adalah satu cara untuk mengurangkan stress.
Ini adalah apa yang saya suka walaupun anda tak suka.

Alhamdulillah..

1.Allah izinkan iman dan islam bagiku

2.Allah takdirkan aku bersahabat

3.Allah membenarkan aku menulis blog

4.Masih dibenarkan bergaduh

5.Result UP 1 (2012) tak jatuh merudum

6.Dapat p RIMBA walaupun sekejap

7. Jihah kol

8.Result kengkawan  dah up skit.

dah tu sikit2.ok bye..sye suke..(^_^)
awak?lantak...

Hadirnya sahabat sepertimu

Assalamualaikum..

sekadar ingin berkongsi mengenai sahabat yang jauh di mata tapi dekat di hati.
bila berjumpa,kelu,bisu,terkedu lidah ini untuk melontarkan bicara.

Aku sedang melelapkan mata di meja beralas tikar getah unggu di anjung.
Cuba untuk menghilangkan sakit kepala yang bukan sedikit.
Cuba untuk mengurangkan seram-sejuk yang mengganggu.
Bahuku terasa ditepuk perlahan,mata yang berat menyebabkan aku lambat memberi respon.
tepukannya yang kedua berjaya menyedarkan aku dari terlena.

Sahabatku yang jauh kini di hadapan ku.

Maafkan aku kerana tidak memberi layanan yang selayaknya.Kerana kesakitan yang menyerang melambatkan transaksi maklumat yang dihantar ke otak.Jadi aku bagai terkaku tak tahu nak buat apa.
Saat mata menerobos anak matanya yang dilapisi cermin matanya.
terasa diri ini sudah lama menanti hadirnya dia.namun saat itu aku hanya mampu menyelam ke dasar anak matanya tanpa berbicara sedikit pun.

Dan apabila dia bersuara bertanyakan kesihatanku,aku malah menjawab seperti biasa.
sedang kelopak matanya bertakung air jernih yang hampir menitis.
aku hanya memerhati,menolong tidak,bertanya juga tidak.
Tersedar bahawa sahabatku sedang menangis,aku hanya mampu bertanya.

"kenapa menangis?" waktu itu aku terasa agak kejam dengan pertanyaan tersebut.
dan dia betul-betul menangis.rasa bersalah itu menular ke dasar hati.jangan menangis kerana aku.Insyaallah,aku akan sembuh.ketahuilah,ini hanya ujian Allah.

Lebih berat lagi,pada masa yang sama.Kakakku sampai.Rasa macam kali pertama aku meninggalkan dia.
kalau nak diikutkan hati,nak je suruh kakakku itu menunggu ku.tetapi pada masa itu,aku tahu dia punya kerja yang perlu di segerakan.

Maafkan aku sahabat..

Friday, 9 March 2012

Al-kisah- 2 minggu

Assalamualaikum..

Pembaca blog yang dihormati..(ade ke tak tah?rasa mcm tak dak..heh)
x pe..aku je  baca smua nih..

Dalam 2 minggu ni..macam-macam jadi..MasyaAllah..
Rasa x kuat sangat..hati ni macam dah tak nak berdetak gagah lagi..

Kekuatan macam bukan milikku lagi..
2 minggu ni exam..dan target sekolah yang agak tinggi kepada aku..fuhh!!berpeluh dibuatnya..

2 minggu ni emosi tak stabil..asyik stress sorang-sorang..pasal family,pasal study,pasal kawan..
Menjaga Hubungan dengan Allah memang mudah,tapi dengan manusia..Allah..sesak jiwa ni.Allah saja yang tau..aku simpan sorang,pendam n stress..macam tak betul kan?
And aku suka makan kalau stress..so,kg naik mendadak..sabar je la..nak hidup an..

Ada call mak cik ni..Alhamdulillah..ada semangat sikit..walaupun nak call tu punya la seksa an..
Allah pinjamkan kekuatan call jugak..

Bantuan dari abah sangat2 dihargai..terasa diriku begitu berharga walaupun x dak kawan..

Exam..
x leyh fokus langsung study..Allah..x tau la result macamna..
Sedeyh pun ada..bila dapat paper..semuanya menyebabkan aku blur..x tertulis langsung jawapan kat paper tu..
Walaupun kawan-kawan cakap "Mirah cakap je tak boleh jawab,tengok2 result...."
Aku jawab dalam hati, "Ya Allah,janganlah jatuhkan semangat aku kalau result x elok sekalipun..

Dah tak dapat agak mana letak duduk aku ni dekat depa..huh..sabarlah hati..

Taklif sebagai khalifah memang banyak,x payah cakap la..
Dan aku berusaha menggerakkan biro aku yang macam ketua dengan penolong je bersuara selalu..
Wallahu'alam kenapa..tapi aku tak mampu

Ditekan lagi dengan ..........,Allah..rasa macam nak putus nyawa..

Abah mai dengan cadangan yang boleh dipertimbangkan..heheh
Berulang nak?abah amik and hantaq..

Aku oke jerk..cumanya..tugas menyekat kebenaran itu..Abah bg amik lesen sbb abah kata aku dah macam stress sangat..hurm..kena  pikir jugak tu..kalau keluar dah tak boleh tolong kawan2 study..Aku pun merangkak lagi..Allah..

Last sekali menyebabkan aku agak pressure...
Demam + Batuk + Selsema..buat kacau orang exam je kan?

Allah izin mirah..doakan ksejahteraan dan kesihatan ku ya?Sekarang masih x sihat..
Demam + Batuk + Selsema + Sakit tekak-dibuatnya pulak tadi merempit tengah hujan ngan abah..fuhh..bila nak sihat,x tau la

Islam agamaku,Allah kekuatanku..
bye..

Saturday, 25 February 2012

Erti Syukur

Salam sayang kepada diri seniri..Selawat dan salam kepada baginda kekasih Allah..

Sesungguhnya belajar erti syukur bukan mudah,melainkan dengan hati yang sentiasa beradar cinta kepada Allah.

Syukur apabila diuji..
Aku selalu menulis dalam buku bila ada masalah..aku koyak,gumpal dan lempar jauh2..Ya Allah kenapa aku diuji..seringkali terlupa yang Allah uji kita kerana::
1.Allah masih sayang pada kita
2.Allah nak kita dekat kepadaNya
3.Allah nak hapuskan dosa-dosa kita yang melangit tinggi
4.Allah nak menguji keimanan kita

'Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu,ketahuilah apabila diuji..pasti akan ada hikmahnya..hikmah yang kita tidak mungkin tahu melainkan Allah jualah yang membuka hikmah itu dihadapan kita'

Tapi hati,bila bergabung dengan emosi dan perasaan.Hati bukan dibawah kawalan kita lagi..Seringkali tergelincir apabila diuji..sampai merasa putus asa dengan Allah..seorang guru berkata:;

Sujud dan mohonlah kepada Allah..banyakkan zikir dan selawat..Kita insan terpilih dan kita pasti boleh melakukannya..

Aku benar2 bersyukur Ya Allah kerana diuji dengan ujian dariMu namun,kuatkan lah hati ini menempuh dugaan yang besimpang siur..kuatkanlah iman ini..kuatkanlah pergantungan ku kepadaMu..

Wallahua'alam..sekadar berkongsi rasa yang sukar diucapkan

Saturday, 4 February 2012

Hoh..Penatnya..



ya...aku sangat penat..***hidup tak selalunya indah..langit tak selalu cerah..suram malam tak berbintang..itulah ujian tuhan..

Hari first dah macam-macam kerja..

hari kedua...Ya Allah..budax ostel!!!buat perangai..n ada sportcheck tergempar mengejut..tu la untung dapat ketua biro macam nih..akai gila..ta dak angin ta dak ribut sportcheck..huh

Hari ketiga..mesyuarat MKA..okey lagi..tapi kerja skolah macam ribut taufan..Ya Allah..bnyaknya!!berlambak!!pecah rekod tidur lewat pada tahun ini..ngeh3..selalunya tidur awal tapi tidur lewat,jam 1.30 bru jumpa bilik(bg org lain biasa ja..tpi bg aku..erk..susah tu)..selalunya an..pukul 12 dah jumpa katil bercadar cekang yang terusik dari pagi..memang tak sempat jejak bilik..nak jumpa dalam bilik sendiri cari malam je la..siang2 ada la kat bilik kelas atau bilik bacaan..perghnya hidup!!

Hari keempat..erm..Aku Janji Pelajar Tingkatan 5..baru sedar yang dah form 5 rupanya..memang bagus buat majlis tu..tapi tak bagus kalau tengok kepada ETR (Expected Target Result) a.k.a target skolah kat kita..boleh putus asa nak belajaq tengok target tu..memang rasa nak baling meja ke dinding pun ada..tak membina langsung!

Hari kelima..jumaat..tengok nih
Hostel life:

7.05 pg : Rokol
7.30 pg : Bacaan Yasin
8.20 pg : Kelas
12.15 tengahari : Tamat PnP
12.15-1.30 ptg : Usrah Badar
Be4 pukul 2.00 ptg kena ada di 3 tempat secara serentak!waktu nih aku dah macam orang gila..mane la nak kena p dulu..PBSM aku..KKAQ aku jugak..CATUR..aku lagi..boleh gila oooooo..Alhamdulillah sihat lagi tu yang buleh tulis benda nih!heheh..last2 sekali amik keputusan pergi ke tempat2 itu mengikut jawatan yang dipegang..gila an..dripada berjalan aku rasa macam dah maraton satu sekolah..sabarlah hati..sabarlah kakiku..huuhuhu
4.00 ptg : baru habis kerja aku yang tiga tu sekarang kena kat ostel..bwt carta itu ini..hias itu ini...terasa macam nak pitam..berkejar ke sana..patah balik..baju pun tak bertukar..MasyaAllah..bnyknyer kerja...
6.00 ptg : segalanya masih belum settle sebab salah buat la..tak meletop la decoration yang dibuat..ape la..tapi sebab dah janji ngan abah nak balik pukul enam..so,tinggalkan semua tu dan esok saye sambung k?
berlari lagi sebab beg apa pun tak kemas lagi!capai je mana sempat..pastu berlari p kat abah..sampai kat moto abah baru merasa duduk sekejap..
6.25 ptg : bertolak balik..n kejadian Allah izin jadik..tayar moto blakang pulak buat hal..tiub pecah..Alhamdulillah memang ada pisau dalam pencil box..pastu berjalanlah kami berdua dekat 2 km la jugak..pastu aku buat berani tahan tauke cina tu dari menutup bengkelnya..Alhamdulillah Allah tolong..
7.40 malam  : Sampai rumah..rasa macam nak pitam!Allah..kuatkan aku..

lepas2 tu macam2 lagi..tapi tak larat nak tulis dah..

Sangat2 bersyukur Allah masih bagi kekuatan untuk terus hidup..kekadang sampai pikiaq bukan2..tapi terlupa bahawa Allah tak kan uji kita kalau tak mampu..teruslah mengalirkan zikir di bibir biar apa jua ujian mendatang.."

YA ALLAH..TABAHKAN HATIKU MENERIMA UJIAN INI..JANGAN PESONGKAN HATIKU SEKALIPUN AKU MERASA TIDAK MAMPU MEMIKUL AMANAH-MU YA ALLAH.."

p/s :: SAHABAT adalah mereka yang bersamamu tidak kira tika susah atau tika senangmu..bukannya yang melunturkan semangatmu..malah menjatuhkan kamu dengan murah katanya..Wallahua'alallam..