My Blog List

Friday, 1 November 2013

Makaroni bakar

Assalamualaikum..
post lepas aq post pasal bubur nasik kan..
skema sgt u..org titew panggil moi sup je..
*comel je bunyik..hehe
okeyh..
makaroni bakar ni dulu aq tawu makan je..
namun,
pada suatu hari..
kawan aq ajak g umah dia..
*ko memang x tawu malu pegi umah org je keja.*#aq malu kay..
erkss
but then petang tu mak die masak makaroni bakar..
ekcelli mak die memang jual makaroni bakar tu..
RM 23 sebekas petak besar tu..standard la beb..ayam lagi..telur lagi..
Minyak suda naik..barang semua melompat2 tergedik nak ikut naik..
perang betol aq dengan org yang x bagi subsidi minyak ni! ish.. 500 hinggit sebulan kalau org yang guna kereta pegi keja balik keja tau!
*dah masuk ke mana dah pulak..haha

Aq penah post dalam fb gambar makaroni bakar yang aq bakar atas dapur..
tradisional sgt kan~ org bakar dalam oven
x kesah nak bako dalam ape pun.
nak buat unggun api belakang umah pon boleh setakat nak bako makaroni tu..hehe
bak kata pak usop wheelchair.. KITE BAKO JE! *tangan pusing2 kat atas* tara!haha

Mula2 aq buat guna daging burger yang diorang x habis nak makan kat umah..
so,kaler makaroni tu macam x cantik sikit..merah macam apa g..

kali kedua aq buat..
dah siap bako..tergedik nak boh dalam bekas..
potong-potong je..hancur berkecai..tinggalla setengah yang aq x potong lagi..
yang tu cantik pulak..sebab dya dah sejuk sikit..
*oke,nampak bijaksana aq disitu*wakaka
tapi takpa.. don't judge the makaroni by its cover..rasa dya tetap terangkat menjulang2!hehe

korang..jangan risau..benda ni..kecik punya hal saja...senang pon senang..
yang penting pandai pegang sudip..
kenal loyang besi..
ok,dah pas nak masak..ekeke
*sapa tanya aq sudip tu apa,mmg dya perlu masuk kelas ERT semula..
blajaq form 3 owt..
DUlu2 main masak2 kat sebelah parit, x kan dah besar panjang lupa pulak..ekeke..

Oke. Ini resepinya.. *banyak sangat meleter..coih!
Try dulu..baru ko tawu jah punya dapur..

MAKARONI BAKAR (makan sampai habis)



 Bahan
1. Makaroni-1/2 paket (direbus,jangan lembik sangat)
2. telur 3 biji (kisar)
3. rempah kurma (ayam daging) 2 camca besar *guna air panas nak bagi kembang elok
4. bawang besar-sebiji (dicincang halus)
5. lada hitam-2 sudu kecil *kalau suka pedas boleh letak banyak2 (tumbuk halus)
6. minyak
7. perencah HILAL (sesuka hati ,secukup rasa)
8. Garam- 1 sudu rata
9. ayam 1/6 bahagian(isi saja/dikisar)*boleh ganti dgn daging lain kalau nak .and..kalau nak banyak   ayam..tambah je..jangan skema sangat..heheh!
10. susu cair 1/3 tin
11. air 1 1/2 cwan kecil

Kerja mengGoreng
1. panaskan minyak
2. goreng bawang sampai keperangan
3. masukkan rempah kurma (sampai pecah minyak)
4. masukkan ayam yg dikisar td
5. air 1 1/2 cawan kecil (smpai mendidih)
6. susu cair 1/3 tin
7.perencah Hilal
8.garam
9.Telur + makaroni
10.masak sampai telur nak berketul

Last step! - letak semua isi periuk tu  dalam loyang.- bakar sampai betul2 masak




Topping atas dye korang nak letak apa pun boleh..
Selalunya orang letak bawang goreng dengan daun bawang..
x selalunya orang letak cheese sepapan dengan sosej *buat art atas makaroni tu..*sebabnye.benda2 ni mahal,takat nak makan perut sendiri lain cerita..


and then..makan dengan sos cili..
sapa nak makan macam tu saja pun boleh..
semuanya sedap!




Semudah 1 2 3, makaroni sedap tersedia.
k,aq chow dulu.

No comments:

Post a Comment