My Blog List

Thursday, 17 April 2014

Derap Hidup 2

Mata Nisa buntang terus." Yang kau koyak macam tu kenapa? sengal punya kawan!" bebelnya.
 Aku masih tegak berdiri. Tiada ura-ura memberi respon kepada Nisa.
'Huh. Panjang. Serius. Ini panjang.' bibir mengomel bawah sedar. Apa kegilaan kali ini. Aduh duh duh.
Nisa menapak masuk, Muka serius mak ngai kawan aku ni pun. Nisa menarik kerusi, duduk berlutut. Tangannya memegang kepala. Outomatik mengambil posisi bersedia. Mukaddimah.
"Tadi.." keningku terangkat lagi.
 Aura menyakat tak sudah makhluk ni pun. Ada pulak kau buat aksi stop and rewind kat sini. Sambung je lah ayat kau tu Nisa weyh. x kuasa aku nak tercangak kat sini.
"Aku nampak budak form 1 masuk kelas ni. And, meja engkau. Dia cari something. I thought. Nak tinggalkan benda tu dengan cara yang paling romantik" Aku tahan ketawa. Hish! Sabar. Tak habis lagi.
"Kau ingat tak semalam waktu kau masuk kelas 'prep' diorang. Kau cakap pasal hati. Dah cair gamaknya budak tu. Tapi itulah. Tak sangka laju sampai macam ni." Nisa mengenyit mata usai mukaddimah versi tak tahan dia tu. Aku telan koleksi ketawa tertahan aku. Macam mana boleh jadi macam ni. Parah.

     Semalam, mereka atau lebih khususnya dia. Di minta memberi tazkirah pendek. Puncanya, kejadian gaduh dan bertumbuk pelajar tingkatan 1.Sudah beberapa kali akhir-akhir bulan ini. Walhal, semuanya perempuan. Biasalah, hati cepat tersentuh. Atas dasar kasihan dan tugas dia sendiri, dia pergi menggagahkan diri. Kalau diikutkan,memang sanggup je dia biar semua budak-budak tu bergaduh sampai lewat malam. Bukan mengganggu gugat kehidupan dia pun.
"Akak,tak tahu kenapa,apa dan bagaimana. Tapi akak tahu tentu ada yang salah. Bukan salah sesiapa. Cuma salah faham. Cuma salah hati kamu." Ami terdiam, berjeda seketika. Beberapa pelajar memandang dengan muka bosan tahap giga mega.
Ami menyambung,
 "Akak rasa korang pernah dengar tentang Hablu MinaAllah (Hubungan dengan Allah) dan Hablu Minannas (hubungan dengan manusia). Akak tak salahkan kamu. Akak salahkan hati kamu. Bukan Allah suruh jaga ukhuwah (hubungan dengan manusia)? " Ami berhenti lagi. Menarik nafas dalam. Dia tahu. Soal hati memang susah. Soal ghaib memang payah. Semunya perlukan latihan. Paksaan. Latih tubi roh. Sampai bila mereka akan terus begini kalau disimpan terus dalam benaknya. Ami membawa tangannya ke dada. Tanda menyentuh hati.
"Dalam ni. Ada dua bahagian, dasarnya cintakan Allah. Kalau dasarnya utuh. Kamu akan mampu mengawal tahap aktif kecintaan pada bahagian kedua." Ami membuat lukisan bentuk hati pada papan putih. Dalam hati tersebut dilukis satu lagi hati.
"Akak,bahagian kedua tu yang luar eh? apa kecintaan kedua?". Ami tersenyum. Gembira mendapat respon.
"Yang kedua itu, cintakan makhluk, cintakan keluarga, cintakan material. Tak salah nak bercinta dengan kawan-kawan kamu ni. Walaupun orang barat kata, cintakan sama jenis itu gay atau lesbian. Tapi dalam Islam ajar. Kita cintakan sahabat-sahabat kita. Macam kita cintakan diri kita sendiri. Sebab. Cinta itu sendiri fitrah. Bukan cinta lelaki perempuan sahaja fitrah." Ami terus menembak. Moga sampai ke hati.
"Err.akak?are you serious?Cium-cium pipi sesama lelaki?urgh?" Dia menampal muka jelik.
Aku tersenyum. Menyambung.
"Itu namanya cinta. Cintakan saudara kerana Allah. Bak kata orang. Ukhuwah berGAYa." Ami sambung tersenyum. Menebarkan pandangan ke seisi kelas. Tidak penuh. Tetapi keadaan mereka duduk cukup memberitahu bahawa pertarungan mereka bukan pertarungan biasa. Semua mereka tunduk. Menilik jari.
"Bergaduh setiap hari macam ni, macam mana kamu nak bercinta kerana Allah. Kan Allah janjikan syurga untuk mereka yang memelihara jambatan ukhuwah." Seorang budak di hujung kelas bangun. Menolak kerusi kuat.
"Siapa suruh berebut laki orang". Dia berkata dengan marah.
"Siapa? Siapa curi siapa?". Bertentangan dengan Ami sudah menghambur marah juga. Sudah berdiri bersedia untuk bergaduh lagi. Ami cepat mengetuk meja. Meleraikan pergaduhan yang wujud tiba-tiba.
"Duduk,kamu berdua duduk." Ami menyilang tangan ke dada.
"Kamu tahu, lelaki yang menjadi rebutan kamu cuma tipu daya nafsu. Dalam hati kamu. Kamu sanggup bergaduh sebab dia. Kenapa tidak kamu merebut syurga? Syurga sana lebih banyak bidadara menunggu. Kamu menjadi ketua bidadarinya. Lebih hebat dari lelaki yang kamu agungkan sekarang." Ami terhenti apabila seorang budak lain mencelah.
"Akak. semua tu lambat lagi. Dunia ni kena enjoy dulu."
"Kalau macam tu, bergaduhlah. Mungkin bergaduh cara kamu semua rasa enjoy." Adik tadi menggeleng perlahan. Agaknya tidak setuju dengan  cara enjoy yang aku berikan.
"Akak tinggalkan kamu dengan soalan ini. Agaknya, malaikat akan ambil kamu waktu kamu sedang enjoy atau waktu kamu sedang mengikut nafsu? Agaknya, Allah akan bagi kamu jumpa bidadara atau tidak jika kamu mempertaruhkan hati kamu sekarang? dan agaknya, lelaki yang kamu jadikan rebutan itu, benarkah akan setia sebagaimana setianya ibu kamu?". Aku meneliti wajah satu persatu.
Semuanya dalam kemelut diri. Menghitung hari esok agaknya. Atau mungkin sedang menjawab soalan-soalan yang aku lontarkan. Kemudian pandanganku beralih pada Nisa yang berdiri di muka pintu.  Aku keluar tanpa sebarang ucapan pengakhiran. Aku tidak mampu menyatukan mereka. Aku cuba menyentuh hati mereka. Jika dikasari, bimbang hati-hati mereka akan tercalar. Bahkan mereka cuma akan berbaik seketika. Aku berpegang kepada 'hati Raja bagi diri'.

"Nisa, nanti aku baca. Aku rasa aku tahu kesudahan yang ini.". Dia tersengih sendiri.
"Am,kau jangan banjir pulak. Aku dapat rasa ayat versi pencairan nak mintak maaf tu". Wajahnya dimimikkan penuh aksi teruja. Dibuat-buat.
"Blah la Nisa, tak kuasa aku nak banjir. kau tak nak balik lagi ke?". Tanganku memasukkan semula surat panjang itu ke dalam sampulnya yang sudah lunyai. Tidak berhasrat untuk membacanya sekarang.
"Eh! jangan la simpan! aku nak baca jugak! entah-entah jatuh hati kat akak ni ke....." Nisa ketawa lepas. Menyakatnya tak sudah. Ami tayang muka selamba. Bergerak keluar dari kelas. Seperti tiada apa yang berlaku. Bergegar sekejap bangunan itu. Nisa sedang berlari laju ke arahnya.
"Sengal la kau ni Nisa! Dah! pergi balik! Minggu depan la aku cerita. Kau dah lambat ni. Jangan salahkan aku pulak!". Nisa mencari jam tangannya. Matanya terbeliak sekali lagi. Wah!
"Serius!aku dah lambat! tapi jangan lupa cerita!". Dia melangkah lebih laju. Meninggalkan aku di belakang.
"Weyh!kata nak ajak balik sekali" aku melaung kuat.
"Nanti-nanti la!" Dia tidak menoleh. Terus berlari laju menuju blok asrama.
Aku dah agak dah. Minah ni. Sebab tu je pun kau sanggup buat macam ni. Entah apa-apa tah. Tanganku menarik keluar surat tadi. Membuka perlahan.

...

Okes. Selamat berbuka. Moga Allah sayang kita. Jagakan hati kita.
Tak semestinya suka mesti bercinta. Cintailah yang hak. kerana yang Hak itu punya hak untuk dicintai.'
Hah gitu.

Wednesday, 16 April 2014

Derap Hidup

Butir pasir di kaki dikuis selamba. Nafas ditarik dalam. Dihembus perlahan. Dia bangun menuju ke arah koridor utama. Bertentang mata dengan papan nama Pejabat Asrama. Nafasnya dihela lemah. Asrama kosong tak berpenghuni. Semuanya sudah pulang kira-kira sejam tadi. Fikirannya terbang bersama angin petang. Mengetuk kotak memori lama dibuka kembali.
"Ami, makan mi hailam tu, nanti sejuk" kata ibu.
Aku menarik lapis sofa. Duduk menghadap televisyen yang sedia terpasang. Menunggu cerita kegemaran 'Abang Sidi'. Pinggir bibir ditarik sendiri. Ceritanya baru bermula. Ibu mengambil tempat di belakang. Membiarkan aksi gembira aku dan adik-adik menonton tv. Sedia maklum gelagat kami. Ibu tidak melarang. Cuma bertanya perihal solat. Pantang anaknya membiarkan solat. Namun, aku seperti aku. Kalau hati tak mahu. Solat susah kira. Lari saja.
   Cuma petang tadi aku sudah bersolat. Itupun sebab abah menunggu di jendela bilik seperti selalu. Aku ketawa sendiri. Ibu mula bersuara, menokok tambah cerita nabi-nabi supaya kami bertambah suka. Kadang-kadang ibu juga cerita tentang hal syurga. Pernah suatu ketika, ibu belikan burger ayam. Tapi satu saja. Pelik aku dengan sikap ibu. Macam tak tahu anak dia ramai. Huh. Sudahnya burger itu dipotong-potong kecil. Dibahagi-bahagi kepada kami.
Kata Ibu " Nanti di syurga, boleh minta apa saja, semua datang sendiri. Hebat kan?" Ibu tersenyum menunggu respon kami.
"Ibu, angah nak burger, yang besar. Tapi angah tak nak kongsi. Angah nak banyak-banyak" Angah membebel tiba-tiba. Aku berfikir yang sama. wah..bahagia..
Kepala Angah diusap manja, " boleh. nak makan yang lagi hebat dari burger pun boleh". Aku terdiam. Berfikir cara untuk sampai ke tempat yang namanya syurga. Kenapa hebat bunyinya. Macam cerita kartun di alam fantasi. Kepala condong kanan dan kiri. Berkira-kira untuk bertanya.
Ibu tiba-tiba menyambung " Tapi nak masuk syurga, kena solat. Jadi anak-anak soleh-solehah". Nah, terjawab. Akalku menyoal lagi, semudah itu? Namun, dibiarkan tidak terjawab. Aksi di kaca tv mencuri fokus aku berkhayal.
Ya,ketika itu, aku baru darjah satu. belum pandai mengira bintang dan bulan purnama.
***
"Ayah, ibu kenapa?" tanyaku kepada ayah yang bergegas mengemas barang ibu.
"Ibu masuk hospital" jawab ayah. Wajahnya sugul.
"Kenapa?" aku terus bertanya.
"Jatuh dalam bilik air". Ayah menghidupkan kereta. Arahan supaya kami bersegera.
Aku masih termangu,tidak mengerti. Umurku setahun jagung cuma. Aku membontoti kakak-kakakku.Kemana?
***
"Aduh!" Bahu terasa sengal. Sakit di tampar orang. Aku menoleh pantas. Nisa sedang berdiri dalam senyum.
"Kau tak pulang lagi?" aku bertanya.ikut protokol biasa. dan Nisa menghulur tangan kirinya.
"Baru jam berapa. Jauh mengelamun. Aku ingat dah sampai ke marikh tadi" pinggangku dicuitnya perlahan. Sengaja.
"Aku ingat kau dah blah. tak ramai yang tinggal. kenapa balik lewat?" tanyaku senada. Nisa bermain hujung tudung.
"Aku tunggu kau, kita balik sama?" bahu Nisa ditampar kuat. Entah apa agenda dia ni.
"Itu balasan, haha. Kenapa kena balik sama? x pernah pulak kau ajak aku selama ni?" soalan Nisa berbalas soalan. Aku ketawa.
"Aku ada sesuatu nak bagitahu engkau". Aku mencemik. Dah kenapa makhluk ni. Tiba-tiba ja. Buang tebiat ke?
"Apa?" Bibirku tetap bertanya.
"Sini.." Dia menarik aku serentak derap kakinya.
Aku menurut. Tanpa sepatah kata. Permainan apa kali ini. Sampai di pintu kelas di blok seberang. Dia berhenti. Menyuruh aku ke meja ku sendiri. Aku melangkah ke meja. Keningku terangkat bertanya. Apa?
Sepucuk surat berbunga merah ditarik dari laci meja. Dibawa ke hidung. Huh. Boleh tahan bau. Melor campur perfume ni. Aku membuka rakus. Nisa sudah terbeliak biji mata.

....

Oke .
To be continued..

Rindu. Zaman menulis dan bercerita.
Berkarya dan bergembira.

Allah berfirman : Akulah yang menjadikan kamu tertawa dan menangis (Annajm : 43)

Wednesday, 9 April 2014

Osthajahh!!

Assalamualaikum..

Na...All thing start with reason..ohh...selalunya banyak-banyak-banyak reason.. and conclude to be one! cause of Allah..

So, this is my storeh!

aku nak tulis gak. semua benda pasai perasaan. so, x yah nak simpan-simpan.

oh! lupa nak kenalkan.ni encik pocoyo.bakal hasben aku. jangan risau. beliau baik orangnya. hahax XD!

Sebenarnya semua benda macam kotak kaca. ajaibnya kotak kaca ni sebab orang cuma boleh tengok dari luar. JUDGE. orang yang duduk di dalam untuk mereka yang terpilih sahaja. yes!! x kan semua orang nak jadi emas permata sepanjang masa kan?

SO, the thing goes same to persepsi o pandangan o whateber.

Dulu. sebelum masuk maktab.

Tawu ark apa pandangan orang bila sebut tentang "MAKTAB?" *mcm ada kematian ja*.haha

1. GElanggang sosial.

Memang bab-bab ikhtilat ni dah pandang lepas ar. usya pompuan macam biasa ja. chat-chat. bagi ayat-ayat versi pencairan. memang semua macam tu. biasalah nak jadi cikgu kan kena selalu bergaul dengan masyarakat.

(^_^) 
reply : Memey r. sosial kat mana-mana pun kau bersosial.bukannya kau duduk dalam rumah tak keluar2.kalau U memang tak payah discuss dengan kawan-kawan? *jgn tipu*aku penah masuk U sekejap*
So, its about kau jaga diri sendiri. NAFSU sendiri. please. BEHAVE!

2. Lowh.kelas. (LOW class)

Budak maktab je pun. belajo pun macam belajo kat sekolah. tak berKEMBANG langsung. tak dapat nak merasai kesusahan budak-budak U nie. dah la keluar nanti jadi cikgu ja! sekolah rendah lak tu. puih.

(^_^)
reply : sebab kami sedar diri kami akan mengajar di sekolah. budak U akan bekerja kat U eh? oh! x tahu ponnnn........

3. Gaji rendah berb!

(^_^) biar gaji rendah. jangan akal pendek. PENDEK! pahala banyak la!
Akhirat baru dapat gaji..berterusan lak tu!

4. Susah nak kawen. banyak protokol semua.

(^_^) muahahahaha. ramai owh budak2 maktab kawen. puh less la.
aku tak nak.awal-awal dah kena warning. kawen lepas posting.waah...wahh..
btw, x kebulur pun nak kawen.
kalau rasa nak kawen sangat. tolong la jangan mesej ngan orang yang kau nak!
Jumpe bapak la derrr!!

oke.itu ekstrem.hahahaha

tu je.

cuba tengok dari dalam kotak kaca. mesti kau tahu posisi sebenar emas-emas yang kau dok mengata nih. ehik...ehik..

bye..bye..


Monday, 7 April 2014

Bye

Assalamualaikum..

Rasa nak je tulis entry tak bertajuk. tapi si pak cik setting blog ni kang diletaknya panjang-panjang tajuk reka-buat-sendiri dia untuk aku. hak puff.. *dah macam cream puff dah aku tengok*

Oke.
Memang aku x-de-sebab-tulis-entry.

Sebab aku bosang mak aihh..

dok mengadap wajibatul mashyukkk.....all the time..wehehehe..
*mengadap la sangat* aku bukan boleh fokus lelama..
kelaut je selalu...

Angah kata : Ubah cara pandangan tu.

So, daripada aku tengok esaimen x pernah kering membasahi bumi ,baik aku ziarah pak cik blog hensem lagi menawan nie.. (^_^) *waahhh...cita-cita nak jadi sasterawan blogger suda tercapai*buk*baling botol*

x penahnya klau x berangan tu kan. sila faham. sila faham. keja is esaimen. esaimen is keja. work is esaimen. esaimen is work. wajibatul masyhuk is job. job is wajibatul masyhuk. *waahh..wahhh.......*

TEW dia...bak hianggg... padahai benda sama ja nak habaq bagi..

GHeja banyak oii..mau pitis banyak dop pe gop! buley belanja cik abe makan cekelat! wahh*cekelat ja?*

Oke ar tu. aku nak makan eskrem.

Alaaa...mummy!! nanak!! :'( sob3..pity mmeee..

Ape ngarot nie cik intan payung?! -entah- -x- dak sebab jugak-

Hurm. I think, I have something to share!

I love THIS.much!


HAHAHA

macam perli jek..macam perli jek..

aku ada cara nak bagi hilang rasa bosan *dengan adegan cute miut* XD 

buat semua ni dalam masa 5 minit
1. tukar posisi anda duduk.
sapa baring, sila duduk,sapa duduk sila baring etc.
2.buat keja lain!
seperti....siram pokok bunga*dah kenapa sampai ke taman bunga ni*
makan eskrem *kepakaran aku*
tidur! oh!sorry! can not!
main!!
yes main!
and, aku dah bosan bermain. so, aku nak sambung kkp.

k bye. bye. bye. bye.
bye. bye. bye. bye. bye.

Friday, 4 April 2014

...al-kisah...tentang katak...

Assalamualaikummm..

I wish,this is a great day!but,urm..kkp I x siap lagie..huhu..."zzzz" ahaha.macam entahapapa ja starting entry..
Ha'ah.mesti pelik an.kenapa dalam banyak2 tajuk yang aku boleh buat. aku buat entry katak. yea lah. dalam banyak2 tajuk tu,,tajuk katak je berguna.katak bagi nasihat beb.penah dengar?haha

Oke. jangan buang masa.*gaya macam nak masak dan kuali dah hangit*

Werh,apa2 ja la
aku kesah?

Mesti penah dengar cerita katak pekak yang berjaya mendaki sampai ke puncak sewaktu katak-katak lain dah jatuh bergolek-golek. Jatuh katak-katak lain tu pulak bukan sebab apa. lemah semangat sebab dengar cakap-cakap orang. so,pengajaran cerita ni. jangan dengar cakap orang.bukannya depa daki dengan hampa pun. cakap je depa pandai. suruh buat. "eh,kan keja kau" ==' *bapak kau*

 HAHA. boleh je kan katak ni bertanding. Aku ingat bertanding menyanyi fail, bertanding mendaki double fail.hahaha.

Tapi ni katak versi masjid.haha

oke.gamba ni takdak kaitan.sebab dia comel.aku amik.aku kan comel.LOL.angkat bakul baju basuh seniri.

Katak nie versi x tahan.eh lebih2 lak katak nie!

dah2..

kembali kepada topik utama..*skema deoowohh*

Satu hari,
aku masuk toilet. oke.toilet tu besar. sebab. dalam toilet tu ada toilet lagi.huh?! how?!
aish.yang kat pintu masuk tu dia pelekat gambaw.pompuan.laki.(asing la.boh sekali HARAM)
pastu,sampai dulu, bau toilet la,sampai ke hidung,
pastu.baru jumpa barisan toilet yang sedia berkhidmat untuk masyarakat.

alarh.jangan lah berpura-pura beng-hap.penat tau terang! ingat esaimen ke?

oke lah.oke lah.

PASTU.
aku masuk la dalam toilet tu dengan segala hormatnya *hakpuihhhh*(kotor r!)
tiba-tiba :
"argh..takut r..takut r..."
"ish,nanti dia tengok aku buang, hoh,,malu doe,.."
"Jangan buat apa-apa,nanti aku jerit.bagi aku masuk dulu"
"AAA....geli!!!geli!!!" *wow!muka tak tahan doh,lek luhhhh*
"eh kat rumah aku ada katak hijau..bla..bla..bla..."
eh boleh pulak ko bukak cerita pasal katak dalam tandas berHANTU nie.hantu la sangat.tandas kat masjid.eh.tandas  semua ada syaitan k.

dalam hati..

ape tah..dah orang nak habis solat dah ooi...cubalah berguna sikit..
Last-last sekali aku pun x masuk..seram lak dengaq banyak2 pendapat tentang katak.
haiseh..terkucil dalam kain susah..

oke lah.oke lah.habis2.aku pun jadi TERx bguna. apa lah,pasai org cakap je pun

Petang tu solat Zohor.
AKu masuk tandas tu

buat tak kesah..lupakan tentang katak..

masuk2 aku tengok..

katak tu tak kacau aku pun..

tengok pon idok

aku yang tengok dia...
waahh..menonggek-nonggek nampak!
*imaginasi...*

oke.aku lepas hajat semua.aku keluar. dan aku SELAMAT

hahaha

pengajaran. jangan dengar cakap orang.hahaha

(^_^)

psst.baru boleh masuk tandas dengan aman.hahahahha

Thursday, 3 April 2014

aku bosan dengan crita mu..aku rasa buang masa.

Act.

aku sedang masa

oh
masa sedang buang aku

kenapa rasa x dak semangat nie

ergh

sebab aku inverse person

aku x suka buat apa yang orang suka

entah

kenapa tah

empat rata?

heuhh

aku nak pandai bahasa arab ja

tapi x pandai2 jugak

rasa nak fed up

tapi.........

erk..
nanti jdi kaum yang kafir

heuhhh.....

aku tak paham

apa benda tah empat rata

apa manfaat?

esaimen paling kelas

owh.
bukan nak kutuk orang pandai
masalahnya aku x pandai
mai dok habaq kat aku kerataan hampa
arghh

arghh
so,

I made up of my mind

lebih baik tido
tak yah buat apa2

kenapa masuk sini sangat menyakitkan?

ha'ah

abah nak kawen

itu lagi menambahkan kesakitan
hahaha

jump into hell.
but heaven call.
don't leave me.

pufff...pufff....pufff....

SENAK SENAH nie.

ahah! aku memang tak dak benda yang boleh dibuat dalam hdup nie.hidup ni kejam kan