My Blog List

Wednesday, 16 April 2014

Derap Hidup

Butir pasir di kaki dikuis selamba. Nafas ditarik dalam. Dihembus perlahan. Dia bangun menuju ke arah koridor utama. Bertentang mata dengan papan nama Pejabat Asrama. Nafasnya dihela lemah. Asrama kosong tak berpenghuni. Semuanya sudah pulang kira-kira sejam tadi. Fikirannya terbang bersama angin petang. Mengetuk kotak memori lama dibuka kembali.
"Ami, makan mi hailam tu, nanti sejuk" kata ibu.
Aku menarik lapis sofa. Duduk menghadap televisyen yang sedia terpasang. Menunggu cerita kegemaran 'Abang Sidi'. Pinggir bibir ditarik sendiri. Ceritanya baru bermula. Ibu mengambil tempat di belakang. Membiarkan aksi gembira aku dan adik-adik menonton tv. Sedia maklum gelagat kami. Ibu tidak melarang. Cuma bertanya perihal solat. Pantang anaknya membiarkan solat. Namun, aku seperti aku. Kalau hati tak mahu. Solat susah kira. Lari saja.
   Cuma petang tadi aku sudah bersolat. Itupun sebab abah menunggu di jendela bilik seperti selalu. Aku ketawa sendiri. Ibu mula bersuara, menokok tambah cerita nabi-nabi supaya kami bertambah suka. Kadang-kadang ibu juga cerita tentang hal syurga. Pernah suatu ketika, ibu belikan burger ayam. Tapi satu saja. Pelik aku dengan sikap ibu. Macam tak tahu anak dia ramai. Huh. Sudahnya burger itu dipotong-potong kecil. Dibahagi-bahagi kepada kami.
Kata Ibu " Nanti di syurga, boleh minta apa saja, semua datang sendiri. Hebat kan?" Ibu tersenyum menunggu respon kami.
"Ibu, angah nak burger, yang besar. Tapi angah tak nak kongsi. Angah nak banyak-banyak" Angah membebel tiba-tiba. Aku berfikir yang sama. wah..bahagia..
Kepala Angah diusap manja, " boleh. nak makan yang lagi hebat dari burger pun boleh". Aku terdiam. Berfikir cara untuk sampai ke tempat yang namanya syurga. Kenapa hebat bunyinya. Macam cerita kartun di alam fantasi. Kepala condong kanan dan kiri. Berkira-kira untuk bertanya.
Ibu tiba-tiba menyambung " Tapi nak masuk syurga, kena solat. Jadi anak-anak soleh-solehah". Nah, terjawab. Akalku menyoal lagi, semudah itu? Namun, dibiarkan tidak terjawab. Aksi di kaca tv mencuri fokus aku berkhayal.
Ya,ketika itu, aku baru darjah satu. belum pandai mengira bintang dan bulan purnama.
***
"Ayah, ibu kenapa?" tanyaku kepada ayah yang bergegas mengemas barang ibu.
"Ibu masuk hospital" jawab ayah. Wajahnya sugul.
"Kenapa?" aku terus bertanya.
"Jatuh dalam bilik air". Ayah menghidupkan kereta. Arahan supaya kami bersegera.
Aku masih termangu,tidak mengerti. Umurku setahun jagung cuma. Aku membontoti kakak-kakakku.Kemana?
***
"Aduh!" Bahu terasa sengal. Sakit di tampar orang. Aku menoleh pantas. Nisa sedang berdiri dalam senyum.
"Kau tak pulang lagi?" aku bertanya.ikut protokol biasa. dan Nisa menghulur tangan kirinya.
"Baru jam berapa. Jauh mengelamun. Aku ingat dah sampai ke marikh tadi" pinggangku dicuitnya perlahan. Sengaja.
"Aku ingat kau dah blah. tak ramai yang tinggal. kenapa balik lewat?" tanyaku senada. Nisa bermain hujung tudung.
"Aku tunggu kau, kita balik sama?" bahu Nisa ditampar kuat. Entah apa agenda dia ni.
"Itu balasan, haha. Kenapa kena balik sama? x pernah pulak kau ajak aku selama ni?" soalan Nisa berbalas soalan. Aku ketawa.
"Aku ada sesuatu nak bagitahu engkau". Aku mencemik. Dah kenapa makhluk ni. Tiba-tiba ja. Buang tebiat ke?
"Apa?" Bibirku tetap bertanya.
"Sini.." Dia menarik aku serentak derap kakinya.
Aku menurut. Tanpa sepatah kata. Permainan apa kali ini. Sampai di pintu kelas di blok seberang. Dia berhenti. Menyuruh aku ke meja ku sendiri. Aku melangkah ke meja. Keningku terangkat bertanya. Apa?
Sepucuk surat berbunga merah ditarik dari laci meja. Dibawa ke hidung. Huh. Boleh tahan bau. Melor campur perfume ni. Aku membuka rakus. Nisa sudah terbeliak biji mata.

....

Oke .
To be continued..

Rindu. Zaman menulis dan bercerita.
Berkarya dan bergembira.

Allah berfirman : Akulah yang menjadikan kamu tertawa dan menangis (Annajm : 43)

2 comments:

  1. Ok, saspen sangat..

    Nak blajaq mnulis dgn ustzh boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuks.. Ni dah terbalik..jihah lagi pandai menulis.. terima kasih jihah..sudi singgah..ngehehe

      Delete