Mata Nisa buntang terus." Yang kau koyak macam tu kenapa? sengal punya kawan!" bebelnya.
Aku masih tegak berdiri. Tiada ura-ura memberi respon kepada Nisa.
'Huh. Panjang. Serius. Ini panjang.' bibir mengomel bawah sedar. Apa kegilaan kali ini. Aduh duh duh.
Nisa menapak masuk, Muka serius mak ngai kawan aku ni pun. Nisa menarik kerusi, duduk berlutut. Tangannya memegang kepala. Outomatik mengambil posisi bersedia. Mukaddimah.
"Tadi.." keningku terangkat lagi.
Aura menyakat tak sudah makhluk ni pun. Ada pulak kau buat aksi stop and rewind kat sini. Sambung je lah ayat kau tu Nisa weyh. x kuasa aku nak tercangak kat sini.
"Aku nampak budak form 1 masuk kelas ni. And, meja engkau. Dia cari something. I thought. Nak tinggalkan benda tu dengan cara yang paling romantik" Aku tahan ketawa. Hish! Sabar. Tak habis lagi.
"Kau ingat tak semalam waktu kau masuk kelas 'prep' diorang. Kau cakap pasal hati. Dah cair gamaknya budak tu. Tapi itulah. Tak sangka laju sampai macam ni." Nisa mengenyit mata usai mukaddimah versi tak tahan dia tu. Aku telan koleksi ketawa tertahan aku. Macam mana boleh jadi macam ni. Parah.
Semalam, mereka atau lebih khususnya dia. Di minta memberi tazkirah pendek. Puncanya, kejadian gaduh dan bertumbuk pelajar tingkatan 1.Sudah beberapa kali akhir-akhir bulan ini. Walhal, semuanya perempuan. Biasalah, hati cepat tersentuh. Atas dasar kasihan dan tugas dia sendiri, dia pergi menggagahkan diri. Kalau diikutkan,memang sanggup je dia biar semua budak-budak tu bergaduh sampai lewat malam. Bukan mengganggu gugat kehidupan dia pun.
"Akak,tak tahu kenapa,apa dan bagaimana. Tapi akak tahu tentu ada yang salah. Bukan salah sesiapa. Cuma salah faham. Cuma salah hati kamu." Ami terdiam, berjeda seketika. Beberapa pelajar memandang dengan muka bosan tahap giga mega.
Ami menyambung,
"Akak rasa korang pernah dengar tentang Hablu MinaAllah (Hubungan dengan Allah) dan Hablu Minannas (hubungan dengan manusia). Akak tak salahkan kamu. Akak salahkan hati kamu. Bukan Allah suruh jaga ukhuwah (hubungan dengan manusia)? " Ami berhenti lagi. Menarik nafas dalam. Dia tahu. Soal hati memang susah. Soal ghaib memang payah. Semunya perlukan latihan. Paksaan. Latih tubi roh. Sampai bila mereka akan terus begini kalau disimpan terus dalam benaknya. Ami membawa tangannya ke dada. Tanda menyentuh hati.
"Dalam ni. Ada dua bahagian, dasarnya cintakan Allah. Kalau dasarnya utuh. Kamu akan mampu mengawal tahap aktif kecintaan pada bahagian kedua." Ami membuat lukisan bentuk hati pada papan putih. Dalam hati tersebut dilukis satu lagi hati.
"Akak,bahagian kedua tu yang luar eh? apa kecintaan kedua?". Ami tersenyum. Gembira mendapat respon.
"Yang kedua itu, cintakan makhluk, cintakan keluarga, cintakan material. Tak salah nak bercinta dengan kawan-kawan kamu ni. Walaupun orang barat kata, cintakan sama jenis itu gay atau lesbian. Tapi dalam Islam ajar. Kita cintakan sahabat-sahabat kita. Macam kita cintakan diri kita sendiri. Sebab. Cinta itu sendiri fitrah. Bukan cinta lelaki perempuan sahaja fitrah." Ami terus menembak. Moga sampai ke hati.
"Err.akak?are you serious?Cium-cium pipi sesama lelaki?urgh?" Dia menampal muka jelik.
Aku tersenyum. Menyambung.
"Itu namanya cinta. Cintakan saudara kerana Allah. Bak kata orang. Ukhuwah berGAYa." Ami sambung tersenyum. Menebarkan pandangan ke seisi kelas. Tidak penuh. Tetapi keadaan mereka duduk cukup memberitahu bahawa pertarungan mereka bukan pertarungan biasa. Semua mereka tunduk. Menilik jari.
"Bergaduh setiap hari macam ni, macam mana kamu nak bercinta kerana Allah. Kan Allah janjikan syurga untuk mereka yang memelihara jambatan ukhuwah." Seorang budak di hujung kelas bangun. Menolak kerusi kuat.
"Siapa suruh berebut laki orang". Dia berkata dengan marah.
"Siapa? Siapa curi siapa?". Bertentangan dengan Ami sudah menghambur marah juga. Sudah berdiri bersedia untuk bergaduh lagi. Ami cepat mengetuk meja. Meleraikan pergaduhan yang wujud tiba-tiba.
"Duduk,kamu berdua duduk." Ami menyilang tangan ke dada.
"Kamu tahu, lelaki yang menjadi rebutan kamu cuma tipu daya nafsu. Dalam hati kamu. Kamu sanggup bergaduh sebab dia. Kenapa tidak kamu merebut syurga? Syurga sana lebih banyak bidadara menunggu. Kamu menjadi ketua bidadarinya. Lebih hebat dari lelaki yang kamu agungkan sekarang." Ami terhenti apabila seorang budak lain mencelah.
"Akak. semua tu lambat lagi. Dunia ni kena enjoy dulu."
"Kalau macam tu, bergaduhlah. Mungkin bergaduh cara kamu semua rasa enjoy." Adik tadi menggeleng perlahan. Agaknya tidak setuju dengan cara enjoy yang aku berikan.
"Akak tinggalkan kamu dengan soalan ini. Agaknya, malaikat akan ambil kamu waktu kamu sedang enjoy atau waktu kamu sedang mengikut nafsu? Agaknya, Allah akan bagi kamu jumpa bidadara atau tidak jika kamu mempertaruhkan hati kamu sekarang? dan agaknya, lelaki yang kamu jadikan rebutan itu, benarkah akan setia sebagaimana setianya ibu kamu?". Aku meneliti wajah satu persatu.
Semuanya dalam kemelut diri. Menghitung hari esok agaknya. Atau mungkin sedang menjawab soalan-soalan yang aku lontarkan. Kemudian pandanganku beralih pada Nisa yang berdiri di muka pintu. Aku keluar tanpa sebarang ucapan pengakhiran. Aku tidak mampu menyatukan mereka. Aku cuba menyentuh hati mereka. Jika dikasari, bimbang hati-hati mereka akan tercalar. Bahkan mereka cuma akan berbaik seketika. Aku berpegang kepada 'hati Raja bagi diri'.
"Nisa, nanti aku baca. Aku rasa aku tahu kesudahan yang ini.". Dia tersengih sendiri.
"Am,kau jangan banjir pulak. Aku dapat rasa ayat versi pencairan nak mintak maaf tu". Wajahnya dimimikkan penuh aksi teruja. Dibuat-buat.
"Blah la Nisa, tak kuasa aku nak banjir. kau tak nak balik lagi ke?". Tanganku memasukkan semula surat panjang itu ke dalam sampulnya yang sudah lunyai. Tidak berhasrat untuk membacanya sekarang.
"Eh! jangan la simpan! aku nak baca jugak! entah-entah jatuh hati kat akak ni ke....." Nisa ketawa lepas. Menyakatnya tak sudah. Ami tayang muka selamba. Bergerak keluar dari kelas. Seperti tiada apa yang berlaku. Bergegar sekejap bangunan itu. Nisa sedang berlari laju ke arahnya.
"Sengal la kau ni Nisa! Dah! pergi balik! Minggu depan la aku cerita. Kau dah lambat ni. Jangan salahkan aku pulak!". Nisa mencari jam tangannya. Matanya terbeliak sekali lagi. Wah!
"Serius!aku dah lambat! tapi jangan lupa cerita!". Dia melangkah lebih laju. Meninggalkan aku di belakang.
"Weyh!kata nak ajak balik sekali" aku melaung kuat.
"Nanti-nanti la!" Dia tidak menoleh. Terus berlari laju menuju blok asrama.
Aku dah agak dah. Minah ni. Sebab tu je pun kau sanggup buat macam ni. Entah apa-apa tah. Tanganku menarik keluar surat tadi. Membuka perlahan.
...
Okes. Selamat berbuka. Moga Allah sayang kita. Jagakan hati kita.
Tak semestinya suka mesti bercinta. Cintailah yang hak. kerana yang Hak itu punya hak untuk dicintai.'
Hah gitu.
No comments:
Post a Comment