My Blog List

Monday, 11 March 2013

Alam ajarkan aku..

Meniti liku kehidupan,
Lentur kayu merintih pedih,
Bukannya tidak pernah,
Namun saat itu,
Lenturan itu begitu payah.
Mampu mematahkan kesatuan cell-cell kayu.
Tetapi kayu tidak angkuh,
Apalagi mahu mengeluh,
Malah terus tunduk berzikir.
Biarpun bukan di dalam saff,
Mereka saling memperingati,
Sehingga pengakhiran kehidupan mereka,

Percayakah?
jika dua telinga ini,
Mampu mendengar zikir mereka,
Terus menyulam cinta dalam hati,
Hanya kepada Ilahi Rabbi,
Nescaya pasti seluruh alam,
Kembali sujud,
Tunduk lebih rapat,
Ketaatan yang teramat sangat!
Tiada lagi manusia durjana.
Melainkan cuma ada,
 Manusia yang zuhud,
Yang saling menjaga.

Kerana itu kita terus leka,
Diulit mimpi,
Di kamar bahagia dunia.
Kerana kita tidak mendengar,
Apatah lagi menghayati,
Indahnya zikir itu,
Berombak tenang dialunankan sang alam,
Merdu digabung desiran angin,

Mahu angkuhkah?
Sedang apa yang kita pijak turut bertasbih.
katakan.
Siapa aku untuk angkuh atas bumiNya ini?

wallahu'alam.

Friday, 8 March 2013

Indahku


YA ALLAH DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU.

Alhamdulillah.
Hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku.

Bahawa. Aku mahu berubah!

Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,

Subhanallah,
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-Mu.

Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah!

Ya Allah,
Kupohon hidayah-Mu,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman...

Bantulah daku,
Bimbinglah daku,
Dalam mencari,
Cinta yang paling Agung,
Cinta yang Esa...

Sesungguhnya.
AKU MAHU BERUBAH!

Wallahu a'lam....




Thursday, 7 March 2013

Cuit hati,iman terasa

Assalamualaikum wbt..
Simfoni kehidupan tiada terhenti biarpun bunyinya bagai menghiris..ditelan mati emak,diluah mati bapak..akhirnya dikulum sahaja..Terkadang bunyinya merdu..sehingga kita tidak mahu keluar darinya..mengharap kemerduan itu untuk selamanya..Hakikatnya..simfoni hidup adalah satu nafas panjang yang melagukan pelbagai not irama..bukannya sumbang cuma mungkin apa yang didengar tak mampu dihadam dek telinga yang tidak pekak..

Maka utusku hari ini..siapapun kita..apa ada pun kita..
Jangan jemu memanjatkan syukur kepadaNya..Ketahuilah apa yang berlaku,hari ini,semalam,kelmarin,dalam gelap atau kesepian adalah  susunan Allah..Telah lama tersurat di Luh Mahfuz..Biarpun seketika kita merasa ianya bagai hempedu yang pahit untuk ditelan..namun hati tetap perlu yakin bahawa kehidupan ini telah disusun oleh Allah..Hempedu yang pahit itu cuma neraca iman yang kadang naik-kadang turun..hati manusia berbolak-balik..kan?!Dan setiap yang berlaku yang bukan kita hajati,bukan pilihan kita..Hadir ataupun tidak hati kita semasa membaca tentang ilmu juga ketentuan Allah..

Dalam penciptaan sebagai seorang manusia::
Allah berfirman::Sesungguhnya manusia itu diciptakan sebaik-baik kejadian..

Apa pula yang dimaksudkan dengan sebaik-baik kejadian?
Cuping telinga?Bulu mata?Hidung?Mulut cantik?Sistem badan barangkali??Lengkapnya manusia??
Tetapi apa yang melengkapkan kita sebagai makhluk yang sebaik-baik kejadian adalah kerana kita diberi akal..

Akal berhak memilih antara fujur dan taqwa..
Akal juga punya taklif..
1.Hamba-mengabdikan diri kepada Hanyasanya kepada Allah!

2.Sebagai Khalifah-pemimpin

                  *Menjadi hamba yang baik..
*Menyempurnakan diri hari demi hari..cuba bayang kalau ketua anda suruh makan duduk..tetapi dalam masa itu juga dia sedang makan berdiri..apa respon anda??Oleh itu,kita perlu berubah kalau nak ajak orang lain mengikut jalan yang kita pilih iaitu jalan menuju taqwa
*Sebagai contoh::Rasullullah S.A.W (dalam surah Al-Jumuah ayat 2)
Mengatakan Rasulullah mempunyai tanggungjawabnya dihadirkan didunia,menyampaikan al-qur'an,membawa islam kepada kita sedangkan baginda seorang yang ummie(tidak tahu membaca dan menulis)..
maka sudah tentu mukjizat berupa Al-qur'an yang baginda sampaikan juga bukan daripada baginda..Indahnya aturan Allah..
Jika difikir-fikir,mukjizat yang diturunkan amat bersesuaian dengan zaman nabi-nabi terdahulu kan?
Contohnya..zaman nabi Musa terkenal dengan kehebatan sihir,maka Allah memberi mukjizat kepada nabi Musa memiliki tongkat sihir yang boleh berubah menjadi ular..Begitu juga pada zaman Nabi Muhammad saw..Zaman baginda terkenal dengan kehebatan syair dan karangan2 arab..maka diturunkan Al-qur'an yang mempunyai bahasa yang amat tinggi..tak mampu di ubah biarpun seluruh ahli bahasa di dunia berkumpul untuk mengubahnya..

3.Sebagai Daie-menyampaikan @ mengimarahkan bumi dengan ilmu dan hukum Allah...
*Hari ini bumi bergelodak,berkeladak dek kerana sistem-sistem ciptaan manusia..sedangkan mereka tahu sistem yang lebih baik darinya..Tiada sistem lain yang dapat menjadikan bumi itu indah teratur melainkan sistem Allah (Hudud dan Al-Qur'an)
*Sebagai analogi::manusia yang mencipta telefon bimbit atau ipad dan sebagainya..hanya mereka yang  mengetahui manualnya..tetapi jika mereka meminta orang lain untuk menyediakan manualnya,mungkin akan sama dengan fungsinya yang sebenar?
Begitu juga Rabb yang menciptakan manusia,hanya Dia yang mengetahui manual untuk menggerakkan seluruh hidup manusia..iaitu manualnya sudah  pasti Al-Qur'an kareem(Dustur hayah*perlembagaan hidup)..Di sanalah kita mengetahui manual sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..Ya Rabb!hebatnya Allah!

Cukup sekadar itu yang mampu hamba kongsikan malam ini..daripada penyampaian cikgu Zaiton..Sebenarnya ilmu yang diberi tak mampu diberi kembali dalam bahasa yang serupa..mungkin juga  bahasa murabbi itu lebih mengusik rasa sehingga mampu mengalir air mata..tetapi..inilah sekadar yang termampuku..InsyaAllah moga bermanfaat..

p/s::tegur yea kalau ada yang tersalah..syukran..assalamualaikum~

Tuesday, 5 March 2013

Sepetang ber-motor

Assalamualaikum wbt..
Mir dah makin rajen mengapdet sekarang..ekeke..

Ni ada satu pesanan..
~Tarbhiyah tu akarnya aqidah..jika aqidah mantap..insyaAllah tarbhiyah yang disampaikan pun mantap!

REMEMBER!:: ni bukan kerja part time,kerja second time,or kerja timing..ni kerja full time!perlukan komitmen anda yang membaca!::

So,nak dikisahkan petang tadi selepas ambil anak dari tadik..di bawa pula ke taman permainan..
dibawa pula mereka pulang ke rumah mereka pada jam 6.
And saya pun pergi merambu-rambu dengan motosikal yang amatlah berjasa tu..
*hei!jgn pndg moto ni sbelah mata!moto ni yang ambil saya balik dari asrama dulu..berhujan berpanas ayah saya dengan dia!

*yang ni lawa sikit dari motor yang abah pinjamkan*hehe

Perjalanan kami untuk ke Bukit Jeghenih!haaa..ada empat orang! 'map'nya nasywah!
pembonceng Nabihah dan rehana..the truth is,saya takut bawa anak orang maa..jauh pulak tu..
Alhamdulillah Allah selamatkan.. (^_^)

Pernah tak naik jejantas guna moto?ahha!inilah pengalaman namanya..masa bawa moto kat atas tu..teringat-ingat saat terjatuh semasa latihan di IKMP..Ya Allah janganlah jatuh kat sini..bawak anak orang ni,kalau alone~kesah hape..hehe

Untuk pengetahuan semua..yang kami jalan ni,jalan trekking waktu program kat Matri tu..tapi Mir kan macam chipsmore..tak de je selalu..kui3

Sampai kat satu simpang ni..moto tu buat hal..free gear motor sangkut..tak boleh nak buat ape dah..
Akhirnya tertinggallah kami kat belakang..Motor Nasywah dah lepas ke depan..
And Mir dengan rajinnya membuka tempat minyak..kot-kot la terhabis licin ke..boleh tahan mana2 motor mintak minyak sikit..bhahahaha!

Alhamdulillah..selepas ditolak-tolak beberapa kali,dipujuk dengan kasih sayang..mau jugak la motor tu beralah dengan saya..hehe..dah nak tersampai..dah tertelajak pulak..tape la..Saya pun patah balik..

Nasywah kata dengan cemasnya!"adik tu kata motor mir tak de minyak"
Mir:: "eh,ada2..sangkut ja tadi.."

Bersambunglah perjalanan kami..dah tu sampai bukit jeghenih tu...baru terfikir..
Subhanallah..jauhnya kengkawan ambe ni bejalan..mampu jugak ye?

Ini baru tarbhiyah..berpanas,bersusah..masih utuh berdiri sebagai seorang hamba!
Kekalkan kami atas jalan ini..Amin..

Kalau sapa2 rasa melelong tu..ingatlah!kita masih punya Allah..kita masih punya kawan..
Bantuan itu dimana-mana..mintalah pada Allah!

Tarbhiyah Dzatiyah..bermula dengan kesedaran islam yang jitu!InsyaAllah yang lain jadi mudah!

p/s::maaf jika ada broken angel*bahasa da* dalam post2 saya..hamba ,hamba biasa~

Cintai doa

Assalamualaikum wbt..
dendangan Baqarah berbisik indah di telinga..bagaimanakah kalian hari ini?sihatkah?masih mampukah berdiri sebagai indahku?tidak terasa rugikah akan apa yang kalian baca ini mungkin cuma mencuri waktu kalian?sedangkan waktu berjalan sangat mencemburui kalian?


Demi melihat sesuatu perkara itu indah,abstrak,berbunga,berkerdipan..ianya sebuah perjalanan yang penuh liku..
Diibaratkan sebagai sebuah jalan yang gelap dan sempit,kita pula semut hitam yang berada diatas batu hitam,dikiri dan kanan kita penuh dengan kegembiraan yang menipu..sedangkan dihadapan kita jalan yang lurus namun penuh dengan batu kerikil keras dan duri2 tajam yang membunuh dengan kepedihan dan kepayahan..

Apakah setiap kali kita membawa diri kita langsung tidak membelok?tidak langsung terlajak?tidak langsung terjatuh?acapkali mungkin..
 Dan pada tiap-tiap kali itu..apakah kita mengira kita telah tumpas?atau cuma diuji?sedangkan jalan lurus itu penuh dengan ujian..apakah di kiri dan kanan jalan itu kita melihat indah itu sebagai sesuatu kekalahan?lelah daku sebagai manusia lemah!

Disitu kita melihat indahnya rantaian doa dalam kehidupan..malangnya..hati ini mudah berbolak-balik..tertunggang-tertebalik..tergedebuk-tergedebak..yang maksudnya..hati ini kadang-kadang tahu mencari Pencipta..kadang-kadang tertipu dengan bisa syaitan yang menggoyahkan iman..sehingga tidak mahu berdoa sebagai insan..

Tetapi terlupakah kita..tangan yang menaip ini..adakah dicipta manusia?hati yang berbolak-balik ini adakah dicipta oleh mesin jepun?sedangkan mereka juga lahir dari sesuatu tempat yang serupa..cuma hidayah Allah membezakan kita dengan orang jepun yang pandai mereka-cipta..

Jadi bagaimana jika tangan ini hilang?dibeli dengan wang beribu?mungkinkah ada persamaan?atau terus kekok dengannya..mengapakah apa yang dipinjamkan kepada kita ini tiada rasa kekok menggunakannya?
Hebatnya Allah?!

Adakah angin yang bertiup ini dengan kipas yang berputar di langit?assama',dan ardh,cahaya,zulmat?milik siapa?

Justeru,bertitik bertolak dengan itu..Tiadalah terdaya manusia ini melainkan semuanya bantuan Allah..
Doa!

1.Doa benda-benda yang baik

2.Bersabar dalam berdoa.Mungkin tak dapat waktu tu..Allah nak tangguh ke waktu yang lebih baik?siapa tahu..teruskan berdoa..jangan pernah putus mengharap!ada hadis mengatakan..Allah bersama-sama dalam doa orang tersebut selagi dia tidak tergesa-gesa dalam berdoa..ada dalam sebuah nasyid(allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan) Rahmat Ujian:: Mestica..liriknya subhanAllah!!

http://www.youtube.com/watch?v=OD2COX4wTSA

3.Istiqamah dalam doa..jangan hari ini doa..esok skip..sebab mood berubah?!hehe

4.Yakin Allah dengar doa kita..bukankah Allah Maha Mendengar?!

5.Doakan kebaikan untuk orang lain..Nabi Muhammad pun doakan ummatnya..
macam entry lepas..doakan orang lain ..malaikat akan doakan yang sama untuk kita..Malaikat ada dosa ke?

mungkin banyak lagi benda yang kita terlepas..biar sedikit ilmu..tetapi diamalkan..daripada banyak ilmu tapi buat pekasam..membazir..hehe

Diterimakah doa kita?

1.terus dapat segera

2.Ditangguhkan sampai sesuatu masa yang tepat..bukankah Allah tahu apa yang terbaik bagi kita??

3.Diganti dengan perkara yang  lebih baik daripada doa yang kita ungkapkan..

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan apabila hati kita ingat pada tuhan..berdoa juga membuatkan kita ingat pada Allah!
Yakinlah dengan janji Allah!semoga kita beroleh rahmatnya..

p/s::mana yang baik amik,yang buruk tinggalkan..tegur saya jika saya tersalah..sekian~
tatatatitititututu..

Coming sooon



Assalamualaikum ya Ahllalkubur to be~hehehe!

Hari ni lagi satu monsun cacamerba melanda hidupku..
brrrrppp!!susah-susah-susah~susah hati~

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..

Macam ribut je melanda kepakaran otakku yang tak berapa ligat ni terima..
Mana tak nya..

Countdown SPM..tak sampai sejengkal je lagi..

Mula2 memang tak nak percaya..tapi akhirnya wujudlah scene2 x berapa nak indah untuk dikenang seperti~

sms::
''Jadi2 la tu dok pekena orang,sedo2 ler result lg 2-3 minggu je lagi"
 WHAAAATTT???can u repeat??

erkk..urm...terimalah kenyataan!!

sembang2::
(^_^)"Nanti nak amik result dengan abah ke?"
(=,=)"Mende bincang pasai result ni? abeh topik dah ke?"
(^_^)"Mende abeh topiknye..ate dah x brapa hari dah lagi..."
(=,=)"Memey ler..anggap ler mase tu berenti..dok sanggup g ni..
(^_^)"kome nengok jam mati buat hape!!"
(=,=)"berapa hb hari ni?"
(^_^)"4 hb mek oiii!"
(=,=)"patut ler..jam deme memey mati ler!"
(^_^)"sudoh!!"

(=,=)"......"

Dalam hati....dup dap dup dap dup dap!debummm!!debussshhh!!debarkkk!!
segala bunyik ada...!

Ya Allah hanya kepadaMu aku berserah dan memohon pertolongan!Ya Allah..redhakanlah hati2 kami dengan keputusan yang kami terima..Janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu..
Sesungguhnya kami insan2 yang lemah tanpaMu ya Allah..

Photo: WARNA PAGI | Assalamualaikum sobahul khair untuk sekalian sahabat pendengar IKIMfm! Suffian Amrin dan Siti Rohani di konti sehingga jam 10 pagi. Mari terus berdoa dan berusaha!

Saling mendoakan sesama kita..insyaAllah moga Allah bantu..

Pernah tak dengar satu hadis..
Bila kita doakan sahabat kita,Malaikat akan turut mendoakan yang sama seperti yang kita doakan.
*hadis sohih*

p/s::sambut saya kalau saya jatuh tergolek-2 buah nangka ke buah durian ke yea?

Monday, 4 March 2013

Lapo~

Assalamualaikum~hye penggemar blog?(eh,mna aci baca ja..tulis skali nak?)

Ape kabo?moga sehat hendakNya..
Tingat plak sorang mak we tu tanya..

Ehem3~*cili lekat di kerongkong~*
::Awak ada sakit apa lagi?::

Dengan superduperextrempowerrangersnya menjawab
::Sakit Perut!!ko la masak lembab sangat::

Nah!tolong masakkan ni sekali~mengidam mak oiii~
Tapi tak di isytiharkan hamil okey~


♥ Kek Coklat Kukus ♥


Bahan2nya:4biji telur (gred A)
1cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1cwn susu cair
1cwn minyak masak
11/4 cwn tpg gndum
*1cwn serbuk koko
*1sd kecil soda bikarbonat
*1sd kecil baking powder
**bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:Pukul telur brsma gula hingga kembang. Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. *Perlu d ingtkan jika kecil bks trsbt maka kjp dlm 15mnt atau stgh jam, tpi jika sepenuhnya 1bncuhan itu dlm 1bks, maka kukus dlm 1jm stgh ye...pastikan jgn bukak2 pengukus semsa sdg msk*Toppingnye:Lbh kurang 200gm + 5sudu bsr susu pekat + 3sd bsr minyak masak + 11/2 tin susu cair. Kemudian masak dlm periuk non-stick lbh bgs sbb nnti dia x melekat n x hangus..pekat n cair tppng tu bergantung kepada susu cair tu ye..dan juga manis tppng tu bergantung kpda susu pekat tadi..klu rasa nk manis sikit tmbh lagi..n klu rasa nk pekat skit kurangkan susu cair tu ye...JGN LUPA KLU TPPNG DAH SEJUK IA AKAN PEKAT SKIT TAU!**Hrp mklum : kebykkn org bt topping mnggunakn kaedah double boiler tpi sya tidak! Ini krana sya mggunakn periuk non stick n slow fire so ia x melekat! Tpi mke sure jgn tnggalkan krana ia blh brkerak di atas! Utk memudahkn tiada kerak tersbut pastikan sntiasa kacau hingga sejuk..**DAN UTK MENJADIKAN KEK INI SOOOOO MOIST HINGGA MAK MERTUA JALAN PUN X NAMPAK ADALAH KERANA semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS2 ITU KE DALAM KEK TERSEBUT..LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG...BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SKALI LAGI...TPI JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP...SLAMAT MENCUBA ♥ ♥ ♥




 
OH Heaven!!!
*dunia..dunia..makanan inikah yang memalsukan nafsu?*hehe

Terkenang-kenang zaman gemilang dok sekolah dulu.

Makanan ni la yang boleh menyebabkan saya yang gemok ni..maintain naik je selalu..wakaka

Kat sekolah ada adik tu jual RM4 sebekas..besar tu la~

saya beli 3 bekas..

hehehe!

Niatnya macam ni::
1.makan waktu kelas
2.makan esok pagi
3.makan tengahari.

Namun..apakan daya..mulut lagi luas menerima..tangan lagikan luas menadah!

HOHO!
Duit habis untuk seminggu..kira hapa gue~janji dapat makan..karang ada yang mimpi kek coklat~kek coklat~kek coklat tengah2 malam sapa nak jawab??

Haaa...berkat restu Ilahi~hehehe..kek yang saya beli tu 'selamat' malam tu jugak..ke3-3nya..


Cara apa..keep it shut!hehehe


Pernah sekali frust sebab tak dapat makan kek ni..sekejap je la frustnya..frust lama2 buat apa..rezeki pun terkejut tengok kita punya buruk perangai*macam dah tak dak makanan lain dalam dunia ni yang kena frust teruk2!


hadoi~bile di fikir-fikir balik..hebatnya nafsu!hahahax!


Bila kejayaan menawan hawa nafsu akan sampai??!


takde..kawal je mampu..

Nafsu tetap ada..tapi jangan cakap hari ni saya dah bersabar tak ikut hawa nafsu..SAYA dah BERJAYA!

oh no my sourheart!belum lgi..nafsu hanya boleh di kuarantin dalam jangka masa yang panjang..


*ingat senang2 nak berhenti beli kek ni?sedap pulak tu!

Azam mau gah!jangan cakap je..tadi waktu tengok pun teringin~

BOLEH nak makan..tapi seadanya..padan-padan lah dengan perut tu..kalau perut stokin yang jenis kain dya boleh tarik bagi luas tu..boleh la makan banyak2..hahahax!*kidding my dear!ohho!

Sebab tu la wujudnya kawal nafsu..bukan hentikan nafsu!

Agak-agaknye la...kalau tak de nafsu..lalu tak, nak makan nasik walaupun perut dah berbunyi lagu
"Let dance together"?Tak pun lagu..dendang sayang..tarian singa dalam perut ke??

hehehe..mati la separuh daripada makhluk dalam bumi ni?dalam ke?atas~atas bumi yea?

Jadi..jangan anggap nafsu je jahat..kita yang kena control nafsu.. mcm ni ^_^

#LEK2 LU~kenyang lagi nih~
#nak rasa sikeeeeeettttt ja!sikkkeeetttt ja!* dah tergeliat rahang bawah dok ulang yang tu saja..ekeke

Haaa..kalau tak jadik jugak..lu pikir la sendiri!

InsyaAllah..tak la jadik beso macam saya..kui3

Susahnya nak kawal nafsu kan?

Moga Allah mempermudahkan jalan2 kemenangan bg kita!AMIN~


 TERINGIN nak memiliki kek ini~huahahaha!mimpi di malam hari~

Photo: Rvc in jar..ada 1 jar balance. .sapa mauu? Angkat tangan..
RED VELVET CAKE
masuklah kek..masuklah kek..masuklah kek..dalam mimpi pun jadi la..hahahax!


p/s::sapa2 pandai buat..nanti saya nak order!hehex..harga kengkawan..diskaun 100% naa..kui3

Saturday, 2 March 2013

SCARED~

Assalamualaikum~
Hari ini..hari yang banyak peristiwa..nak tawu?tanya la nanti2..ada number kan?

Macam mana pun..kita diuji..insyaAllah..yakinlah ada hikmah!Allah nak kuatkan hati kita supaya kita x jadi hamba yang lemah.biarpun kita menangis.menangis bukan bermaksud lemah.But,as a girl,women,lady..or whatever u're..kita perlu meluahkan apa yang kita rasa..

Jangan berlagak hebat..sebab kita tahu kita memang fitrahnya lemah..
Atau boleh ambil risiko nak dapat hypertensi? Boleh la buat kalau x percaya~

Ketakutan~perasaan yang tidak tenteram malah kucar-kacir!!

Dalam sebuah kisah di ceritakan..

DI sebuah kampung,terdapat satu pertandingan di mana.Raja ingin menunaikan apa sahaja permintaan rakyatnya yang berjaya berenang merentasi sungai yang didiami oleh seekor buaya yang ganas dan lapar.

Semua rakyat jelata tidak ada seorang pun yang sanggup mengorbankan diri..

Perenang-perenang tersohor juga tidak mampu untuk merenangi sungai yang berbuaya itu.

Kelihatan mereka berkumpul beramai-ramai menunggu dan berharap ada di antara mereka yang akan terjun ke dalam sungai untuk berenang.

Tiba-tiba,seorang pemuda yang tak berapa nak gagah terjun ke dalam sungai.
Dia berenang sepenuh hati..berbagai gaya renang ditunjukkannya..sehingga akhirnya dia sampai ke seberang sungai.
Buaya pun terpinga-pinga melihat pemuda itu..

Sampailah saat yang ditunggu-tunggu..

Raja:: Beritahu beta apa hajatmu.
Dalam keadaan tercungap-cungap , pemuda itu berkata::

CARIKAN SIAPA YANG MENOLAKKU TADI!!SEDANGKAN AKU TIDAK TAHU BERENANG!

***********

Disini kita mendapat pengajaran bahawa,apabila perasaan takut itu hilang..atau ketakutan itu mampu merubah diri kita..ketahuilah kita mungkin akan memperoleh kebaikan yang dilihat mustahil untuk kita gapai!

Mungkin kita lihat ini sebagai satu kisah dongeng..tetapi realitinya..apabila kita merasa takut..kita akan jatuh..lemah..
Namun,ketakutan itu bertukar menjadi kekuatan disaat kita telah mempelajari sesuatu setelah kita jatuh!

Ingat!menangis bukan petanda kalah!Ianya petanda kemenangan menghampiri dengan cara yang tidak disangka-sangka..



Terbaca pagi tadi dalam buku Fi-Zilalill Qur'an, Assyahid Syed Qutb::
Kata beliau..
Dalam (surah Al-A'raf : 126)
Memohon diberi kesabaran..

Apa yang dapat disimpulakn adalah orang yang beriman bukanlah orang yang mudah merasa takut dan gentar..
Dengan iman itu mereka merasa selamat dan aman menerima keputusan akhir dengan redha..
Kerana kita amat yakin bahawa kita akan kembali kepada tuhan~

Maka,nikmat mana lagi yang akan kamu dustakan? (ar-rahman)

Oleh itu,biarpun kita mempunyai perasaan itu,ingat!hati milik Allah..Allah-lah yang lebih layak mengubahnya..
Maka,perbanyakkan doa..minta lah diberi kesabaran untuk kita menghampiri kemenangan..

INGAT!JANJI ALLAH ITU PASTI!

p/s::ku jatuh moto..ku tetap nak naik lagi..pedulihapaaku##