Meniti liku kehidupan,
Lentur kayu merintih pedih,
Bukannya tidak pernah,
Namun saat itu,
Lenturan itu begitu payah.
Mampu mematahkan kesatuan cell-cell kayu.
Tetapi kayu tidak angkuh,
Apalagi mahu mengeluh,
Malah terus tunduk berzikir.
Biarpun bukan di dalam saff,
Mereka saling memperingati,
Sehingga pengakhiran kehidupan mereka,
Percayakah?
jika dua telinga ini,
Mampu mendengar zikir mereka,
Terus menyulam cinta dalam hati,
Hanya kepada Ilahi Rabbi,
Nescaya pasti seluruh alam,
Kembali sujud,
Tunduk lebih rapat,
Ketaatan yang teramat sangat!
Tiada lagi manusia durjana.
Melainkan cuma ada,
Manusia yang zuhud,
Yang saling menjaga.
Kerana itu kita terus leka,
Diulit mimpi,
Di kamar bahagia dunia.
Kerana kita tidak mendengar,
Apatah lagi menghayati,
Indahnya zikir itu,
Berombak tenang dialunankan sang alam,
Merdu digabung desiran angin,
Mahu angkuhkah?
Sedang apa yang kita pijak turut bertasbih.
katakan.
Siapa aku untuk angkuh atas bumiNya ini?
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment