My Blog List

Thursday, 7 March 2013

Cuit hati,iman terasa

Assalamualaikum wbt..
Simfoni kehidupan tiada terhenti biarpun bunyinya bagai menghiris..ditelan mati emak,diluah mati bapak..akhirnya dikulum sahaja..Terkadang bunyinya merdu..sehingga kita tidak mahu keluar darinya..mengharap kemerduan itu untuk selamanya..Hakikatnya..simfoni hidup adalah satu nafas panjang yang melagukan pelbagai not irama..bukannya sumbang cuma mungkin apa yang didengar tak mampu dihadam dek telinga yang tidak pekak..

Maka utusku hari ini..siapapun kita..apa ada pun kita..
Jangan jemu memanjatkan syukur kepadaNya..Ketahuilah apa yang berlaku,hari ini,semalam,kelmarin,dalam gelap atau kesepian adalah  susunan Allah..Telah lama tersurat di Luh Mahfuz..Biarpun seketika kita merasa ianya bagai hempedu yang pahit untuk ditelan..namun hati tetap perlu yakin bahawa kehidupan ini telah disusun oleh Allah..Hempedu yang pahit itu cuma neraca iman yang kadang naik-kadang turun..hati manusia berbolak-balik..kan?!Dan setiap yang berlaku yang bukan kita hajati,bukan pilihan kita..Hadir ataupun tidak hati kita semasa membaca tentang ilmu juga ketentuan Allah..

Dalam penciptaan sebagai seorang manusia::
Allah berfirman::Sesungguhnya manusia itu diciptakan sebaik-baik kejadian..

Apa pula yang dimaksudkan dengan sebaik-baik kejadian?
Cuping telinga?Bulu mata?Hidung?Mulut cantik?Sistem badan barangkali??Lengkapnya manusia??
Tetapi apa yang melengkapkan kita sebagai makhluk yang sebaik-baik kejadian adalah kerana kita diberi akal..

Akal berhak memilih antara fujur dan taqwa..
Akal juga punya taklif..
1.Hamba-mengabdikan diri kepada Hanyasanya kepada Allah!

2.Sebagai Khalifah-pemimpin

                  *Menjadi hamba yang baik..
*Menyempurnakan diri hari demi hari..cuba bayang kalau ketua anda suruh makan duduk..tetapi dalam masa itu juga dia sedang makan berdiri..apa respon anda??Oleh itu,kita perlu berubah kalau nak ajak orang lain mengikut jalan yang kita pilih iaitu jalan menuju taqwa
*Sebagai contoh::Rasullullah S.A.W (dalam surah Al-Jumuah ayat 2)
Mengatakan Rasulullah mempunyai tanggungjawabnya dihadirkan didunia,menyampaikan al-qur'an,membawa islam kepada kita sedangkan baginda seorang yang ummie(tidak tahu membaca dan menulis)..
maka sudah tentu mukjizat berupa Al-qur'an yang baginda sampaikan juga bukan daripada baginda..Indahnya aturan Allah..
Jika difikir-fikir,mukjizat yang diturunkan amat bersesuaian dengan zaman nabi-nabi terdahulu kan?
Contohnya..zaman nabi Musa terkenal dengan kehebatan sihir,maka Allah memberi mukjizat kepada nabi Musa memiliki tongkat sihir yang boleh berubah menjadi ular..Begitu juga pada zaman Nabi Muhammad saw..Zaman baginda terkenal dengan kehebatan syair dan karangan2 arab..maka diturunkan Al-qur'an yang mempunyai bahasa yang amat tinggi..tak mampu di ubah biarpun seluruh ahli bahasa di dunia berkumpul untuk mengubahnya..

3.Sebagai Daie-menyampaikan @ mengimarahkan bumi dengan ilmu dan hukum Allah...
*Hari ini bumi bergelodak,berkeladak dek kerana sistem-sistem ciptaan manusia..sedangkan mereka tahu sistem yang lebih baik darinya..Tiada sistem lain yang dapat menjadikan bumi itu indah teratur melainkan sistem Allah (Hudud dan Al-Qur'an)
*Sebagai analogi::manusia yang mencipta telefon bimbit atau ipad dan sebagainya..hanya mereka yang  mengetahui manualnya..tetapi jika mereka meminta orang lain untuk menyediakan manualnya,mungkin akan sama dengan fungsinya yang sebenar?
Begitu juga Rabb yang menciptakan manusia,hanya Dia yang mengetahui manual untuk menggerakkan seluruh hidup manusia..iaitu manualnya sudah  pasti Al-Qur'an kareem(Dustur hayah*perlembagaan hidup)..Di sanalah kita mengetahui manual sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara..Ya Rabb!hebatnya Allah!

Cukup sekadar itu yang mampu hamba kongsikan malam ini..daripada penyampaian cikgu Zaiton..Sebenarnya ilmu yang diberi tak mampu diberi kembali dalam bahasa yang serupa..mungkin juga  bahasa murabbi itu lebih mengusik rasa sehingga mampu mengalir air mata..tetapi..inilah sekadar yang termampuku..InsyaAllah moga bermanfaat..

p/s::tegur yea kalau ada yang tersalah..syukran..assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment