YA ALLAH DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU.
Alhamdulillah.
Hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,
Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku.
Bahawa. Aku mahu berubah!
Ya Allah,
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,
Subhanallah,
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-Mu.
Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah!
Ya Allah,
Kupohon hidayah-Mu,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman...
Bantulah daku,
Bimbinglah daku,
Dalam mencari,
Cinta yang paling Agung,
Cinta yang Esa...
Sesungguhnya.
AKU MAHU BERUBAH!
Wallahu a'lam....
No comments:
Post a Comment