Hari ini..hari yang banyak peristiwa..nak tawu?tanya la nanti2..ada number kan?
Macam mana pun..kita diuji..insyaAllah..yakinlah ada hikmah!Allah nak kuatkan hati kita supaya kita x jadi hamba yang lemah.biarpun kita menangis.menangis bukan bermaksud lemah.But,as a girl,women,lady..or whatever u're..kita perlu meluahkan apa yang kita rasa..
Jangan berlagak hebat..sebab kita tahu kita memang fitrahnya lemah..
Atau boleh ambil risiko nak dapat hypertensi? Boleh la buat kalau x percaya~
Ketakutan~perasaan yang tidak tenteram malah kucar-kacir!!
Dalam sebuah kisah di ceritakan..
DI sebuah kampung,terdapat satu pertandingan di mana.Raja ingin menunaikan apa sahaja permintaan rakyatnya yang berjaya berenang merentasi sungai yang didiami oleh seekor buaya yang ganas dan lapar.
Semua rakyat jelata tidak ada seorang pun yang sanggup mengorbankan diri..
Perenang-perenang tersohor juga tidak mampu untuk merenangi sungai yang berbuaya itu.
Kelihatan mereka berkumpul beramai-ramai menunggu dan berharap ada di antara mereka yang akan terjun ke dalam sungai untuk berenang.
Tiba-tiba,seorang pemuda yang tak berapa nak gagah terjun ke dalam sungai.
Dia berenang sepenuh hati..berbagai gaya renang ditunjukkannya..sehingga akhirnya dia sampai ke seberang sungai.
Buaya pun terpinga-pinga melihat pemuda itu..
Sampailah saat yang ditunggu-tunggu..
Raja:: Beritahu beta apa hajatmu.
Dalam keadaan tercungap-cungap , pemuda itu berkata::
CARIKAN SIAPA YANG MENOLAKKU TADI!!SEDANGKAN AKU TIDAK TAHU BERENANG!
***********
Disini kita mendapat pengajaran bahawa,apabila perasaan takut itu hilang..atau ketakutan itu mampu merubah diri kita..ketahuilah kita mungkin akan memperoleh kebaikan yang dilihat mustahil untuk kita gapai!
Mungkin kita lihat ini sebagai satu kisah dongeng..tetapi realitinya..apabila kita merasa takut..kita akan jatuh..lemah..
Namun,ketakutan itu bertukar menjadi kekuatan disaat kita telah mempelajari sesuatu setelah kita jatuh!
Ingat!menangis bukan petanda kalah!Ianya petanda kemenangan menghampiri dengan cara yang tidak disangka-sangka..
Terbaca pagi tadi dalam buku Fi-Zilalill Qur'an, Assyahid Syed Qutb::
Kata beliau..
Dalam (surah Al-A'raf : 126)
Memohon diberi kesabaran..
Apa yang dapat disimpulakn adalah orang yang beriman bukanlah orang yang mudah merasa takut dan gentar..
Dengan iman itu mereka merasa selamat dan aman menerima keputusan akhir dengan redha..
Kerana kita amat yakin bahawa kita akan kembali kepada tuhan~
Maka,nikmat mana lagi yang akan kamu dustakan? (ar-rahman)
Oleh itu,biarpun kita mempunyai perasaan itu,ingat!hati milik Allah..Allah-lah yang lebih layak mengubahnya..
Maka,perbanyakkan doa..minta lah diberi kesabaran untuk kita menghampiri kemenangan..
INGAT!JANJI ALLAH ITU PASTI!
p/s::ku jatuh moto..ku tetap nak naik lagi..pedulihapaaku##
No comments:
Post a Comment